Populariti sukan bola keranjang kini semakin meningkat terutamanya di kalangan lelaki urban. Ini kerana semakin banyak gelanggang tertutup bola keranjang boleh di dapati di sekitar Lembah Klang.
Sukan yang memberi impak tinggi ini mampu membakar kalori badan dengan kadar cukup tinggi. Lihat sajalah badan dan fizikal atlet-atlet profesional bintang bola keranjang NBA. Kebanyakan daripada mereka memiliki badan yang lean dan mempunyai muscle kuat terutamanya di bahagian perut, kaki dan tangan.
Bermain boleh keranjang tak memerlukan banyak alat. Anda hanya perlu gelanggang, bola dan juga kasut yang sesuai. Bagi mengelakkan kecederaan pemilihan kasut yang sesuai sangatlah penting. Antara jenama yang sering menampilkan kasut bola keranjang yang selesa ialah Under Armour.
Ads
Dua pemain bola keranjang negara, Kuek and Ivan turut hadir pada majlis pelancarannya.
Kolaborasi mereka dengan pemain profesional NBA, Stephen Curry telah diketahui umum dan ia kini memasuki siri yang keenam. Terbaru Under Armour memperkenalkan Curry 6 yang menampilkan ciri-ciri keselesaan, keselamatan dan kemampuan menyerap tekanan.
Ads
Ads
MASKULIN baru-baru ini turut serta dalam majlis pelancaran Curry 6 yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti Yasmin Hani, Atilia Haron, Theeban Gonvindasamy (atlet MMA), Shawn Lee (personaliti YouTube), Jeff Lau (pelari maraton) dan juga dua pemain bola keranjang negara Kuek Tian Yuan dan Ivan Yeo.
Koleksi terbaru dari Under Armour, Curry 6 dan Spawn Low.
Selain Curry 6, Under Armour turut memperkenalkan Spawn Low yang rekaannya dipelopori oleh Joel Embid. Apa yang menarik kedua-dua kasut ini dihasilkan dengan menggunakan data biometrik pemain NBA tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila berbicara mengenai nutrien dalam buah lemon, Vitamin C adalah perkara utama yang keluar dari kotak fikiran kita. Kandungan tinggi Vitamin C sangat bagus untuk tubuh kerana ia membantu untuk melindungi radang hati, meningkat daya penglihatan dan juga mengurangkan masalah demam.
Bukan sahaja ia bagus untuk kesihatan & kecantikan tubuh badan, buah lemon juga boleh digunakan untuk kegunaan lain yang mungkin anda tak tahu.
Jom baca ni:
1. Hilangkan Bau Tangan
Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.
2. Cantikkan Kuku Secara Semulajadi
Belah dua limau nipis. Gosok kat kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.
3. Petua tradisional bagi menghalang gigitan nyamuk
petua tradisional bagi menghalang gigitan nyamuk selain dari menggunakan penyembur racun serangga. Hanya dua bahan yang diperlukan iaitu limau nipis serta bunga cengkih.
4. Hilangkan Bau Kaki
Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.
5. Cara Mudah Hilangkan Bau Dalam Microwave
Hiris limau dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air. Panaskan mangkuk berisi air dan lemon itu di dalam microwave selama dua hingga tiga minit. Kemudian, lap microwave menggunakan tisu.
6. Cantikkan Kuku Secara Semulajadi
Belah dua limau nipis. Gosok kat kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.
7. Hilangkan Kerak Hitam Pada Kuali
Potong lemon dan rebus bersama dengan kulit. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum korang cuci periuk tersebut seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tengah syok beraya, tiba-tiba tersondol batu sampaikan kaki terseliuh. Langkah awal yang biasa kita buat bila kaki terseliuh ialah sapu minyak panas atau urut bahagian kaki yang terseliuh itu untuk mengurangkan kesakitan.
Sebenarnya cara yang kita biasa lakukan ini rupanya salah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya kaki terseliuh, anda boleh kurangkan kesakitan mengikut tip yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki pasti impikan bentuk badan yang fit atau sado supaya penampilan diri nampak lebih meyakinkan.
Untuk mendapatkan badan fit dan sado, penting untuk anda lakukan senaman secara konsisten bagi membentuk tubuh yang mantap.
Jika tidak ke gym pun, anda sebenarnya masih boleh mengeluarkan peluh dan mendapatkan bentuk badan mantap asalkan rajin melakukan senaman.
Ini merupakan 4 steps senaman yang boleh anda lakukan di rumah dalam keadaan yang lebih selesa tanpe menggunakan peralatan gym.
1. Tekan tubi
Lakukan senaman tekan tubi sebanyak 20 kali sehari pada peringkat permulaan sama ada selepas anda bangun tidur pada waktu pagi.
2. Bangkit tubi
Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali pada peringkat permulaan dan tambah mengikut kemampuan dari sehari ke sehari. Anda akan dapat merasai kesan tegang di bahagian perut untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
3. Squat jump
Untuk senaman squat jump pula, anda buat sebanyak 30 kali. Senaman squat jump dapat menguatkan otot jantung, selain melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
4. Pull up
Senaman pull up berfungsi untuk menguji tahap kemampuan anda mengimbangkan tubuh badan, selain menyediakan tubuh anda untuk mengangkat beban. Lakukan senaman pull up sebanyak 10 kali untuk peringkat permulaan.
Lakukan kesemua senaman ini setiap hari dalam tiga set sama ada di lakukan pada waktu pagi, petang atau malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.