Minggu lalu dua jenama gergasi pengeluar barangan sukan dan fesyen gaya hidup iaitu Reebok dan adidas telah mengejutkan ramai peihak terutama penggemar sneakers dengan pengumuman kolaborasi istimewa ini.
Kerjasama dua jenama besar ini menyaksikan lahirnya kasut Instapump Fury Boost yang akan dilancarkan dalam masa terdekat di seluruh dunia.
Colorway pertama yang diperkenalkan dikenali sebagai ‘Prototype’ di mana ia mengambil inspirasi daripada model sample dihasilkan oleh Steven Smith. Untuk rekaan warna ini ia menggabungkan warna putih bersama royal blue dan sedikit percikan warna oren.
BACA: 7 Trik Jaga Sneakers Putih Berjenama Agar Lebih Tahan Lama & Nampak Baru
Dikhabarkan model Prototype ini dikeluarkan dalam jumlah yang sangat terhad. Ramai juga menjangkakan nilai pasarannya akan meningkat berkali ganda.
Manakala untuk pasaran lebih besar adalah rekaan colorway ‘OG Meets OG’ yang meraikan warna pertama model Reebok Instapump Fury dan adidad UltraBoost.
Dan pack akhir sekali ialah ‘Black & White’ yang lebih ringkas dan minimalis. Untuk anda yang berminat mendapatkan kasut kolaborasi Reebok dan adidas ini, koleksi ‘OG Meets OG’ pack akan berada di pasaran tempatan pada 25 Oktober 2019 manakala ‘Black’ & White’ pula pada 6 Disember 2019.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Elak Baju Yang Tiada Kolar, Ini Cara Lain Tampil Bergaya Khas Untuk Lelaki Kurus
Isi Kandungan
ToggleTanggapan orang pada lelaki kurus adalah senang dalam berfesyen berbanding mereka yang berbadan lebih besar. Namun iai tidk semudah yang disangka kerana lelalki kurus jika tidak betul-betul dalam pemilihan, ia akan memusnahkan imej.
Sedangkan pada hakikatnya, tanggapan itu adalah tersalah sama sekali kerana lelaki badan kurus antara yang sering bermasalah dalam memilih pakaian.
Namun begitu untuk menyelesaikan masalah tersebut, MASKULIN ini berkongsi beberapa tip asas yang boleh lelaki berbadan kurus ambil cakna seperti :
1. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat (fit)
Sudahlah berbadan kurus, kenakan pakaian fit pula! Anda mungkin berasa selesa tetapi pada pandangan mata awam, anda dilihat sebagai ‘tulang bergerak’ dan tidak kelihatan sebagai lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
BACA: Nampak Sukar Untuk Diturutkan, Namun 4 Etika Fesyen Lelaki Diraja British Ini Wajib Dipatuhi
2. Pilih pakaian berwarna putih
Anda digalakkan pakai pakaian berwarna putih yang ada grafik warna atau bercorak. Ia dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt sebagai contohnya, warna putih di samping grafik yang berwarna lain dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
3. Elakkan pakai pakaian tak berkolar
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang. Sehubungan itu, elakkan memakai baju yang tidak berkolar kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Sebaiknya, pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
4. Pilih jeans yang sesuai
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
5. Tentukan gaya rambut yang kemas
Antara yang perlu dititik beratkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Sebaik-baiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit spiky. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
PUMA Lancar Semula Siluet Palermo, Inspirasi Gabungan Gaya & Bola Sepak Itali
Jenama pakaian sukan terkemuka global, PUMA, ‘mengajak’ semua peminat ke Itali dengan pelancaran semula Palermo, siluet kasut legenda teres yang menghargai ibu kota pesisir pulau Sicily.
Hadir dengan reka bentuk elegan dan tapak gum klasik, Palermo mula mencuri perhatian di stadium bola sepak tahun 1980-an, menjadi pilihan utama di kalangan peminat di teres stadium.
Kini, simbol ikonik budaya bola sepak tersebut kembali semula dengan warna yang lebih cerah dan menarik.
Bersempena pengenalan semula siluet ikonik ini, sebuah kumpulan gadis K-pop, IVE dan Duta PUMA APAC, turut serta dalam koleksi ini, menampilkan filosofi gaya Itali yang santai sambil menggabungkan unsur-unsur DNA bola sepak dari masa lalu hingga kini.
Ia menawarkan koleksi pilihan yang diinspirasikan dari jersi, dipadankan dengan warna-warna yang dinamik dan dipakai oleh IVE dalam Palermo mereka. Dari jaket klasik PUMA, skirt lipit, hingga seluar pendek bola sepak, mereka siap sedia untuk merayakan musim panas dengan gaya la dolce vita – kehidupan yang manis.
Koleksi Palermo SS24 akan tersedia di kedai PUMA terpilih dan di PUMA.com mulai 15 Mac 2024.
Setiap pembelian kasut Palermo bermula 15 Mac 2024 akan mendapatkan selendang eksklusif PUMA Palermo. Beli mana-mana pakaian yang dipakai oleh IVE dari koleksi Palermo untuk mendapat set enam kad foto bertandatangan IVE secara eksklusif, sementara stok masih ada.
STADIO PALERMO – POP-UP PALERMO PUMA PERTAMA DI ASIA TENGGARA
Merayakan pelancaran koleksi PALERMO, PUMA membuka STADIO PALERMO, toko Pop-up istimewa di Central World, pusat belanja terbesar ke-9 di dunia, yang terletak di pusat keramaian belanja Bangkok.
BACA: 7 Cara Gayakan Kasut Converse Chuck Taylor – Dari Kasual Hingga Streetwear
Pop-up selama satu minggu ini menawarkan pengalaman interaktif yang dipenuhi dengan unsur-unsur menyenangkan dan akar Italia dari PUMA Palermo, membolehkan pengunjung menyelami dunia fesyen teres yang penuh warna.
Masuk ke dunia STADIO PALERMO yang meriah, menawarkan pengalaman yang membesarkan jiwa seperti padang foosball raksasa dengan bangku teres dan kawasan alfresco yang terinspirasi Sicilia – bagaikan berada di Sicilia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Trik Fesyen Mampu Buat Lelaki Nampak Lebih Menarik, Antaranya Jaket Kulit & Jam Tangan
Isi Kandungan
ToggleDalam dunia moden masa kini, lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri karakteristik maskulin serta bijak menggunakan item fesyen agar penampilan nampak menarik dan sekali gus menonjolkan keperibadiannya.
Jadi apa salahnya jika anda lebih berani dan berdisiplin untuk menggayakan pelbagai stail bagi meningkatkan keyakinan diri sama ada ketika bersantai bersama teman atau ketika bekerja.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa trik untuk lelaki tampil bergaya dan kacak tanpa perlu berbelanja besar!
JAKET KULIT
Ramai yang kata jaket kulit ni harganya mahal. Ya, memang mahal jika anda membelinya di butik berjenama. Tapi tahukah anda, di kedai bundle ada banyak jaket kulit berjenama yang dijual dengan harga murah.
Cuma perlu bijak pilih dan ‘selam’ sahaja. Selain itu, jaket kulit juga amat berguna ketika hujan kerana materialnya kalis air. Bak kata orang lama, sediakan payung sebelum hujan tapi kini, sediakan jaket kulit sebelum hujan.
BELA JAMBANG
Jika membela jambang, pastinya penampilan anda tampak lebih ‘manly’. Skor macho anda juga pasti ditingkatkan.
Namun harus diingatkan apabila anda membela jambang, anda haruslah menjaganya betul-betul. Jambang yang tidak diuruskan dengan baik boleh merosakkan penampilan wajah anda.
JAKET FORMAL
Malaysia memang bercuaca panas. Tapi bila sudah masuk ke pejabat dan kena aircond pasti buat anda rasa seperti di negara musim sejuk.
Pemakaian jaket formal boleh menyelamatkan anda daripada kesejukan, malah ia juga boleh menaikkan seri penampilan anda. Bos pun mesti suka. Jadi pastikan pemilihan jaket anda sesuai dengan padanan seluar.
Jangan pula anda menyarungkan jaket berwarna biru dan seluar berwarna merah jambu. Bimbang ia boleh menjadi bahan ketawa di pejabat nanti. Oleh itu, pakailah mengikut kesesuaian.
PAKAI JAM TANGAN
Jam merupakan item fesyen dan aksesori wajib yang ada pada seorang lelaki. Ia menunjukkan bahawa anda seorang yang mementingkan disiplin masa.
Namun, pastikan pilihan stail jam anda mengikut kesesuaian bentuk tangan, keadaan serta majlis yang bakal anda hadiri. Jangan pergi ke majlis makan malam dan anda menyarungkan jam tangan sukan. Memang tak kena!
PAKAI CERMIN MATA HITAM
Perasan tak dalam filem barat, bila pelakonnya masuk ke dalam kereta pasti akan menyarungkan spek mata hitam? Terus saham macho dia naik. Itulah sebabnya pemakaian spek hitam ini penting.
Bukan sahaja digunakan di dalam kereta untuk menghalang silau, anda juga boleh menggunakannya ketika bersiar-siar bersama orang tersayang. Cuma saat memasuki ke pusat beli-belah pastikan anda membuka spek mata hitam. Faham-faham jelah kenapa ye!
Subscribe dan tonton pelbagai video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI