Selepas beberapa bulan lalu kolaborasi North Face dan Gucci diumumkan, ramai penggemar fesyen global tidak sabar menantikan kemunculannya. Dan kini koleksi yang mendapat inspirasi zaman 70-an dan retro, diperkenalkan untuk tontonan umum.
Inilah koleksi kolaborasi terbesar untuk penghujung tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran. Jenama mewah terkenal, Gucci kini memperkenalkan seleksi foto rasmi untuk koleksi kolaborasinya bersama jenama outdoor, North Face.
Seperti yang dijangkakan ramai pemerhati fesyen, kolaborasi dua jenama ini menggabungkan warisan dan legasi rekaan mereka menjadi satu. Gabungan yang dilihat mewah dengan sentuhan minimalis ini khusus buat mereka yang gemarkan aktviti outdoor dan dalam masa yang sama tampil bergaya eksklusif.
Mengambil pengaruh Gucci, warna yang dipersembahkan sarat dengan elemen vivid menjadikan koleksi ini nampak lebih menyerlah berbanding pakaian outdoor yang lain.
Manakala cetakan logo North Face dan monogram Gucci pula mendapat sentuhan inspirasi gaya rekaan 70-an. Kerjasama Gucci bersama North Face ini merupakan kombinasi yang unik kerana kedua-duanya dari dua dunia berbeza.
Koleksi yang dijangka mendapat sambutan luar biasa ini dilaporkan akan mula ditawarkan pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2021.
Adakah ia akan turut terdapat di pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu! Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gaya hidup lelaki terkini!