Suara merdunya tular kerana membaca surah Al-Baqarah dengan penuh penghayatan di hadapan ribuan penuntut Universiti Canterburry, Christchurch.
Tambahan pula, suasana menjadi semakin sayu apabila orang ramai masih terkesan dengan peristiwa serangan pengganas di Masjid Al Noor.
Bagaikan tergerak hati
Ujar pemilik suara emas tersebut, Shahmi Saiful Adly, 21, memberitahu dia tergerak hati untuk membaca surah al-Baqarah itu.
Shahmi yang juga merupakan penuntut univeristi itu membacakan ayat 154 hingga 157 berserta maksudnya sekali dan ia mendapat perhatian ramai.
Rupa-rupanya dari keluarga penghafaz al-Quran
Menurut sumber, pemuda Malaysia itu berasal dari Kelantan dan menariknya lagi, dia juga merupakan anak kepada salah seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Saiful Adly Abu Bakar.
Oleh kerana Saiful juga merupakan seorang penghafaz Al-Quran, maka tidak hairanlah bacaan anaknya, Shahmi begitu lancar dan jelas.
Undang air mata
Menerusi alunan ayat suci al-Quran itu, ia mendapat penghormatan daripada ribuan pelajar daripada UCSA.
Selain itu, ada juga yang tidak mampu menahan sebak sehingga mengalir air mata kerana bacaan Shahmi terlalu syahdu dan penuh tertib.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI