Inspirasi Kisah Seteru Abang Adik Lahirkan Jenama Adidas & Puma

Share

Setiap kejayaan mana-mana jenama atau produk pasti ada sejarahnya yang tersendiri. Dan sejarah ini akan menjadi lebih menarik apabila ia melibatkan kaitan dua jenama dengan personaliti hebat di belakangnya.

Sebut sahaja produk bola sepak antara jenama yang pasti melintas di kepala kita adalah adalah adidas dan Puma. Tapi tahukah anda kedua-dua jenama hebat asal Jerman ini berkongsi sejarah yang unik dan sama?

Kisahnya bermula pada tahun 1920-an dio mana dua orang adik beradik iaitu Adolf dan Rudolf Dassler sama-sama mengasaskan sebuah syarikat penghasilan kasut.

Syarikat tersebut diberi nama oleh sebagai Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brothers Shoe Factory) di dobi milik ibu mereka.

Pengaruh kuat terhadap kasut datang daripada bapa mereka, Christoph von Wilhelm Dassler yang bekerja di sebuah kilang kasut. Kasut yang dikeluarkan syarikat mereka kemudian menjadi sangat laris selepas ia turut dipakai oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

SEJARAH TERUS TERCIPTA

Pada tahun 1936, adik-beradik Dassler berjaya memujuk pelari pecut Amerika Syarikat, Jesse Owen untuk menggunakan kasut mereka di kejohanan tersebut. Jessen meraih sebanyak empat pingat emas dan reputasi Dassler terus melonjak naik.

Di kemuncak kejayaan mereka berjaya menjual sebanyak lebih 200 ribu pasang kasut setiap tahun.

Tapi mereka hanya mampu merancang. Kedua-dua mereka kemudian dikerah menyertai Parti Nazi namun hanya Rudolf yang lebih dekat dengan parti tersebut. Perselisihan faham di antara dua orang adik-beradik ini bertambah parah dan ‘meletus’pada tahun 1943, ketika tentera bersekutu melakukan serangan bom.

Selepas perang tamat kedua-dua mereka dipisahkan di antara dua tebing Sungai Aurach. Rudolf membukan syarikatnya sendiri. Begitu juga dengan Adolf yang mengambil nama gelarannya, ‘Adi’ dan tiga perkataan pertama nama keluarga, ‘Das’, menjadikannya adidas.

MUNCULNYA JENAMA MASING-MASING

Rudolf pula membuka firma baru dan memberi nama gelaran ‘Ruda’ dengan ‘Ru’ dari Rudolf dan ‘Da’ dari Dassler. Beberapa bulan kemudian dia menukarnya menjadi PUMA Schuhfabrik Rudolf Dassler pada tahun 1948.

Sejak dari itu jenama adidas dan Puma bersaing dalam segenap aspek. Di kemuncak perseteruan mereka juga menyaksikan dua pasukan bola sepak bandar mereka menjadi seteru utama dan menggunakan jenama adidas dan Puma.

Menurut cerita, jika ada tetamu yang datang bertemu Rudolf dengan memakai kasut adidas, dia akan menyuruh mereka untuk turun ke bilik bawah tanah dan memilih sepasang kasut baru dari jenamanya, Puma.

And the rest was history!

Published by
Farizul Izwany