Anda pasti sudah sinonim dengan Zumba kan? Tahukah anda bahawa Zumba merupakan satu senaman High-Intensity interval training (HIIT)? High-Intensity interval training (HIIT) bermaksud, senaman yang anda lakukan berbentuk berat, namun bertindak pantas untuk memecahkan lemak.
Apa itu Zumba?
Zumba merupakan satu senaman yang berbentuk tarian yang akan diketuai oleh Zin (trainer). Ia merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang biasanya akan ditarikan mengikut rentak, dan anda boleh mengikut step tarian yang telah disediakan untuk anda.
Ads
Mengapa Zumba tidak digalakkan kepada mereka yang baru dalam dunia Fitness?
Ini kerana berat badan anda tidak menggalakkan anda untuk bergerak secara agresif. Jika anda dikategorikan sebagai obese, anda harus memulakan senaman secara ringan. Zumba membuatkan anda bergerak secara agresif dengan steps tariannya yang akan menyebabkan lutut, pergelangan kaki anda rosak.
Ads
Apakah bentuk senaman untuk mereka yang baru mula berdiet?
Anda boleh mulakan dengan berjalan di taman sebanyak 10,000 langkah. Berjalan sahaja sudah boleh membakar kalori dengan banyak. Perlu ingat senaman sahaja tidak membantu anda untuk kurus, anda juga perlu mengamalkan diet secara sihat. Senaman hanya 20% manakala penjagaan pemakanan sebanyak 80%. Jadi, jika anda makan secara sihat, berjalan 10,000 langkah setiap hari sudah memadai untuk kurus.
Ads
Lambat lah kurus kalau macam tu
Ingat! Gemuk dah berapa lama? Tak kan sebulan anda sudah tak sabar nak tengok diri anda kurus? Anda perlu konsisten dalam menguruskan diet anda. Berbalik kepada Zumba, setelah anda cukup stamina, boleh bergerak dengan lebih pantas, ini masanya anda ke lantai tari-menari dan ber Zumba lah sepuas mungkin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hampir semua lelaki suka memakai jaket denim. Namun jika anda pakai jaket denim dengan gaya yang sama setiap hari, pasti membosankan.
Jangan sempitkan pemakaian jaket denim anda hanya dengan satu gaya sahaja. Cuba tunjukkan keberanian dan serlahkan penampilan maskulin anda dengan gaya jaket denim yang berbeza.
Pasti wanita akan tertarik dengan anda bila anda menggayakan lima stail jaket denim ini.
Ini merupakan gaya klasik yang menjadi kegemaran ramai lelaki. Anda akan kelihatan cool bila mengenakan jaket denim bersama t-shirt putih tanpa corak. Namun pastikan t-shirt anda tidak terlalu ketat, terlalu longgar atau terlalu jarang. Padankan gaya ini dengan seluar hitam dan sneakers bagi melengkapi gaya cool anda.
2. Jaket denim + t-shirt berkolar V
Memadankan jaket denim dengan t-shirt berkolar V juga boleh membuatkan penampilan anda nampak maskulin. Ini kerana kebanyakan lelaki hanya menyarungkan jaket dengan t-shirt berkolar bulat. Sesekali padankan bersama t-shirt kolar V juga memberi sau kelainan. Lebih menarik jika anda tambahkan dengan cermin mata hitam untuk menonjolkan imej santai anda.
Gabungan jaket denim juga sesuai digayakan dengan sweater. Namun pastikan anda menggayakan ini ketika cuaca di luar sedikit sejuk untuk menghangatkan badan. Jangan pula anda sarungkan ketika tengah terik matahari, bimbang makin berpeluh jadinya. Pilihlah warna sweater yang kontras dengan jaket anda.
4. Jaket denim + seluar denim
Jaket denim sememangnya sesuai dengan seluar denim. Trik agar imej anda lebih menyerlah, sarungkan seluar denim berlainan warna daripada warna jaket denim anda.
5. Jaket denim + kemeja + tali leher
Selain gaya ringkas, jaket denim juga boleh dipakai ke pejabat untuk gaya formal. Padankan jaket denim bersama kemeja dan tali leher untuk gaya yang berbeza.
Nak glamor tidak akan berlaku secara mendadak. Para selebriti ini seringkali bergelut dengan tidur (dan dalam sesetengah kes insomnia) sama seperti anda. Insomnia merupakan salah satu penyakit yang boleh menjejaskan semua orang dan sesiapa sahaja. Insomnia mempunyai definisi ringkas iaitu mengalami kesulitan tidur atau tak boleh tidur pada waktu malam. Ini boleh menjadi masalah sementara, jangka pendek yang disebabkan oleh tekanan atau pengalaman traumatik. Insomnia boleh menjadi kronik, dimana anda mempunyai masalah tidur sekurang-kurangnya tiga malam dalam masa seminggu dalam tempoh tiga bulan.
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada insomnia adalah kita semua mungkin menghadapi pada satu ketika dalam kehidupan kita iaitu kemurungan, kegelisahan, melalui peristiwa yang menjejaskan emosi seperti perceraian atau kematian pasangan, atau mempunyai keadaan perubatan tertentu (seperti yang menyebabkan sakit kronik, seperti arthritis, atau yang menyebabkan masalah pernafasan, seperti asma). Menopaus atau masalah gastrousus, seperti pedih ulu hati, dan perkara-perkara yang seumpama yang boleh menyumbang kepada Insomnia. Ini termasuk perjalanan jarak jauh yang bermain dengan perubahan masa yang berlainan boleh mendatangkan kesukaran untuk tidur juga.
Sekiranya anda mempunyai masalah tidur, penting untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin. Masalah tidur yang tidak diselesaikan boleh cenderung menjadi semakin teruk dan semakin sukar untuk dirawat. Anda tak perlu risau, bukan anda saja yang hidap penyakit susah tidur ini, ramai lagi orang yang bergelut dengan tidur seperti anda, termasuk selebriti yang kini turut membantu meningkatkan kesedaran tentang bagaimana sakitnya apabila tidak dapat tidur,dan betapa pentingnya untuk anda mendapatkan rawatan jika ia sudah kronik.
1. George Clooney
Dalam temu bual dengan The Hollywood Reporter pada tahun 2012, pelakon, pengarah dan penerbit George Clooney mendedahkan bahawa dia secara rutin mempunyai “masa yang sukar untuk tidur,” dan dia bangun sebanyak lima kali setiap malam. Dalam wawancara lain pada tahun 2017, yang diterbitkan tiga bulan selepas kelahiran anak kembarnya, Clooney berkongsi bahawa dia telah menyelesaikan masalahnya yang terdahulu dengan insomnia, tetapi datang kembali setelah menjadi ayah kepada pasangan kembar itu.
Seperti mana-mana ibu bapa kanak-kanak kecil yang tahu semuanya dengan baik, tugas-tugas seperti banyak penyusuan dan perubahan lampin pada waktu malam boleh menyebabkan sukar tidur pada waktu malam, dan dengan anak-anak kembar, Clooney dan isterinya, Amal Clooney, sudah pasti tidak cukup rehat yang mereka perlukan, menurutnya kepada The Hollywood Reporter.
2. Mariah Carey
Penyanyi dan juga penulis lagu, Mariah Carey telah bercakap mengenai masalah untuk tidur selama bertahun-tahun. Dalam wawancara dengan The Guardian pada 16 November 2002, Carey telah membincangkan mengenai masalah baru-baru ini, katanya, dengan terlalu banyak bekerja.
“Puncanya kerana saya sangat letih, “kata Carey. “Saya selalu mengalami masalah dengan insomnia. Jika saya tidur, saya akan terlebih tidur berjam-jam lamanya, terutama ketika saya sedang melakukan wawancara, dan apabila saya akhirnya berehat dan tidur saya akan terbangun kerana kerja pada sistem masa yang berbeza. Bangun-bangun saja sudah berada di Australia, dan kemudian mereka berkata ‘Oh, anda akan ada beberapa wawancara dengan media dan ia tidak membolehkan anda untuk tidur dengan aman.
Baru-baru ini, Carey mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan gangguan bipolar pada tahun 2001, yang mungkin menjadi sebab utama masalah tidurnya yang terdahulu. Dia ada menyebut dalam temubual bahawa dia sudah mendapatkan rawatan yang mengurangkan dirinya rasa letih atau lesu,dan kesihatannya semakin pilih.
3. Renée Zellweger
Jetleg ke serata dunia untuk penggambaran dan tayangan perdana mungkin kedengaran glamor. Tetapi perjalanan berterusan tanpa rehat dengan mempromosikan filem (zon waktu yang sentiasa beralih dan tidur di tempat-tempat yang tidak dikenali) sebenarnya boleh menjadi resipi untuk insomnia. Pada tahun 2005, pelakon Renée Zellweger berkongsi dengan majalah W bahawa kerana jadual sibuknya, dia sering tidak mempunyai masa untuk tidur.
Mengimbas kembali lawatan promosi filem selama 10 hari untuk Bridget Jones: The Edge of Reason yang mengembara ke 10 negara, Zellweger memberitahu W, Tubuhnya tidak boleh proses dengan betul bahawa dia sepatutnya makan pada waktu tertentu, atau masa untuk tidur
4. Jennifer Aniston
Dalam wawancara 2016 dengan HuffPost, pelakon Jennifer Aniston bercakap tentang pertarungannya dengan insomnia dan rutin yang telah membantu memperbaiki tidurnya. Aniston menerangkan pengalaman insomnianya seperti mempunyai “jawatankuasa di kepala saya,” katanya. “Jika saya bangun pada pukul tiga pagi, saya hanya berfikir panjang dengan pelbagai masalah dan saya tidak boleh tidur semula.”
Aniston berkata beberapa perkara yang membantunya dengan insomnia termasuk tidur dengan telefon sekurang-kurangnya lima kaki jauhnya, melakukan meditasi dengan cepat sebelum tidur, dan melakukan beberapa stretches dan yoga. Beliau juga mengesyorkan mematikan peranti elektronik sejam sebelum mematikan lampu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.