Inovasi Kasut Bola Keranjang Dari Inspirasi Pemain Terkenal, Stephen Curry

Share

Populariti sukan bola keranjang kini semakin meningkat terutamanya di kalangan lelaki urban. Ini kerana semakin banyak gelanggang tertutup bola keranjang boleh di dapati di sekitar Lembah Klang.

Sukan yang memberi impak tinggi ini mampu membakar kalori badan dengan kadar cukup tinggi. Lihat sajalah badan dan fizikal atlet-atlet profesional bintang bola keranjang NBA. Kebanyakan daripada mereka memiliki badan yang lean dan mempunyai muscle

kuat terutamanya di bahagian perut, kaki dan tangan.

Bermain boleh keranjang tak memerlukan banyak alat. Anda hanya perlu gelanggang, bola dan juga kasut yang sesuai. Bagi mengelakkan kecederaan pemilihan kasut yang sesuai sangatlah penting. Antara jenama yang sering menampilkan kasut bola keranjang yang selesa ialah Under Armour.

Dua pemain bola keranjang negara, Kuek and Ivan turut hadir pada majlis pelancarannya.

BACA: 11 Tip Berguna Sebelum Beli Kasut Futsal Agar Tak Alami Kecederaan Ketika Bermain

Kolaborasi mereka dengan pemain profesional NBA, Stephen Curry telah diketahui umum dan ia kini memasuki siri yang keenam. Terbaru Under Armour memperkenalkan Curry 6 yang menampilkan ciri-ciri keselesaan, keselamatan dan kemampuan menyerap tekanan.

MASKULIN baru-baru ini turut serta dalam majlis pelancaran Curry 6 yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti Yasmin Hani, Atilia Haron, Theeban Gonvindasamy (atlet MMA), Shawn Lee (personaliti YouTube), Jeff Lau (pelari maraton) dan juga dua pemain bola keranjang negara Kuek Tian Yuan dan Ivan Yeo.

Koleksi terbaru dari Under Armour, Curry 6 dan Spawn Low.

Selain Curry 6, Under Armour turut memperkenalkan Spawn Low yang rekaannya dipelopori oleh Joel Embid. Apa yang menarik kedua-dua kasut ini dihasilkan dengan menggunakan data biometrik pemain NBA tersebut.

Published by
Farizul Izwany