Nama Nadhir Nasar kini cukup mekar di bibir peminat industri seni tanah air. Pemenang Hero Remaja 2020 ini bukan sahaja terlibat di dalam industri sebagai seorang pelakon malah juga sebagai peragawan dan juga pengacara.
Malah Nadhir juga dikatakan mempunyai bakat dalam bidang pengarahan kerya drama. Kemunculannya dalam drama popular seperti ‘Projek: Anchor SPM’ dan juga ‘Projek: High Council’ telah melonjakkan lagi nama anak muda yang dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat dan membesar di Petaling Jaya ini.
Selain kelibatnya dalam dunia lakonan penampilan fesyen dan gaya Nadhir Nasar juga sentiasa mencuri perhatian ramai. Lihat sahajalah hantaran yang dikongsi olehnya di laman media sosial. Sarat dengan peragaan pelbagai jenis gaya.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa isnpirasi gaya yang boleh anda ikut dari gaya yang telah ditonjolkan oleh Nadhir Nasar.
You can’t go wrong with simple t-shirt and a blue denim. Gaya yang nampak ringkas tapi sesuai digayakan untuk aktiviti harian buat seorang lelaki.
Mendapat tugasan di luar negara bercuaca sejuk sememangnya satu bonus. Padanan layering yang sesuai dengan hoodie dan industrial jaket dari Carhartt menonjolkan gaya jalanan yang kemas dipadankan bersama seluar kargo.
Hitam itu menawan. Padanan all-black mampu menonjolkan sisi elagan dan klasik seorang lelaki. Tidak perlu terlalu formal, gaya kasual pun memadai.
Imej James Dean dengan jaket kulit akan sentiasa menjadi simbol lelaki moden sejati. Pemilihan jaket kulit berwarna coklat oleh Nadir menonjolkan sisi rebelious yang mungkin tersimpan di sisinya.
T-shirt generic berlogo besar dipadankan bersama topi dari jenama streetwear popular. Nampak ringkas tapi hanya yang tahu sahaja tahu ya!
Sling bag kini menjadi aksesori cukup realisitk dan penting untuk lelaki. Tidak perlu terlalu besar pun sudah okay. Padanan bersama kemeja kemas melengkapkan gaya semi kasual yang masih kekal nampak elegan.
Sejak sekian lama trench coat dianggap sebagai pakaian wajib bagi seorang lelaki terutamanya di negara Barat. Selain membawa elemen ‘timeless’ ia mampu menonjolkan sisi lelaki yang lebih elegan, sofistikated dan meningkatkan gaya macho seorang lelaki.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN.