Setiap lelaki yang work out pastinya akan melakukan senaman untuk memperbaiki dan mendapatkan bentu otot bisep & trisep menjadi cantik.
Selain menggunakan dumbbell, anda boleh mengunakan beberapa teknik senaman yang mampu membantu otot biseps dan triseps menjadi lebih cantik.
Kenal dahulu tubuh anda dan jangan terlalu rushing untuk dapatkan biceps dan triceps dengan cepat. Cuba elak kesalahan melakukan senaman biceps curls dan triceps curls yang berlebihan untuk membina lengan yang lebih besar.
Senaman ini memberi kesan apabila anda sudah berada di level intermediate atau advanced.
Tapi untuk seorang beginner, senaman ini kurang efisien dan kurang produktif. Ingat jangan paksa diri anda tapi buatlah latihan dengan betul baru dapat hasilnya.
Ikuti perkongsian menerusi video Xpert Maskulin di bawah untuke mengetahu kenapa biseps dan trisep boleh menjadi ‘aset’ penting untuk lelaki!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kelebihan Melakukan Senaman Menggunakan AB Wheel
Isi Kandungan
ToggleAb wheel atau juga dikenali sebagai ab roller merupakan alat bantu senaman yang cukup ringkas. Ia mempunyai dua pemegang yang bersambung kepada satu roda.
Jika anda menggunakan dengan baik dalam senaman, ab wheel mampu membantu anda memperbaiki kekuatan otot. Antara bahagian badan yang banyak dapat manfaat ialah tricep, bahu dan juga perut.
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Meningkatkan prestasi sukan
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Meningkatkan koordinasi dan pergerakan anda
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rutin Senaman Guna Dumbbell Efektif, Sesuai Untuk Bina Otot Badan Sasa & Tegap
Isi Kandungan
ToggleSelain keseluruhan tubuh, senaman bina otot satu badan ini juga melibatkan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major dan latissimus dorsi. Bukan sahaja otot utama dapat digerakkan, otot-otot kecil juga dapat digerakkan dalam senaman bina otot satu badan ini.
Ini antara 4 senaman yang anda boleh lakukan.
Cara Senaman Bina Otot Satu Badan
Masa rehat di antara ‘sets’ atau senaman ini perlulah dikurangkan kepada 30 saat. Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15-30 kali.
JUMPING LUNGES WITH DUMBBELL
– Guna bebanan dumbbell yang ringan kepada yang berat mengikut kemampuan
– Elak melompat jika beban dumbbell terlalu berat atau pergerakan anda terbatas
– Mulakan dengan satu langkah ke hadapan
– Pastikan dumbbell sentiasa di sisi
– Bengkokkan kaki menjadi 90 darjah
– Kemudian tolak kaki ke posisi permulaan
– Tukar kaki sebelah
REVERSE WOOD CHOP
Senaman ini berfungsi untuk menggerakkan otot abdominal, hamstring serta shoulder.
– Berdiri tegak dan pegang satu dumbbell ke arah atas bahu
– Kemudian bawa dumbbell ke sisi kaki
– Pastikan dada anda tegak ke hadapan
– Bengkokkan sedikit kaki seperti posisi partial squat
– Mulakan pergerakan dari sisi, silang ke arah atas bahu
SPELL CASTER
Fungsi utama senaman ini adalah untuk menggerakkan otot abdominals.
– Berdiri dengan kaki dibuka lebih lebar dari bahu
– Pegang dumbbell di kedua-dua tangan
– Kemudian bawa dumbell ke sisi kaki kanan
– Mulakan pergerakkan dengan menarik dumbbell ke hadapan dan ke sisi kaki kiri
– Pastikan tangan tegak dan selari dengan lantai
– Gerakkan torso anda dengan menghayun (swing) dari kanan ke kiri
DUMBBELL JUMPING SQUAT
Senaman ini lebih efektif untuk membina otot glutes, hamstrings, calves
– Berdiri dalam keadaan tegak dengan dumbbell pada sisi kak
– Pastikan kaki dibuka selebar bahu dan pandang ke hadapan
– Mulakan pergerakkan dari posisi squat dan lompat ke udara
– Semasa ‘landing’, ‘absorb’ hentakkan untuk mengurangkan kecederaan pada lutut
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
6 Tanda Badan Tak Cukup Protein, Kulit Anda Jadi Berkedut Antara Salah Satunya!
Protein boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan asid amino.
Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijianyang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino.
Fungsi protein
Protein boleh menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh termasuklah dari proses pencernaan sehingga pembiakan.
Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.
Namun begitu jika tubuh anda kekurangan protein, anda mungkin berdepan dengan 6 risiko ini :
1. Otot menggeleber
Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.
2. Imunisasi lemah
Protein ialah kunci kepada sistem imunisasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.
3. Lambat pulih daripada kecederaan
Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.
4. Keletihan dan lesu
Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya raya tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.
5. Rambut gugur dan kuku rapuh
Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh anda memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.
6. Kulit kendur dan berkedut
Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI