Gaya Hidup

Sebelum Amalkannya Ini Pro’s & Con’s Tentang Diet Intermittent Fasting Perlu Anda Tahu

Share

Bulan Ramadan yang mulia sudah semakin tiba. Dan inilah bulan yang cukup dinanti-nantikan oleh jutaan penganut agama Islam di seluruh dunia.

Bagi anda yang berdiet inilah masa ’emas’ untuk megukuhkan lagi apa yang anda ingin kerjarkan iaitu menurunkan berat badan.

Namun sebelum tibanya bulan puasa tidak lama lagi, anda mungkin boleh mula dengan melakukan intermittent fasting.

Tapi apakah sebenarmnya intermittent fasting?

Dalam konteks intermittent fasting ia sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alternate day fasting

(ADF), modified fasting regime dan time-restricted feeding. Jadi apakah kelebihan dan kekurangan amalan diet ini yang perlu anda tahu sebelum melakukannya?

KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING

Jenis-jenis intermittent fasting yang dinyatakan di atas biasanya memberi kelebihan yang lebih kurang sama. Antaranya ialah:

TURUN BERAT BADAN

Salah satu sebab mengapa orang amalkan diet ini ialah untuk menurunkan berat badan. Apabila mengambil makanan dalam tempoh terhad, badan akan menggunakan segala kalori untuk dijadikan tenaga. Dalam satu kajian, orang yang amalkan ADF telah alami penurunan berat badan sebanyak 2.5 peratus dalam tempoh 2 minggu sahaja.

KESIHATAN

Kajian juga mendapati intermittent fasting mampu memberi kesihatan yang baik dan kesannya boleh dirasai dalam jangka waktu yang panjang. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit arteri dan mengurangkan triacylgycerol

.

SENANG DIIKUTI

Program intermittent fasting dapat diikuti dengan mudah kerana dengan berpuasa anda boleh mendapatkan hasil yang mempunyai impak lebih hebat dari segi jasmani dan rohani. Malah orang yang pernah ikuti intermittent fasting banyak menyatakan ia lebih senang dilakukan berbanding rejim diet yang lain.

BACA: 4 Selebriti Popular Yang Amalkan Diet Intermittent Fasting?

KEKURANGAN INTERMITTENT FASTING

Tidak semua orang boleh mengikuti cara interminttent dalam rutin harian mereka. Dan jika dilakukan dengan terburu-buru ia hanya membawa keburukan.

KESAN SAMPINGAN

Seperti program diet yang lain, intermittent juga boleh membawa keburukan. Ada laporan menyatakan mereka yang mengikuti alternate day fasting berdepan kesan sampingan seperti sakit kepala, kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas.

PSIKOLOGI

Jika dtidak diamalkan dengan betul, intermittent fasting juga boleh memberi kesan psikologi terutama kepada mereka yang kurang bersedia secara mental. Malah ada juga kes menjadikan seseorang itu semakin obses dengan makanan mengamalkan diet ini.

BUKAN UNTUK SEMUA 

Walaupun banyak laporan dan testimoni dikongsi namun intermittent fasting juga boleh bawa risiko kepada golongan tertentu. Sebagai contoh ia tidak sesuai kepada wanita mengandung, individu yang ada masalah pemakanan disorder.

 

Published by
Farizul Izwany