Inspirasi Galaxy Z Series Dibawakan Di KLFW 2021 Dengan Sentuhan Pereka Kit Woo & Rizman Ruzaini

Share

Perkembangan fesyen dan teknologi pintar mempunyai persamaan yang cukup signifikan. Kedua-duanya bergerak dengan cukup pantas serta mempunyai pengaruh besar dalam gaya kehidupan masyarakat moden masa kini.

Sebagai di antara pelopor teknologi peranti pintar, Samsung dilihat sentiasa mengaplikasikan ciptaan mereka ke dalam elemen yang cukup berbeza seperti fesyen. Apatah lagi dengan keterampilan peranti terbaru mereka dari Galaxy Z Series terdiri dari model Galaxy Fold 3 dan Galaxy Flip3 yang mempunyai rekaan trendy dan elegan membawakan ilham fesyen terkini.

Bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang daiakan baru-baru ini, Samsung Galaxy Z Series tampil sebagai rakan rasmi majlis fesyen paling popular di Malaysia tersebut. Dengan jangkaan yang cukup besar peranti Galaxy Z Series tuut dijadikan sebagai inspirasi untuk 16 rekaan tersendiri yang direka olehdua pereka berpengaruh, Kit Woo dan Rizman Ruzaini.

Rekaan mereka berdua telah diperagakan di pentas KLFW pada 5 dan 7 November yang lalu. Menyentuh tentang penglibatan mereka di dalam program fesyen cukup gemilang tersebut Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elain Soh berkata, “Peranti kami memainkan peranan dalam mendekatkan proses pemulihan dunia yang cukup pantas terutamanya dari segi kolaborasi ketikan dunia berdepan pandemik.

“Oleh demikian, Samsung sangat berbangga dapar bekerja sama bersama dua pereka unggul, Kit Woo dan Rizman Ruzaini dalam membawakan nafas visi Galaxy ke pentas KLFW”.

Manakala bagi Kit Woo dan Rizman Ruzaini pula mereka berkongsi bagaimana Galaxy Z Series memberikan inspirasi utuk menampilkan rekaan di luar kotak. Elaborasi rekaan seiring dengan teknologi cukup membuatkan setiap rekaan mereka tampil unik.

Rekaan mereka berdua telah membuka tirai KLFW dalam siri fesyen yang turut menampilkan bersama 10 orang pereka tempatan. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi merancakkan industri fesyen tanah air yang kini semakin pulih selepas berdepan pandemik.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim