Dalam usaha untuk menurunkan berat badan setiap individu pastinya mempunyai objektif serta dorongan tersendiri. Selain ingin mengubah diri sendiri menjadi lebih sihat dan cergas inspirasi dari luaran juga boleh menjadi pencetus perubahan tersebut.
Untuk FIT JOURNEY kali ini, MASKULIN telah menemubual seorang lelaki yang mendapat inspirasi dari perjuangan ibunya melawan kanser. Ahmadsaufi Bin Saludin yang berusia 32 tahun tekad menurunkan berat badan melihatkan semangat ibu tercinta yang berjuang melawn kanser payudara.
Ikuti kisah perjalanan bagaimana Ahmadsaufi berubah menurunkan berat badannya untuk menjadi seorang yang lebih cergas dan sihat.
Bagaimana tabiat pemakanan anda sebelum ini?
Tabiat pemakanan saya memang agak kurang sihat dan sangat tidak seimbang. Tabiat pengambilan makanan secara berlebihan lebih-lebih lagi makanan yang manis serta bergoreng.
Adakah berdepan mana-mana jenis masalah kesihatan ketika berat badan dahulu?
Saya mengalami sakit lutut (arthritis) sehingga terpaksa pakai tongkat untuk berjalan selama beberapa waktu. Selain itu saya juga mengalami masalah sukar untuk tidur kerana masalah dengkut yang kuat. Satu ketika saya juga pernah mengalami Gout dengan bacaan asid urid yang tinggi.
Penampilan dahulu
Perasaan ketika berdepan masalah berat ketika itu? Adakah alami tekanan perasaan atau kurang keyakinan?
Pada ketika itu saya akui saya berdepan perasaan yang sangat stres. Malah, saya juga rasa terbeban dengan berat badan yang berlebihan. Ada sampai satu tahap saya jadi kurang ada keyakinan dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Perasaan untuk mencari pakaian besar agak susah. Jika ada sekali pun kosnya memang lebih mahal dari baju saiz biasa.
Ads
Dahulu apabila sudah sakit sampai bertongkat saya ingat saya sudah tak boleh aktif lagi.. Tapi sebenarnya “senaman itu menguatkan badan” . Jadi jangan takut untuk bersenam.
Pernah berdepan ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Tidak menjadi ejekan akan tetapi apabila badan kita dijadikan satu panggilan seperti gemuk, ‘bob’… Lama-kelamaannya nama asal sudah tidak ada. Dan ada juga yang suka cakap lepas dengan mengatakan “tak lama lagi penyakit sampai la”. Mereka mungkin tak sedar itu adalah ibrat satu doa untuk saya mendapat sakit. Saya memang kecewa dengan sikap segelintir orang kita.
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan turunkan berat badan?
Sebenanrya sudah bertahun-tahun lamanya saya berazam untuk turunkan berat badan. Tapi asyik tak menjadi saja. Sehinggalah satu ketika ketika saya mendapat berita tentang ibu saya yang disahkan menghidap kanser payudara. Padamasa itu ibu saya memang berasa sangat ‘down’. Tapi dia juga masih bersemangat. Saya pandang ibu dan mula bertekad untuk berubah. Ia demi demi kesihatan dan demi insan tercinta.
Ads
Sehingga kini sudah dua tahun ibu melawan kanser beliau denngan kanser tulang stage 4 dan kanser payudara. ‘Journey fat to fit’ saya selalu kongsi dengan ibu agar dia juga boleh kuatkan semangat melawan kansernya. Selain itu saya bertkead berubah kerana saya merupakan ketua keluarga yang mempunyai dua orang anak dan isteri. Perlu kena kuat untuk menyara kehidupan mereka.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Dalam setiap perkara ingin dilakukan mestilah dengan ada ilmu. Jadi saya cuba ikuti program dengan salah seorang coach yang juga bekas pemain ragbi negara, Coach Azmir Zed. Program beliau tentang ‘30 Hari Fit Challenge’ serta ‘Warriors FitCamp’ memberi kesempatan saya untuk konsisten terus sehingga menjadi sebagai lifestyle.
Bukan buat hanya sekadar bermusim! Untuk terus tinggalkan makanan bergula dan berminyak bukanlah satu perkara mudah kerana kita nak ubah tabiat permakannan yang sudah sebati selama bertahun-tahun lamanya. Dari Coach Azmir saya belajar dan terus sertai mana-mana program lain untuk tambah ilmu.
Perkara pertama kita mesti cari ilmu dengan zaman sekarang media social semuanya di hujung jari sahaja. Jangan terus tinggalkan makanan bergula, berlemak… Buat secara perlahan-lahan tapi pastikan kena konsisten setiap bulan. Ini Kekuatan dari program “30 Hari Fit Challenge” yang mana setiap bulan saya akan cabar diri untuk buat program ini.
Ads
Perkara paling sukar dalam usaha nak turunkan berat badan?
Paling sukar adalah bagaimana kita hendak sentiasa konsisten dan beristiqamah melakukannya. Sebab kebanyakan kita mampu berubah tapi dalam jangka masa yang sekejap. Usaha ini yang kita nak terapkan kepada kawan-kawan untuk terus menerus menjaga pemakanan dan kesihatan bukan skadar buat di satu-satu masa sahaja. Ini adalah cara hidup kita.
Boleh share apakah rahsia sebenar anda berjaya turunkan berat badan?
Selain dari program dan coach yang berkaliber, kejayaan ini datang dari semangat yang lebih kuat atas dorongan dan sokongan kawan-kawan yang sentiasa aktif cergas dan sihat. Ini kekuatan paling kuat untuk kita berjaya dalam pengurusan berat badan. Dekat dengan kawan-kawan yang sama-sama membina semangat dan motivasi. Abaikan kawan-kawan yang ada sikap toksik untuk kita. Selalu juga sokong kawan-kawan lain untuk berubah ke arah lebih sihat.
Penampilan terkini
Boleh share rutin pemakanan dan senaman sekarang.
Seminggu tiga kali saya akan berlatih di Warriors FitCamp yang bertempat di Ulu Klang. Ia merupakan satu-satunya program asal saya gemuk dahulu sehingga kini. Sya juga lakukan latihan bebanan di gym. Dari segi pemakanan pula saya juga sudah berubah dengan mengurangkan makanan manis, bergula dan bergoreng.Paling penting bila saya off diet, saya akan kawal pengambilan pemakanan.
Terima kasih buat saudara Ahmadsaufi yang sudi berkongsi dan ditemubual oleh MASKULIN untuk perkongsian menarik ini. Semoga kisah penurunan berat badan ini mampu memberikan motivasi untuk anda yang ingin melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lobak merah bukan sahaja mengandungi Vitamin A yang baik untuk mata anda, tetapi ia mengandungi banyak gizi dan mineral (kalori, protein, hidrat, kalsium dan zat besi) yang mampu untuk mencegah masalah penyakit strok. Kandungan dalam 122 gram jus lobak merah mengandungi Vitamin A sebanyak 34, 317, 40 mg, beta karoten 16,678 mcg, Vitamin C 11,35 mg, folat 17,08 mcg. Vitamin K 16,10 mcg. Manakala kandungan gizinya kalori sebanyak 52,46 kalori, protein 1,26 gram dan air 167,10 gram. Mineral pada lobak merah pula adalah fosfor, kalium dan atrium yang cukup tinggi.
Anda perlu tahu dan amalkan!
1. Lobak merah bukan sahaja baik untuk kesihatan mata, tetapi ia juga mampu mencegah atau mengatasi serangan strok. Seseorang yang mengalami strok, digalakan untuk mengambil atau makan makanan yang kaya dengan Vitamin A bagi mengurangkan kerosakan neurologis (saraf) dan berupaya untuk sembuh.
2. Elak terkena strok dengan makan lobak merah yang kaya serat lima kali dalam seminggu. Kandungan beta karoten (pigmen paling aktif) yang terdapat di dalam lobak ini dapat mencegah terjadinya plak atau pengumpulan kolesterol di dalam pembuluh darah.
3. Lobak merah juga berguna sebagai detox dan antioksidan yang sangat baik. Ia dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
4. Anggaran secawan lobak merah mengandungi 16.679 mcg beta karoten yang juga dapat menurunkan risiko terkena kanser. Penyelidikan yang dicatatkan dalam Journal of Agriculrural pada Ford Chemistry, fulcarinoid yang terkandung dalam lobak merah boleh menurunkan risiko kanser usus besar, serta ia juga dapat mencegah penyakit diabetes.
5. Kandungan bensopyrine yang terdapat dalam asap rokok dapat menurunkan kandungan Vitamin A di dalam tubuh seseorang. Kekurangan Vitamin A ini boleh menyebabkan timbulnya masalah kanser dan pembengkakan paru-paru. Sebab itu, seorang perokok digalakkan untuk mengambil atau makan lebih banyak Vitamin A.
6. Lobak merah juga dikatakan dapat mencantikkan kulit-kulit lebih halus dan mengurangkan masalah jerawat di kulit wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Triceps adalah bahagian belakang dari otot lengan bahagian atas yang memiliki tiga kepala seperti outeratau lateral head, inner head, dan long head. Otot lengan yang baik akan memberi kesan pertama kepada susuk tubuh menjadi bentuk yang lebih athletic.Triceps merupakan 2/3 bahagian dari lengan bahagian atas, ini kerana apabila anda ingin membesarkan otot lengan atas, otot tricepslah yang sebenarnya perlu dilatih dengan keutamaan yang lebih tinggi daripada otot biceps. Selain itu, tanpa otot triceps, Anda juga tidak akan dapat melakukan pelbagai jenis latihan. Otot triceps dikenali sebagai otot penyokong yang sangat penting dalam latihan-latihan untuk bahu, dada, lengan, dan punggung. Mulakan dan ikuti bagaimana latihan senaman triceps yang sangat mudah ini dapat membantu anda untuk mendapatkan otot lengan yang lebih kuat dan menarik.
STEP 1: Close grip push-up
Mulakan dengan posisi tekan tubi dan kedua-dua belah tangan haruslah rapat.
Rendah kan tangan sama seperti gerakan latihan senaman tekan tubi.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 2: Triceps dip
Tempatkan kedua tangan di kerusi dengan jari menghadap ke depan sehingga lengan lurus dan triceps sejajar dengan sandaran kerusi.
Luruskan kaki sepenuhnya di hadapan anda dan menempatkan tumit di tanah.
Turunkan tubuh badan ke bawah dan naik semula untuk mendapatkan ketegangan di bahagian triceps.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 3: Triceps extensions
Mulakan dengan posisi menegak dan letakkan dumbell kedua kedua tangan.
Tolak kedua-dua belah siku ke atas.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 4: Punches
Angkat kedua-dua belah tangan seolah-olah seperti ingin menumbuk
Lepaskan tumbukan di mulakan dengan tangan kanan dan selepas itu diikuti dengan tangan kiri
Tumbukan tersebut haruslah difokuskan pada otot triceps dengan sedikit twist.
Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hajat di hati mahu kurus tapi tak sedar rupanya masih tidak boleh tinggal tabiat buruk. Patutlah berat susah nak turun. Sebenarnya nak buang lemak dalam badan ini impaknya macam korang pergi berperang. Punyalah susah tapi kalau ada kesungguhan nampaklah hasilnya nanti.
Ternyata lemak antara kandungan di dalam badan yang sukar untuk dihapuskan. Ditambah lagi dengan rutin dan tabiat buruk yang korang lakukan setiap hari, makin bertimbunlah lemak di dalam badan.
Macam-macam cara korang dah cuba tapi masih tak kurus-kurus. Mungkin 6 tabiat buruk ini menjadi punca berat korang susah nak turun. Check it out!
1. Selalu stres
Hormon kortisol yang keluar ketika stres boleh merangsang nafsu korang makan lebih banyak. Bila stres, hormon ni akan melambatkan lagi metabolisme dan membuatkan lemak dalam perut makin terkumpul. Chill bro, jangan stres stres!
2. Selalu berjaga malam
Berjaga malam memang ramai yang lelaki suka. Ada kajian mendapati, kurang tidur boleh meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon kenyang. Malah kajian juga membuktikan, tidur kurang daripada empat jam sehari akan menyebabkan obesiti. Mana tak berat susah nak turun kalau dah malam-malam makan. Betul tak?
3. Banyak ambil makanan masin & berlemak
Makanan berlemak yang terkumpul dalam badan akhirnya boleh menjadi lemak degil. Garam yang diambil berlebihan pula boleh mengakibatkan hipertensi dan cecair akan terkumpul dalam badan. Kalau nak ikutkan selera tekak makan makanan yang sedap-sedap, alamatnya memang susahlah berat badan korang nak turun.
4. Makan tak kira tempat
Tabiat yang ini pun susah lelaki nak tinggalkan. Sambil tengok tv atau sambil mengadap komputer, sambil itulah korang sumbat makanan dalam mulut. Akhirnya tak sedar berapa banyak yang dah korang makan, selain korang tak dapat menikmati makanan dengan sebaiknya. Ini akhirnya membuatkan korang rasa lapar lagi walaupun korang sudah makan.
5. Malas nak bergerak
Bila perut sudah kenyang, mulalah korang malas nak bergerak. Apa salahnya sambil bekerja, korang lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Bukan lama pun, hanya ambil masa lima minit setiap satu jam. Kalau tak pun, selepas satu jam bangun dan berjalan sekitar pejabat. Sekurang-kurangnya korang boleh membakar kalori daripada duduk diam tak buat apa-apa.
6. Jarang ambil produk tenusu
Yogurt bebas lemak, keju atau susu sangat jarang lelaki makan jika nak dibanding dengan wanita. Korang perlu tahu, produk tenusu seperti ini mempunyai lemak yang rendah dan mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Khasiat kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak di tubuh. Jadi banyakkan minum susu lepas ni!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.