Minyak wnagi kini sudah menjadi satu elemen wajib baghi seorang lelaki. Dalam pasaran kini pelbagai jenis haruman ditawarkan untuk pelbagai kegunaan dan juga majlis.
Jika suatu ketika dahulu industri ini lebih memberi fokus kepada golongan wanita namun kini pasaran untuk lelaki juga semakin besar. Jika di luar negara mereka menggunakan minyak wangi berbeza mengikut musim.
Maknanya untuk empat musim berbeza mereka akan ada empat jenis minyak wangi yang digunakan. Tapi kita agak beruntung kerana tinggal di negara dengan cuaca tropika yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Sebelum membeli minyak wangi terdapat beberapa perkara yang perlu anda titik beratkan.
BACA: 9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu
BELI WAKTU PAGI
Waktu pagi yang paling sesuai untuk anda test dan beli minyak wangi. Ini kerana deria bau manusia akan lebih sensitif pada waktu pagi. Selain itu waktu pagi juga merupakan tempoh di mana anda paling tenang dan otak lebih segar. Jadi bau haruman itu lebih dekat dengan hati.
IKUT PERSONALITI
Memilih bauan yang sesuai amatlah penting kerana ia mencerminkan personaliti anda. Tahukah anda wanita mudah tetarik kepada lelaki yang mempunyai haruman badan yang sedap? Sebagai contoh haruman terbaru daripada jenama AMOUAGE Potrayal yang mempunyai elemen bau kayuan dengan imbasan daun violet. Bagia anda yang tampil elegan inilah antara minyak wangi sesuai!
Baru-baru ini MASKULIN sempat mengahdiri majlis pengenalan AMOUAGE Potrayal bersama media di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut Pengarah Kreatif AMOUAGE, Christopher Chong turut hadir berkongsikan tip serta pengetahuannya tentang minyak wangi.
Antara tip yang dikongsi oleh beliau ialah sesiapa yang inginmencari minyak wangi haruslah memilih dengan melakukan semburan pada tubuh agar ia boleh sebati dengan bau badan anda.
Selain itu kita juga dinasihatkan untuk melakukan percubaan minyak wangi tidak melebihi 5 jenis dalam satu masa, Dan waktu percubaan pula tidak lebih daripada 3 minit.
Menariknya AMOUAGE Potrayal merupakan minyak wangi yang membawa gambaran bau era budaya bohemian yang pernah menjadi trend pada sekitar tahun 1920-an. Menjadi minyak wangi bertaraf dunia, AMOUAGE Potrayal merupakan pilihan tepat buat lelaki yang ingin tampil eksklusif, elegan dan sofistikated.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI