Tiada siapa yang ingin mendengar tentang hakikat ini, namun pada hakikatnya apabila semakin umur kita bertambah, begitu juga dengan berat badan kita.
Walaupun begitu, terdapat beberapa nutrisi mikro dalam beberapa buah-buahan yang tertentu boleh membantu menghalang peningkatan berat badan anda dengan begitu berkesan.
Perubahan kecil seperti menambahkan beberapa biji buah beri ke dalam menu harian anda boleh memberikan kesan yang besar untuk jangkamasa yang panjang.
Malah pengambilan buah-buahan dari kategori ini dengan banyak juga boleh membantu mengurangkan berat badan.
1. Beri Biru
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan.
Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
Ads
2. Epal Merah
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas di mana daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia dibuang terus dari sistem.
Pectin – salah satu bentuk fiber yang terkandung di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
Ads
3. Buah Pir
Seperti uga epal merah, buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik. Malah ia juga kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2.
Salah satu sebab adalah kerana buah pir memberikan anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan anda dengan berkesan.
Ads
4. Strawberi
Buah strawberi memiliki lebih dari satu sumber antioksidan, ia menawarkan khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol.
Pengambilan strawberi mengikut kajian membuktikan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
HP ElitePos dibangunkan dengan rekaan versatil yang nipis dan menarik, sesuai digunakan oleh pelbagai rangkaian runcit dan persekitaran hospitaliti di negara ini. Pengenalan HP ElitePos akan menjadi peranti hab kritikal bagi memberikan pengalaman dalam kedai yang terbaik kepada pelanggan dalam industri peruncitan negara. Produk baharu itu juga didatangkan dengan prestasi terbaik menggunakan pemprosesan Core Intel generasi ketujuh dengan teknologi vPro dan sistem keselamatan yang terbaik, dengan perlindungan keselamatan Bios bagi melindungi data pelanggan.
Diharapkan produk terbaharu ini mendapat sambutan baik pelanggan dari pelbagai perniagaan perkhidmatan seperti kedai makanan dan minuman (F&B), hotel dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan mengikut bajet pelanggan dengan harga bermula RM4,823.
Pelanggan juga boleh membuat pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti kepada lima tahun daripada waranti standard sedia ada selama tiga tahun. HP ElitePos turut boleh didapati dalam pelbagai aksesori tambahan, antaranya terminal pencetak, pengimbas kod bar dan pembaca cap jari. HP ElitePos dijangka berada di pasaran bermula November ini menerusi kedai HP dan lebih 250,000 rangkaian rakan kongsi global di seluruh dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang lelaki jangan buat ‘derk’ dengan tanda-tanda fizikal pada badan korang yang mungkin menjadi petunjuk awal penyakit-penyakit berbahaya. Ikuti 5 tanda-tanda mudah ini demi kesihatan korang.
1. Kadar Denyutan Nadi
Untuk lelaki dewasa yang sihat, kadar denyut nadi normal adalah sekitar 70-75 denyutan sesaat. Cara nak ukur senang je. Letakkan dua jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kemudian darabkan jumlah denyutan yang korang dapat tadi dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.
2. Amati Warna & Bau Urin
Yang ini senang je. Jika pengambilan air kosong cukup, air kencing akan bewarna putih jernih. Sebaliknya jika korang asyik minum air manis atau kurang minum air, warna air kencing kuning pekat atau gelap. Kalau dah kuning bertukar semakin pekat ke warna kemerahan dan bau yang agak kuat, baik korang lekas pergi jumpa doktor.
3. Perhatikan Kuku
Jika kuku korang sihat, ia akan bewarna merah muda. Untuk kuku ini korang tak perlu risau sangat. Sesetengah lelaki kukunya bewarna kuning yang mungkin menandakan masalah pernafasan. Tapi kalau kuku berlekuk hati-hati kerana ia mungkin simptom awal penyakit diabetis. Jadi, rajin-rajinglah periksa kuku korang bila ada masa.
Mesti Baca: Manfaat Air Mani Buat Wanita Menurut Sains
4. Kuantiti Air Mani
Untuk lelaki normal, korang mampu menghasilkan cairan air mani kira-kira 2-5ml ketika ejakulasi. Tepi kena ingat juga semakin korang berusia, air mani akan berkurangan. Jika muda-muda lagi air mani tak sampai 2ml itu mungkin tanda penyakit hypersermia yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, korang kena check juga warna air mani. Air mani lelaki yang sihat biasanya bewarna putih dan pekat. Kalau air mani korang cair sangat atau mengandungi darah, kena cepat berjumpa doktor.
5. Kulit Yang Sihat
Yang ni pun senang juga. Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal, contohnya bila dicubit. Kalau badan korang kekurangan air, dah lama cubit pun kulit masih tak kembali kepada posisi asal. Baik korang test cubit tangan korang sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Courteney Cox, 53 tahun berkahiwn dengan ahli kumpulan Snow Patrol yang berumur 40 tahun.Cameron Diaz berkahwin dengan Benji Madden pada 2015 dengan jarak umur 6 tahun.Pelakon Gabrielle Union dan pemain basketball Dwayne Wade punya beza umur 44 dan 34.JLo kini bersama dengan pemain baseball, Alex Rodriguez, iaitu 6 tahun muda dari JLo.Jennifer Lopez pernah berkasih dengan Casper Smart (berumur 18 tahun ketika itu) namun mereka berpisah pada tahun 2016.Kourtney Kardashian, 37 tahun menjalin hubungan dengan Younes Bendjima yang berumur 23 tahun, model yang lahir di Algeria.Cheryl Cole adalah 10 tahun tua daripada Lian Payne, dan mereka memiliki anak pertama bersama.Ryan Gosling 7 tahun lebih muda dari isterinya, Eva Mendez.Pada tahun 2013, 74 tahun, Tina Turner berkahwin dengan Erwin Bach yang berumur 58 tahun. Mereka mula menjalinkan hubungan selama 25 tahun.Demi Moore dan Ashton Kutcher berkahwin pada tahun 2005 dan jarak usia mereka adalah sejauh 16 tahun. Mereka berpisah pada tahun 2011.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.