Dua hari lalu jenama fesyen sukan dan gaya hidup berpengaruh asal Jepun, Onitsuka Tiger telah memperkenalkan koleksi kontemporari secara eksklusif menerusi persembahan yang cukup menarik. Koleksi terbaru ini dikatakan sarat dengan gabungan isnpirasi fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Di bawah pimpinan artistik Andrea Pompilio, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2022 di Milan menerusi sebuah filem pendek berjudul ‘Milan-Tokyo’, arahan Hideto Hotta.
Menariknya, jenama fesyen popular Jepun ini menggabungkan trend fesyen sukan bersama keterampilan inovasi telah memilih Milan Fashion Week buat musim kedua untuk mengetengahkan koleksinya yang terkini.
Filem pendek tersebut menggambarkan Andrea melakukan perjalanan dari kota Milan ke Tokyo yang kosong, namun masih belum hilang keunikannya. Rona pengembaraan malam bermula dari lapangan terbang, lalu bergerak pantas ke jalanan metropolis.
Ads
Kemunculan lampu isyarat, jambatan, jalan raya dan lebuh raya bertingkat: semuanya tampak kosong. Dengan peralihan pemandangan sekeliling, ia kemudiannya berubah menjadi sebuah landasan fesyen. Ruang yang luas terbentang seterusnya menjadi semakin kecil, menghampiri lorong-lorong Shinjuku dan Shibuya.
Ads
Ia sama sekali berbeza dengan keadaan di tengah bandaraya, diterangi lampu neon berwarna-warni milik kedai teknologi dan gajet, juga stesen teksi yang dipenuhi deretan teratur kereta lama serta baharu. Renda putih pada alas tempat duduknya pula memberi kesan bertentangan dengan kemilau LED berwarna-warni pada pintu automatiknya.
Kembara itu berterusan sehingga ke lorong belakang Arked Membeli-belah Ooimachi. Dari kedai kopi dan bar snek, hinggalah ke papan tanda jalanan; semuanya memancarkan cahaya sejuk kehijauan yang menghuraikan perasaan disorientasi, seperti hilang dalam terjemahan (lost in translation). Kembara itu berakhir di ruang atas bumbung salah satu dari bangunan pencakar langit Tokyo
Ads
Lampu-lampu yang tidak berhujung mengingatkan semula masa depan dystopia yang digambarkan oleh anime ikonik yang menakluki dunia. Justeru, waktu malam di Tokyo yang menantikan saat bangkitnya dari kesibukan rutin diangkat sebagai simbol tenaga dan kemodenan. Dengan estetik berorientasikan fesyen dan sukan, koleksi Onitsuka Tiger ini nyata sesuai dengan suasana keseluruhannya.
Musim 2022 bakal menjadi Tahun Harimau, simbol teras jenama ini dengan ungkapan tema berterusan iaitu kuasa harimau.
Helaian seleksi serbaguna dan pelengkap gaya dalam koleksi ini menampilkan cetakan haiwan serta geometri, selain garisan mendatar, yang turut digabungkan di dalam himpunan santai ke pantai. Untuk pilihan sepatu, terdapat dua gaya baharu yang menampilkan tapak kaki bercetak dan bahagian atas kasut yang menggambarkan ciri-ciri bulu harimau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda dikalangan lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut, jangan bimbang ye. Menurut kajian, wanita berpendapat lelaki botak lebih seksi dan nampak maskulin. Bukan rekaan semata-mata tetapi kajian juga mendedahkan lelaki botak lebih menarik dari mereka yang berambut lebat!
Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan isteri sebenarnya tidak kisah dengan suami botak.
Anda tak percaya? Kajian sudah membuktikan. Mesti ramai yang tidak percaya. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan wanita lebih tertarik dengan lelaki botak.
Manakala berdasarkan laporan ABC News, kajian yang dilakukan mendapati golongan isteri menganggap suami botak jauh lebih menarik dan mereka dianggap lebih kuat kerana nampak lebih maskulin. Manakala kebanyakan lelaki botak ini juga selalunya dikaitkan bekerja sebagai polis atau tentera serta kerja yang menunjukkan kelakian seseorang..
Menariknya juga, suami botak dianggap tinggi keyakinan diri. Maksudnya mereka berani membawa imej sebegitu dikhalayak ramai dan membuktikan mereka selesa dengan gaya tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN berkesempatan menyaksikan pelancaran serta sidang media eksklusif dari UNIQLO secara panggilan video yang berlangsung di Tokyo, Jepun. Pada majlis yang cukup istimewa tersebut UNIQLO mengumumkan pelantikan Doraemon versi hijau sebagai Duta Kemampanan Global (Global Sustainability Ambassador).
Menariknya Doraemon versi hijau yang tampil sebagai duta UNIQLO baharu ini turut dikenali dengan gelaran ‘Doraemon Sustainability Mode’. Selain itu, sepanjang kempen ini UNIQLO akan menggunakan logonya denganw arna hijau.
Ia bagi menunjukkkan usaha serta komitmen UNIQLO untuk merealisasikan mesej kemampanan alam sekitar dengan kuasa jenamanya dalam industri pakaian.
Menurut Pegawai Eksekutif Senior Kumpulan UNIQLO, Koji Yanai berkata mereka amat gembira dengan usahasama terbaharu ini bersama karakter yang cukup disayangi ramai.
“Sepanjang dua dekad yang lalu, UNIQLO telah mengambil pelbagai langkah memastikan inisiatif kemampanan menerusi perniagaan untik menyumbang kepada dunia lebih baik.
“Kami juga percaya impak pandemik COVID-19, transformasi sosial dan perubahan selesa pengguna memainkan peranan besar pada masa akan datang. Oleh itu, UNIQLO harus mendepani perkara ini dengan baik untuk pelanggan dan perubahan sosial tersebut,” ujarnya lagi.
Mengulas lebih lanjut tentang usaha sama UNIQLO, Doraemon versi hijau mezahirkan kegembiraannya untuk menjadi duta terbaik bagi kempen yang mengangkat kemampanan dunia lebih baik.
Pemilihan Doraemon yang juga merupakan produk asal Jepun dilihat seiring dengan objektif yang mahu dibawa jenama fesyen, UNIQLO.
Doraemon versi hijau ini akan muncul di setiap outlet UNIQLO di seluruh dunia dengan membawa kempen tersebut untuk kesedaran ramai. Selain itu, aktres popular Jepun, Haruka Ayase turut dilantik sebagai membawa peranan yang sedikit berbeza.
Beliau dilantik menjadi duta Duta Istimewa LifeWear UNIQLO. Nama-nama besar lain seperti legenda tenis, Roger Federer, Kei Nishikori, Shingo Kuneida, Gordon Reid, Ayumu Hirano dan Adam Scott juga memainkan peranan mereka sebagai duta jenamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kira tua muda, kalau dah namanya rakyat Malaysia tu, pasti gemar makan durian kan? Anda mungkin tahu bagaimana petua untuk hilangkan bau tangan ketika anda makan durian tu, dan anda juga tahu bagaimana nak hilangkan panas badan apabila anda telan berulas-ulas durian tu, namun mungkin anda kurang arif tentang apa yang perlu anda lakukan apabila bau durian lekat di dalam kereta anda. Mungkin ada petua yang anda tahu, atau mungkin ini kali pertama anda dengar?
1. Bungkus serbuk kopi
(tak kisah cap apa pun) dalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian atau bau yang lain dalam bonet kereta anda. Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda.
2. Cuka
Letakkan semangkuk cuka dalam bonet kereta dan tutup. Bau cuka yang sifatnya berasid ini boleh juga menghilangkan bau durian. Selain itu cuka juga boleh digunakan untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan rumah anda. Jadi anda boleh mengelakkan diri daripada terkena najis kucing sebelum menaiki kereta, kalau tidak haru beb!
3. Roti
Mungkin agak pelik, tapi tak cuba tak tahu kan? Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras. Jangan makan pula roti keras tu.
4. Arang
Ada petua mengatakan arang boleh membantu menghilangkan bau durian. Tinggalkan beberapa keping arang dalam kereta anda selama beberapa hari, bau tersebut akan diserap oleh arang dan lepas itu kalau nak guna semula arang tersebut untuk buat barbeku,tak ada masalah.
5. Tangkai Buah Durian di
Ramia yang mengatakan petua ini berkesan. Apa kata anda ambil tangkai buah durian yang anda makan tu dan selitkan di antara jaring-jarang penghawa dingin kereta anda. Bau kayu tangkai tersebut akan merebak dalam kereta anda sekaligus membuang bau busuk durian dalam kereta anda.
6. Buah Nenas / Daun pandan
Buah nenas juga boleh menyerap bau durian. Potong separuh buah nenas itu dan letakkan dalam kereta anda. Tapi cara ini pasti membuatkan anda berfikir beberapa kali terlebih dahulu. Kalau anda rasa rugi nak guna buah nenas, boleh juga letakkan daun pandan dalam kereta. Bau tersebut boleh dihilangkan oleh aroma daun pandan tersebut.
Cara paling simple adalah bungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik dan ikat dengan kemas. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan memasang pendingin hawa. Biarkan udara dari luar masuk ke dalam kereta anda dan sekaligus memberikan pengudaraan yang lebih baik dalam kereta. OK! lepas ni kereta tak berbau dah!
Sumber: careta.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.