Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan budi pekerti dan sopan santunnya. Memang tu lumrah dari dulu pun. Baru-baru ni satu kumpulan anak muda telah menyediakan satu website untuk anak muda pulang mengundi di kawasan masing-masing. Ini bagi yang bekerja di Kuala Lumpur dan pusat mengundi mereka jauh sehingga memakan perjalanan berjam-jam.
Saat diumumkan pilihanraya ke 14 ini akan diadakan pada hari rabu 9 Mei, mulalah rakyat Malaysia tak tentu arah nak balik mengundi ataupun tidak kerana kesuntukan masa. Ketika itu, topik ini hangat diperkatakan di laman twitter sehingga anak muda menggunakan hashtag #pulangMengundi.
Ads
Ia bermula dari seorang di Twitter yang menawarkan carpool untuk pulang ke kampung halaman. Dalam tweet tersebut, beliau menawarkan sesiapa sahaja yang tidak dikenali untuk menumpang beliau ke kampung halaman. Ternyata ia mendapat sambutan hangat apabila mereka yang lain meminta dan menghulurkan bantuan bertanyakan kepada sesiapa yang nak ke pusat mengundi yang sama.
Ads
Demi memudahkan perbualan dan pencarian, sekumpulan anak muda telah membuka satu website di Twitter, Instagram dan Facebook kepada mereka yang ingin ke pusat mengundi dan tiada pengangkutan awam. Kira ini bantuan sesama rakyat la. Korang yang masih tak ada pengangkutan dan nak tumpang geng-geng ni, boleh ke Twitter dengan menggunakan #balikmengundi dan #CarpoolGE14 ataupun ke carpool.pulangmengundi.com Kalau Sabah/Sarawak tu maaf lah, korang kena naik flight jugak 🙂
Ads
Cayalah anak muda Malaysia! Keep it up!
Selamat pulang mengundi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam Bell & Ross sememangnya cukup sinonim dengan industri penerbangan terutamanya di kalangan juruterbang pesawat tempur dan juga aerobatik.
Terbaru, Bll & Ross meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan pasukan aerobatik tersohor dari Pwrancis, Patrouille de France.
Ia merupakan pasukan persembahan aerobatik pesawat yang bukan sahaja terkenal malah sangat berpengaruh dalam industrinya.
Ditubuhkan dari pasukan elit French Air dan Space Force, pasukan ini telah terbang ke serata dunia menonjolkan skil pengendalian pesawat luar biasa selama beberapa dekad lamanya.
Jadi tidak hairanah kolaborasi ini dianggap cukup istimewa dari jenama jam premium ini. Kerjasama di antara Bell & Ross dan Patrouille de France telah berlangsung selama lebih tiga tahun.
PERSEFAHAMAN STANDARD TINGGI
Persefahaman di antara kedua-duanya hadir dengan aspirasi standard cukup tinggi terutamanya dari segi ketepatan, keupayaan teknikal, inovasi dan tahap kecemerlangan tertentu.
Istimewa sempena ulang tahun ke-70 Patrouille de France, Bell & Ross memperkenalkan jam tangan instrumen BR 03 edisi terhad baharu sebagai penghormatan tertinggi kepada pasukan mereka.
Model Ulang Tahun ke-70 BR 03-92 PAF juga turut memperingati sejarahnya yang kaya dan berprestij. Selama tujuh dekad pasukan Patrouille de France mengagumkan penonton di seluruh dunia dengan kemampuian juruterbangnya yang berkemahiran tinggi serta teknologi pesawatnya yang sangat hebat.
Mereka umpama ‘pelukis garisan langit’ dengan lahak akrobatik yang tidak terjangkau dek fikiran kita.
Daripada Thunderjet, yang mula beroperasi pada tahun 1953, kepada Alphajet, dalam perkhidmatan sejak 1981, tidak melupakan Ouragan, Mystère IV dan Fouga Magister mitos, pesawat ini adalah sebahagian daripada legenda.
SEJARAH PENGHORMATAN
Pesawat legenda ini, yang merupakan sebahagian daripada sejarah kaya Patrouille de France diwakili di belakang bekas seramik BR 03-92 PAF.
Satu penghormatan yang sesuai, siluet lima pesawat yang telah terbang sejak penciptaan Patrouille de France pada tahun 1953 ditemui terukir di bahagian belakang jam tangan.
Memandangkan BR 03-92 PAF meraikan ulang tahun Patrouille de France, ia tetap merupakan instrumen profesional.
Sebagai bukti, ia menggunakan fiuslaj BR 03, iaitu sarung ultra-ringan berbentuk segi empat sama (42 x 42 mm) dalam seramik berteknologi tinggi, dirawat di sini dengan salutan hitam yang menyerlahkan kontras.
Kedua-dua teknikal dan kontemporari, kalis air hingga 100 meter, ia melindungi pergerakan mekanikal automatik berkaliber, BR-CAL 302, yang menunjukkan jam, minit, saat dan tarikh.
Untuk dail edisi terhad ulang tahun eksklusif sebanyak 999 helai ini, Bell & Ross telah memilih warna biru yang sangat bercahaya, membangkitkan sut penerbangan juruterbang Patrouille de France.
Insignia pasukan paparan elit ini dan logo khusus ulang tahun ke-70nya ditampilkan pada bahagian tengah-tengah dail ini dibulatkan secara halus dengan adunan warna bendera Perancis.
Manakala untuk tali pula ia digayakan khusus sepadan dengan menggabungkan alcantara biru dan bahan sintetik hitam ultra-tahan, dijahit atas dalam warna biru, putih dan merah.
Model jam edisi terhad ini hanya didapati sebanyak 999 unit dengan harga jualan RM17,600.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Telah banyak kita saksikan kolaborasi istimewa yang dilakukan oleh Levi’s bersama jenama atau filem terkenal.
Jika sebelum ini Levi’s bekerjasama dengan jenama streetwear popular Supreme, kali ini pembikin denim legenda tersebut bakal memperkenalkan koleksi edisi terhad kolaborasi bersama Star Wars.
Kerjasama yang menyaksikan Levi’s berganding bahu bersama Disney dan Lucasfilm ini adalah bersempena kemunculan filem terbaru ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’.
Ia juga bersempena dengan ulang tahun francais filem sains fiksyen terhebat pernah disaksikan muncul dalam dunia Hollywood.
Difahamkam koleksi Levi’s x Star Wars membariskan seleksi pakaian denim yang diinspirasikan daripada pelbagai karakter, lukisan serta logo berkaitan dengan filem tersebut.
Antara yang paling menarik perhatian ialah trucker jacket, jeans, hooodie dan juga t-shirt. Dan kesemuanya berkisar tentang trilogi terbaru yang diperkenalkan menerusi filem-filem Star Wars.
Malah apa yang menarik qutoe terkenal daripada karakter-karakter seperti “I am your father” (Darth Vadder) dan “GGWWWRGHH!!!” (Chewbacca) turut menghiasi seleksi pakaian koleksinya.
Koleksi edisi terhad ini bakal dipasarkan pada 1 November 2019. Persoalannya sekarang adakah koleksi istimewa ini akan turut didapati di negara kita? Sama-sama kita tunggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak sah rasanya kalau seorang lelaki tak mempunyaui walaupun seutas jam tangan.
Ya, seperti mana anda tahu kita sebagai seorang lelaki memang agak terhad bila bercakap tentang pilihan aksesori di tangan. Berbeza dengan wanita yang boleh menggayakan pelbagai jenis gelang serta cincin, tetapi tidak untuk lelaki.
Jadi sebab itulah pemilihan jam tangan sangat penting buat lelaki. Itu jugalah sebab mengapa jam tangan sentiasa menjadi aksesori yang cukup bernilai dan dihargai oleh seorang lelaki.
Ia kini bukan lagi berfungsi semata-mata menjadi menunjuk masa semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Malah terdapat pelbagai jenis jam tangan ditawarkan di pasaran mengikut paras harga berbeza. Antara jam pilihan yang popular ialah jam klasik, semi automatik, mekanikal dan terkini jam pintar.
Jam juga muncul dalam pelbagai jenis bentuk. Ada yang berbentuk bulat, segi empat dan juga segi tiga. Tapi apakah cara terbaik untuk memilih jam sebelum anda membelinya?
Ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
OPSYEN JENIS JAM
Sebelum membeli jam anda harus faham bahawa terdapat pelbagai jenis jam yang terdapat di pasaran. Jadi anda harus tahu adakah jam tersebut bakal memenuhi keperluan anda setiap hari. Sebagai contoh jika anda seornag yang sentiasa aktif melakukan aktiviti larian atau berbasikal, jam tangan pintar adalah pilihan paling tepat. Jika mahu tampil segak dan tampil elegan pula carilah jam dengan rekaan klasik.
KETAHANAN
Antara faktor utama pemilihan ialah perlu melihat apakah material atau bahan jam tangan itu diperbuat. Untuk jam ada dua bahagian yang penting iaitu body dan juga tali jam. Sama sepeeti di atas anda pilihlah material yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika sentiasa berpeluh elakkan membeli tali daripada jenis kulit.
Faktor ini sangat penting kerana anda perlu tahu jam tersebut digerakkan dengan salah satu daripada tiga jenis fungsi biasa iaitu bateri, quartz dan mekanikal. Ketiga-tiga ini membawa fungsi yang lebih kurang sama cuma berbeza daripada aplikasi dalaman jam sahaja. Namun, ini merupakan faktor penting bagi pengumpul jam.
PILIHAN JENAMA
Memilih jam berkualiti semestinya akan hadir dengan harga yang cukup mahal. Namun jika anda membuat survey lebih awal, pasti opsyen itu akan bertambah besar. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan kelak nanti anda menyesal dengan pembelian. Bacalah review dari laman sesawang yang boleh dipercayai agar anda dapat gambaran awal tentang performance dan kualiti jam tersebut.
UKURAN
Setiap jenis jam mempunyai ukuran yang berbeza-beza sama ada body atau ukuran panjang tali. Untuk body jangan beli jam tangan yang mempunyai diameter melebihim lebar pergelangan tangan. Bagi tali pula jika ada memakai jam tangan pada laras paling besar tapi ia meninggalkan kesan selepas membukanya, itu bermakna jam sangat ketat. Bagi anda yang badan bersaiz besar carilah jam yang mempunyai rekaan lebar dan bulat.
BUAT KEPUTUSAN
Anda boleh membeli jam mengikut keperluan spesifik seperti bersukan, kerja, majlis formal atau untuk dipadankan dengan pakaian kasual. Apa yang penting anda harus tahu adakah ia memenuhi keperluan harian anda. Jnagan beli jam semata-mata ia trend terkini walhal ia senagat tak sesuai untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.