Apabila menginjak umur pertengahan, ramai orang sudah rasa tawar hati untuk cuba fesyen tertentu serta tampil stailo di khalayak ramai. Selain itu disebabkan terlalu sibuk dengan urusan harian, mereka lebih memilih untuk pakai apa yang ada dalam almari. Jadi tiada usaha fesyen bila masuk umur pertengahan.
Anda harus tahu, stail fesyen mereka yang baru memasuki umur 20-an tidak sama dengan mereka yang berumur 40-an. Ini kerana terdapat perbezaan dari segi pemilihan aksesori.
Di dalam artikel ini, MASKULIN kongsikan bagaimana anda yang berumur 40-an boleh tampil stailo mengikut kesesuain umur. Orang kata trendy daddy.
1. Pastikan pilihan warna yang betul
Tidak dinafikan, untuk suai padan warna agak sukar kerana tidak semua warna kita boleh pasangkan ikut suka hati, kerana ia akan buat penampilan kita nampak caca marba. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengelakkan anda daripada nampak terlalu mencuba untuk jadi muda. Cadangan warna yang sesuai adalah warna ‘lama’ seperti camel (kecoklatan), kelabu muda, biru laut, hijau belantara dan merah gelap.
2. Baju putih, apa salahnya?
Baju warna putih tiada sempadan garis masa. Setiap peringkat umur boleh gayakannya. Namun untuk menggayakannya, kena pastikan baju anda itu betul-betul bersih dan tidak nampak pudar atau terdapat warna kekuningan. Pastikan juga untuk seterika baju tersebut dan apabila ingin disimpan, lipat dengan kemas atau gantung guna hanger.
BACA: Pakai Cufflink Boleh Buat Anda Nampak Lebih Bergaya, Ini 5 Cara Betul Memakainya
3. Tak perlu kejar trend
Bila masuk usia pertengahan, anda sebenarnya sudah masuk ke satu alam atau kelas yang tersendiri. Tiada keperluan untuk mengikut fesyen trend orang muda yang kadangkala bila umur pertengahan gayakan, ia buat penampilan anda nampak janggal di mata orang. Masa yang sama, ada trend fesyen yang memang khas hanya untuk golongan muda dan tidak sesuai untuk umur anda.
4. Ikut saiz badan
Selalu orang kata, ‘dah usia senja ni nak buat apa pakai baju ketat, longgar pun ok’. Tanggapan ini perlu diperbetulkan, tidak semestinya memakai baju ketat, pakailah pakaian yang sesuai serta mengikut saiz badan. Ada beza baju ketat dengan baju ikut saiz badan. Bila pakai baju ikut saiz badan, pakaian tersebut nampak seperti ‘terletak’ cantik di badan anda. Jika ingin membeli 1 set sut, tidak salah untuk beli dari tukang jahit yang akan buat 1 sut khas ikut bentuk badan anda.
5. Tak perlu tayang sana-sini
Pernah nampak orang umur 40-an jalan-jalan di kota pakai sleeveless? Pasti anda rasa pelik kan, itulah yang ingin diungkapkan dalam sub topik ini. Anda sudah masuk umur dewasa, tiada keperluan untuk anda tayang bentuk tubuh badan, ini bukan zaman muda dahulu yang nak tunjuk segala aset otot yang anda. Percayalah, dengan pakai baju yang sesuai, orang tahu anda masih sado walaupun usia pertengahan.
6. Rujuk cara stail selebriti
Ramai selebriti Hollywood pakaiannya ditaja oleh beberapa jenaman pakaian yang terkenal. Dari situ kita boleh cedok sedikit ilmu fesyen yang mereka tampilkan ketika bersiar-siar di khalayak ramai. Mereka pasti ada stailis yang akan pastikan pakaian apa yang di sarung untuk pastikan pelanggan nampak jenama mereka dipakai oleh selebriti.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI