Tanda-Tanda Kecil Minyak Enjin Anda Perlu Ditukar Segera Untuk Elak Bahaya!

Share

Sebaik sahaja anda menerima kunci kereta, perkara yang paling penting adalah penjagaan minyak enjin. Ini adalah komponen utama di dalam kereta yang mana jika tidak diselenggara dengan baik, boleh mengundang padah.

Ia melakukan tiga fungsi utama iaitu membersih, melincir dan menyejukkan komponen dalaman enjin malahan ia juga berperanan menghalang daripada kerosakan berlaku.

Namun, perlindungan tersebut tidak bersifat kekal kerana tiba masanya anda kena tukar minyak tersebut.

Ia bertujuan untuk memastikan ia kekal bersih dan berada pada paras kandungan yang ditetapkan serta mematuhi kelikatan yang disarankan oleh pengeluar.

BACA: Selain Duit Boleh Melayang Sebab Lewat Tukar Minyak Hitam, Ini 3 Kesan Buruk Lain

MASKULIN buat senarai semak bila masa anda perlu ditukar dengan keadaan segera.

1. Enjin meragam sama ada bising atau bergegar

Bila minyak kotor, ia gagal untuk melaksanakan tugas pelinciran serta penyejukan dengan efektif. Komponen logam di dalam akan bergesel serta mengeluarkan bunyi bising hingga menyebabkan kegagalan enjin. Isu overheat juga boleh berlaku.

2. Mengeluarkan bau terbakar

Bila di dalam kereta anda terbau benda terbakar, itu adalah amaran daripada enjin yang sedang mengalami masalah panas melampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos. Ia juga turut diselangi dengan pengeluaran asap warna kelabu atau kebiruan dari ekzos dari.

Jika ada berlaku simptom berkenaan, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikannya secepat mungkin.

3. Minyak warna hitam berkilat

Minyak ini selepas lama digunakan pasti akan bertukar warna yang sangat gelap seperti hitam yang bersinar. Ia terjadi disebabkan kotoran serta bendasing daripada pembakaran dalaman enjin.

Bila sedang memeriksa minyak tersebut, perhatikan sekali tahap kejernihan minyak enjin. Jika nampak cair dan gelap, itu tanda minyak enjin anda perlu ditukar.

BACA: Lelaki Ini Kongsi 3 Jenis Baik Pulih Model Motor Yamaha RX-Z, Peminat Motor Mesti Suka!

4. Lampu tekanan minyak menyala/teko aladdin

Bila lampu ini menyala, itu bermakna enjin kereta anda sedang berfungsi dengan kuantiti minyak yang sedikit. Kadang-kadang ia muncul juga bersama lampu enjin/check engine. Ketahuilah bahawa itu adalah isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.

5. Kereta kuat telan minyak

Kalau selalu seminggu sekali sahaja isi minyak, sekarang seminggu kena 2 kali isi minyak. Ini menandakan enjin anda sudah teruk dan perlu ditukar dengan cepat. Minyak enjin yang cair dan tidak cukup likat boleh buatkan enjin bekerja lebih keras dan sedut bahan api dengan cepat.

Published by
arif.karim