• Skinship

Ini Yang Wanita Akan Tonjolkan Jika Mereka Suka Pada Anda. Antaranya Mereka Suka Scroll Handphone Depan Anda

Ini salah satu cara untuk anda tahu pasangan anda tertarik dengan anda ataupun tidak. Jika mereka sudah mula bersentuhan kulit dengan anda, sebagai contoh bahu anda, itu bermakna mereka punya minat kepada anda. Ini kerana wanita tidak sesuka hati untuk memegang tubuh badan orang lain sesuka hati. Jika mereka selesa dengan anda, mereka pasti akan mula bersentuh kulit dengan anda. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh menganggap ini lampu hijau untuk anda mempercepatkan hubungan anda, ini hanya tanda awal bahawa wanita itu menerima anda dalam hidupnya.

 

  • Ruang peribadi

Ini Yang Wanita Akan Tonjolkan Jika Mereka Suka Pada Anda. Antaranya Mereka Suka Scroll Handphone Depan Anda

Ads

Tidak semua wanita suka bercerita mengenai aib mereka, namun jika mereka mula bercerita dengan anda tentang keluarga mereka, tahniah! Anda sudah 60% memiliki wanita tersebut. Ini kerana, wanita tidak sewenang-wenangnya memberi seseorang memasuki ruang peribadinya. Jika mereka memberi ruang, itu bermakna mereka percaya pada anda, dan mahukan anda membawa mereka ke jalan yang benar.

 

  • Banyak menggunakan perkataan ‘KITA’

Ini Yang Wanita Akan Tonjolkan Jika Mereka Suka Pada Anda. Antaranya Mereka Suka Scroll Handphone Depan Anda

Ads

Anda selalu keluar makan bersama wanita yang anda minat, namun anda masih tidak tahu samada wanita tersebut menyimpan perasaan terhadap anda, maka anda harus mendengar perkataan yang lahir dari mulutnya. Apabila seorang wanita menyimpan perasaan terhadap anda, mereka akan sering menggunakan perkataan ‘kita’. sebagai contoh “kita patut pergi kedai ni, nanti”. ataupun ‘kita ni banyak persamaan lah’. ini menunjukkan dalam setiap apa yang bakal mereka lakukan, mereka sudah meletakkan anda dalam gambaran masa hadapan. Jangan takut, ini normal. Wanita merupakan jantina yang suka berfikir jauh, namun tak semestinya mereka lakukan. Ini hanya untuk menunjukkan bahawa mereka minat terhadap anda.

 

  • Tapak tangan

Ini Yang Wanita Akan Tonjolkan Jika Mereka Suka Pada Anda. Antaranya Mereka Suka Scroll Handphone Depan Anda

Ads

Ini fakta paling menarik, jika anda nak tahu samada wanita itu suka kepada anda ataupun tidak, apa kata kalau anda tengok pergerakkan tangannya ketika sedang makan bersama mereka. Wanita pun terlepas pandang tentang fakta ini. Perhatikan kedudukan tangan mereka, jika mereka menyimpan perasaan terhadap anda, tangan mereka akan berada di atas meja ataupun di riba mereka. Untuk lebih spesific perhatikan tapak tangan mereka, jika dihala ke atas, bermakna mereka suka anda! Jika tidak, maaf sila cuba lagi. Ini disebabkan mereka lebih bersifat terbuka terhadap anda jika tapak tangan mereka dihala ke atas.

 

  • Semua benda nak sentuh

Ini Yang Wanita Akan Tonjolkan Jika Mereka Suka Pada Anda. Antaranya Mereka Suka Scroll Handphone Depan Anda

Jangan salah sangka. Jika seorang wanita itu sering memegang telefon yang tidak bernotifikasi, atau mereka menyentuh rambut berberapa kali bukan bermaksud mereka bosan, namun ini menunjukkan mereka berasa nervous di hadapan anda. Anda pun tahu kan, kalau dah tak tentu arah itu pastinya mereka sedang memandang anda lebih daripada seorang kawan. Fakta ini telah dikaji oleh ramai pakar diluar sana. Apabila wanita banyak menyentuh rambut, ramas jemari ataupun bermain telefon bimbit tanpa notifikasi, wanita itu sebenarnya sedang berfikir tentang anda. Mereka sedang cari posisi sesuai dan cantik untuk anda tonton.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI