Aspek seni dalam rekaan fesyen bukanlah satu perkara asing. Malah kedua-duanya saling berkait rapat di antara satu sama lain. Jenama fesyen popular asal Jepun, Onitsuka Tiger meneruskan aspirasi fesyen mereka dengan memperkenalkan koleksi terbaru untuk musim panas 2022.
Lebih menarik koleksi yang dikenali dengan nama Tiger Gallery menampilkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Tiger Gallery merupakan sebuah projek galeri seni yang menyokong kepelbagaian artis kontemporari dan mencipta momen untuk dialog berkaitan seni, inovasi dan gaya di Onitsuka Tiger Regent Street, Butik Perdana London, yang terletak di salah satu jalan membeli-belah paling berprestij di dunia.
Yuki Terase dari Art Intelligence Global (“AIG”) dijemput selaku kurator artis dan pameran ini akan diadakan secara berterusan, menampilkan hasil karya daripada artis kontemporari berbakat dari seluruh dunia.
Mereka tidak hanya menyediakan ruang malah bakal memberikan sokonga meluas aktiviti artis yang mengambil bahagian dengan memberikan pelbagai peluang antaranya menghasilkan rekaan pada tingkap butik yang menghadap ke jalan berprestij Regent Street.
Ads
SOKONGAN TRASMISI SENI
Onitsuka Tiger juga tidak ketinggalan menawarkan butik perdananya di tengah kota London sebagai tempat untuk artis mempamerkan karya mereka bagi menangani isu yang mereka hadapi, sekali gus memberikan sokongan penuh untuk mereka di samping transmisi seni dan ketukangan.
Sebagai tambahan, dengan mewujudkan peluang untuk khalayak ramai menikmati seni secara santai, jenama ini meletakkan sasaran untuk membawa kesejahteraan menerusi kuasa seni bagi memperkayakan lagi jiwa serta minda orang ramai, serta menghidupkan semula komuniti yang berasal dari butik itu.
Ads
Pameran pertama untuk projek Tiger Gallery ini menyerlahkan karya artis dari Uganda, Godwin Champs Namuyimba, akan berlangsung mulai 4 Ogos sehingga 28 September 2022.
Menurut Ketua Syarikat Onitsuka Tiger, Ryoji Shoda,” Tiger Gallery memaparkan etos inovasi serta ketukangan Onitsuka Tiger. Pasukan Onitsuka Tiger komited dalam menyokong bakat artistik dari seluruh dunia.
Ads
Kami juga membawa harapan untuk berterusan memberi inspirasi serta diinspirasikan oleh beberapa suara menarik dalam generasi kita. Kami percaya projek terbabit akan membolehkan kami terus mengembangkan jenama di saat kami bergerak ke hadapan dalam abad kedua puluh satu ini.”
Manakala bagi Pengasa Bersama Art Intelligence, Yuki Terase pula melahirkan keterujaannya kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Onitsuka Tiger.
“Untuk kerjasama jangka panjang ini, Tiger Gallery melangkaui skop kerjasama jenama/artis bermusim dan meletakkan sasaran bagi memberikan ruang kebolehlihatan global kepada pelbagai artis. Projek ini akan dikendalikan oleh Jack Eisenberg, Pengarah Program Artis di Art Intelligence Global.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Onitsuka Tiger menampilkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.Visual bagi kempen koleksi AW22 kali ini dicipta berdasarkan konsep ‘Bayang” (Shadow), menggunakan warna senada hitam dan putih.
Sementara pergerakan gemalai dan gaya elegan si model pula diilhamkan daripada pereka fesyen Jepun era ’80-an. Menerusi visual kempen ini, Onitsuka Tiger tidak ketinggalan memberi penghormatan kepada era ’80-an, di mana elemen estetika Jepun iaitu “kemurnian dan kecekinan” saling bergabung dengan estetika Barat.
Koleksi ini berkisarkan tahun-tahun tersebut dan dipersembahkan menerusi penampilan aktif serta kontemporari. Lapisan demi lapisan, iaitu gaya tipikal pakaian tradisi dan upacara Jepun, adalah aspek penting dalam membentuk stail yang menyerlahkan koleksi asli dan tanpa jantina ini.
Selain kemeja-T bersaiz ultra-besar yang diperbuat daripada kapas tebal dan kaftan grafik bersulam (gaun lebar), satu-satunya hiasan tersendiri dalam koleksi adalah cetakan nyalaan api dan bunga pada bahagian kelepet di beberapa variasi helaian.
Koleksi ini juga menyuntik sedikit gaya Gothic dan Girly, dengan sentuhan bintang rock moden yang dipersembahkan pada pelbagai helaian seperti gaun velor dan gaun mini dengan pinggang bertali. Lapiskan helaian ini dengan jaket nilon, seluar maksi Bermuda, skirt midi berlisu dan weskot berpoket, bersama tambahan balaclava di kepala.
Untuk padanan sepatu, model PETAL adalah kasut court klasik di mana bahagian atas tahap buku lali sesuai menjadi pelengkap pelbagai gaya, sementara model ACROMOUNT KNIT dengan aksen cetakan halus pada reka bentuk ringkas dan minimalis, mengukuhkan lagi lambang tema koleksi ini: Bayang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah alami saat-saat rambut keguguran? Ataupun botak dimana-mana bahagian? Ini kerana rambut anda yang kurang sihat dan keguguran. Untuk wanita, rambut dianggap mahkota wanita, begitu juga dengan lelaki. Rambut yang lebat dan bersinar memang menjadi pilihan kepada lelaki yang gemarkan style dan menjiwai fashion. Mungkin produk rambut yang anda gunakan tidak sesuai dengan rambut anda. Disini kami listkan untuk anda apa yang patut anda lakukan untuk mendapatkan rambut lebat.
Lebih pendek, lebih baik
Pendek di sini bukanlah bermaksud anda harus botakkan rambut. Jangan takut untuk pendekkan rambut walaupun ada sudah separa botak. Ada sebab disebalik anda pendekkan rambut anda, ini akan membolehkan penampakkan pada kawasan yang kurang rambut itu tidak begitu ketara.
Ia akan membantu menebal apa yang anda ada, jadi panjangnya sangat penting. Bagi kedua-dua mereka yang rambutnya nipis dan garis rambut yang surut, pergi buat lawatan rasmi ke barber atau stylist anda. Rundingan profesional merupakan cara terbaik untuk gaya rambut anda jika ia terlalu kritikal.
Beri nafas baru
Setelah grooming rambut anda. Tiba masanya untuk anda buka buku baru untuk rambut anda. Bila dah pendek ni lagi senang sebenarnya nak jaga. Gunakan pencuci rambut yang tepat setelah mendapat nasihat barber dan stylist anda. Sisih rambut anda ketika mandi dan manjakannya.
Produk
Buat sementara waktu ni, elakkan dari menggunakan gel atau krim pada rambut. Beri ruang pada kulit kepala anda untuk bernafas seperti biasa. Jika anda masih ingin menggunakan produk rambut, beri fokus pada produk yang mempunyai microfibers yang boleh di dapati di mana-mana kedai rambut.
Dengan cara ini anda boleh mendapatkan nafas baru pada rambut anda. Kami juga menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat stylist untuk menanam rambut. Namun kosnya sedikit mahal. Jika anda berminat anda boleh cuba. Rambut rosak sebenarnya bukan saja dari krim atau shampoo yang anda pakai, namun kedangkala pewarnaan rambut juga memainkan peranan. Pakar rambut sendiri manasihatkan agar anda yang kerap menukar rambut itu, untuk kurangkan gejala ini. Yakin dengan warna rambut yang ada pada diri anda. Ini kerana pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang kuat menyebabkan rambut anda rosak dan kulit kepala anda sakit. Seperti biasa, mencegah lebih baik daripada merawat. Semoga rambut anda sihat dan bersinar raya ni!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penemuan seekor kumbang unik yang ditemui di Malaysia telah dinamakan bersempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Dinamakan “Grouvellinus leonardodicaprioi”, kumbang itu adalah antara tiga spesies baharu yang ditemui oleh sekumpulan saintis di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah.Ia ditemui dalam ekspedisi yang dijalankan oleh Taxon Expeditions, yang berpangkalan di Belanda, dalam ekspedisi ke kawasan terpencil untuk mereka yang berminat dengan alam semula jadi dan sains.
Ekspedisi itu juga membantu mereka membuat penemuan saintifik, menurut keterangan di laman web Taxon.
Penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys.
Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio yang cukup giat menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.
Jangan pelik pula, kerana DiCaprio bukanlah selebriti pertama yang menerima penghormatan ini, Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesies baharu.
*Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.