Inilah Jenis Buah Yang Wajib Kamu Makan Setiap Hari Untuk Menaikkan Otot Badan Kamu Lebih Cepat!

Share

Tiada siapa yang ingin mendengar tentang hakikat ini, namun pada hakikatnya apabila semakin umur kita bertambah, begitu juga dengan berat badan kita.

Walaupun begitu, terdapat beberapa nutrisi mikro dalam beberapa buah-buahan yang tertentu boleh membantu menghalang peningkatan berat badan anda dengan begitu berkesan.

Perubahan kecil seperti menambahkan beberapa biji buah beri ke dalam menu harian anda boleh memberikan kesan yang besar untuk jangkamasa yang panjang.

Malah pengambilan buah-buahan dari kategori ini dengan banyak juga boleh membantu mengurangkan berat badan.

1. Beri Biru

Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan.

Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.

2. Epal Merah

Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas

di mana daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia dibuang terus dari sistem.

Pectin – salah satu bentuk fiber yang terkandung di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.

3. Buah Pir

Seperti uga epal merah, buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik. Malah ia juga kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2.

Salah satu sebab adalah kerana buah pir memberikan anda suku daripada keperluan fiber harian anda

. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan anda dengan berkesan.

4. Strawberi

Buah strawberi memiliki lebih dari satu sumber antioksidan, ia menawarkan khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol.

Pengambilan strawberi mengikut kajian membuktikan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.

 

 

sumber: lelakisihat.com

Published by
webadmin