Cermin mata kini menjadi salah satu item gaya yang cuup penting bagi lelaki. Bukan hanya cemrin mata gelap tetapi versi biasa juga telah menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini.
Kepelbagaian bentuk bingkai yang menarik juga mampu menyerlahkan gaya seorang lelaki menjadi lebih menarik. Padanan bersama item fesyen di badan juga boleh semakin menarik bersama pengayaan cermin mata.
Bagi musim luruh tahun ini, Luxottica memperkenalkan beberapa seleksi cermin mata yang cukup menarik dari pelbagai jenama bawaannya.
Seleksi gaya koleksi musim luruh ini turut diekspresikan oleh seorang influencer fesyen berpengaruh, Lucas Lau yang cukup dikenali menerusi Instagram kendaliannya @lucaseelau. Hadir dengan beberapa padanan gaya seperti bingkau Ray-Ban Jack yang terbaru, gaya Lucas Lau tampil lebih menonjol dengan warna nude dan perang sebagai simbolik musim luruh.
Di antara tip untuk menampilkan gaya seperti Lucau Lau yang lebih chic ialah padanan fesyen dari warna mesra musim luruh seperti elemen nude dan juga pakaian bertemakan monotone. Pemilihan bingkai cermin mata pula hadir dengan warna emas dengan rekaan lebih ringan dan kotemporari.
Selain jenama Ray-Ban, Luxottica juga membawakan seleksi menarik daripada beberapa jenama terkenal lain seperti Burberry, Coach, Emporio Armani dan Vogue Eyewear. Dengan pilihan yang penuh variasi seperti ini, Luxottica memberikan pilihan yang cukup besar untuk anda menonjolkan gaya lebih relaks dan dalam pada masa yang sama lebih elegan.
Tampilkan gaya anda mengikut personaliti diri untuk lebih bergaya kacak sepanjang masa!