![apple-juice](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/b977177c5478dab41582dfd53bc9c35e/apple-juice-696x454.jpg)
Ramai pakar kesihatan berkongsi pendapat jika seseorang itu mahukan minuman yang berkhasiat, jus epal adalah antara salah satunya yang terbaik.
Dalam masa yang sama, buah epal sememangnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang tidak boleh disangkal lagi.
Biarpun epal bukanlah buah tempatan dan lebih mahal sedikit berbanding buah-buahan di Malaysia, ini antara khasiat yang perlu anda tahu :
1. Membantu Penghadaman
Buah epal kaya dengan serat jadi ia membantu proses penghadaman berjalan lancar. Serat penting untuk semua jenis gizi makanan dan selain itu ia dapat mengelakkan daripada masalah sembelit sewaktu membuang air besar.
2. Menghindari Barah
Biarpun banyak kajian telah dijalankan berkenaan khasiat Epal dalam mengurangkan risiko penyakit barah, ia didapati mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru dengan menmperlahankan penyebaran barah tersebut.
3. Merawat Anemia
Buah epal juga kaya dengan zat besi dan ini sangat bagus untuk merawat Anemia atau penyakit kekurangan hemoglobin dalam darah.
4. Mengawal Kencing Manis atau Diabetes
Kandungan polifenol dalam buah epal dapat membantu mengawal penyakit kecing manis kerana ia mampu mengurangkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi gula.
5. Penjagaan Gigi
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berapa Lama Masa Yang Perlu Anda Ambil Untuk Bersenam Di Gim?
![](https://cdn.maskulin.com.my/2023/12/Untitled-design-47.jpg)
Dalam dunia kecergasan lelaki, satu persoalan yang sering ditanya ialah berapa lama kita perlu meluangkan masa di gim untuk mendapatkan hasil yang terbaik? Adakah senaman yang lebih lama bakal membuahkan yang lebih baik?
Kuantiti VS Kualiti![Berapa Lama Masa Yang Perlu Anda Ambil Untuk Bersenam Di Gim?](//www.maskulin.com.my/wp-content/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
Walaupun menjadi kebiasaan untuk menganggap bahawa lebih banyak masa yang dihabiskan di gim akan memberikan hasil yang lebih baik, hakikatnya ialah kualiti latihan adalah faktor yang lebih penting. Satu jam latihan yang efektif dan tertumpu boleh memberikan hasil yang lebih baik berbanding dua jam latihan yang kurang berkesan.
Latihan yang Tertumpu
Bagi kebanyakan lelaki yang bekerja dan mempunyai komitmen lain, waktu menjadi faktor yang sangat penting. Oleh itu, latihan yang tertumpu dan efisyen adalah pilihan yang lebih bijak. Fokus pada latihan berat, latihan kardio, dan regangan boleh memberikan hasil yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat.
Keletihan dan Pemulihan
Penting untuk diingat bahawa keletihan boleh membawa kepada kecederaan dan penurunan prestasi. Latihan yang terlalu lama tanpa memberi ruang untuk pemulihan boleh menyebabkan penurunan kekuatan dan daya tahan. Oleh itu, mengamalkan senaman yang bijak dan memberikan tubuh masa untuk pulih adalah kunci kepada kecergasan yang berterusan.
Konsisten Lebih Penting Daripada Tempoh
Daripada memikirkan berapa lama anda berada di gim setiap sesi, fokus pada konsistensi dan disiplin. Latihan yang konsisten, walaupun dalam jangka masa yang lebih pendek, boleh membawa kepada hasil yang lebih baik daripada latihan yang tidak konsisten dan panjang.
Jadi, berapa lama sepatutnya anda meluangkan masa di gim? Jawapannya bergantung kepada pilihan masing-masing dan matlamat kecergasan anda.
Sambil menghargai waktu yang terhad, penting untuk menjadikan setiap minit di gim bermakna.
Kecekapan dan konsistensi adalah kunci kepada kecergasan yang berterusan.
Ingatlah bahawa latihan yang terlalu lama tanpa pemulihan yang mencukupi mungkin tidak memberikan hasil yang diharapkan.
Cari keseimbangan yang tepat antara kualiti latihan, masa yang dihabiskan, dan pemulihan yang mencukupi.
Dengan pendekatan yang bijak, anda boleh mencapai kecergasan yang optimum tanpa mengorbankan terlalu banyak masa dari jadual harian anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322718-29_27_204025.jpeg)
Pastikan sebelum workout anda semak dahulu jenis makanan apa yang anda makan kerana jika tersilap boleh menyebabkan badan tidak menjadi seperti yang anda inginkan.
Mengambil makanan yang salah bukan sahaja boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan, sebaliknya boleh menghalang anda untuk mendapat hasil yang maksimum.
Oleh itu, sebelum workout pastikan anda tidak mengambil makanan-makanan ini jika tidak mahu usaha anda untuk membina otot menjadi sia-sia.
Artikel berkaitan: Jangan Buat Kesilapan Ini Ketika Senaman Squat Kalau Tak Mahu Sakit Lutut
1. GULA + MINYAK
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322715-29_36_266521.jpeg)
Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum bersenam. Walaupun ia mampu memberi tenaga ketika peringkat awal anda bersenam, namun badan anda akan mula rasa lemah semasa pertengahan aktiviti senaman, sekali gus boleh menyebabkan pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322714-29_32_548894.jpeg)
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan aktiviti bersenam.
Artikel berkaitan: Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
3. MAKANAN TINGGI SERAT
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322719-29_46_716233.jpeg)
Secara umum, makanan yang kaya dengan serat seperti pasta, roti gandum dan oat dapat membuatkan perut anda kenyang lebih lama. Namun sebelum bersenam, makanan tinggi serat ini perlulah dielakkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicernakan di dalam badan sehingga boleh mengganggu pencernaan. Ketidakselesaan ini boleh mengakibatkan timbulnya kembung, mual dan kekejangan perut yang boleh menghalang aktiviti senaman anda.
4. MINUMAN BERKARBONAT
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322716-29_40_722712.jpeg)
Minum jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan sudah pasti ia tidak sesuai untuk diambil sebelum pra-latihan. Kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan perut kembung, kejang perut atau mual semasa bersenam.
Artikel berkaitan: Rugi Kalau Tak Buat Senaman Kardio. Selain Untuk Kurus, Banyak Lagi Kelebihannya!
5. MINUMAN TENAGA
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322713-29_30_038484.jpeg)
Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga yang berlebihan boleh membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata. Ini boleh mengganggu rutin senaman dan pemakanan sehingga merosakkan impian anda untuk memiliki bentuk badan yang anda idamkan.
6. MAKANAN PEDAS
![Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum Workout Jika Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!](https://cdn.maskulin.com.my/2020/12/322717-29_44_191987.jpeg)
Makanan pedas perlu anda hindari sebelum bersenam kerana ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan pada pencernaan ataupun pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, makanan pedas juga boleh meningkatkan kekejangan sekali gus memaksa anda untuk menghentikan latihan atau mempengaruhi usaha anda ketika bersenam.
Subscribe dan tonton video-video Fitness di Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ketahui Punca Lemak Suka Berkumpul Di 7 Bahagian Ini & Cara Nak Buang!
![](https://cdn.maskulin.com.my/2019/06/fat-man-checking-belly-mirror-footage-089450269-prevstill-30_42_000651.jpeg)
Lemak memang mudah berkumpul di lengan, paha, perut dan punggung. Bila badan penuh dengan lemak, lengan anda akan menggelebeh, paha besar dan perut buncit ke depan.
Selain mengganggu penampilan, lemak-lemak ini sukar untuk disorokkan sehingga anda hilang keyakinan diri. Mesti anda tertanya-tanya kenapa lemak hanya ‘melekat’ di bahagian tertentu sahaja?
Menurut Doktor Kosmetologi, Dr Dennis Wolf di The Private Clinic of Harley Street, Inggeris, ini adalah 7 bahagian di mana lemak paling suka berkumpul. Kalau anda nak kurus, pastikan anda tahu cara nak menyingkirkannya.
BACA: 6 Cara Tingkatkan Kadar Metabolisme Badan Agar Mudah Bakar Lemak & Cepat Kurus!
1. Lengan
Punca: Kurang bersenam dan faktor penuaan. Ini menyebabkan kulit hilang keanjalan dan tubuh mula mengumpul lemak sehingga lengan menggelebeh.
Cara nak buang:
- Lakukan olahraga dan latihan kecergasan secara konsisten.
2. Lemak sekitar pinggul
Punca: Lemak ini berkumpul akibat pengambilan gula secara berlebihan. Timbunan lemak pada bahagian ini biasanya terjadi kerana tubuh mengalami resistensi insulin sehingga membentuk lemak di sekeliling pinggang dan pinggul.
Cara nak buang:
- Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
- Kurangkan pengambilan gula.
- Lakukan olahraga secara teratur.
3. Lemak pada punggung
Punca: Tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).
Cara nak buang:
- Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
- Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.
BACA: Patutlah Susah Nak Buang Lemak Kat Perut, Rupanya 5 Perkara Ini Penyebabnya!
4. Lemak di bahagian paha dan ke bawah
Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.
Cara nak buang:
- Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
- Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.
5. Perut
Punca: Penimbunan lemak di perut terjadi ketika berlakunya peningkatan kortisol yang tinggi. Kortisol merupakan hormon yang terlibat dalam respons stres dan meningkatkan tekanan darah serta kadar gula darah. Stres juga salah satu penyebab utama tingginya sekresi kortisol. Ketika ini terjadi, kortisol akan memecahkan otot dan memasukkannya ke dalam penyimpanan lemak di daerah perut. Stres akan menjadi lebih parah apabila anda mengambil pola pemakanan yang salah.
Cara nak buang:
- Untuk menyikirkan lemak di perut, anda perlukan 80% diet sihat. Kurangkan pengambilan kalori dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein, sayur-sayuran, bijian dan menggantikan kebiasaan buruk makan makanan kecil dengan makanan yang lebih sihat.
- Pengambilan vitamin C juga penting dalam membantu menyeimbangkan lonjakan kortisol pada tubuh anda.
- Paling penting lakukan latihan kardiovaskular yang mempercepatkan denyutan jantung sehingga kalori lebih banyak terbakar seperti joging, senam aerobik atau muay thai.
BACA: 10 Cara Buat Air Detoks Buah-buahan Untuk Pecah Lemak, Buang Toksin & Awet Muda!
6. Lemak pada bahagian kaki
Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.
Cara nak buang:
- Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
- Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.
7. Dagu
Punca: Lemak di dagu biasanya disebabkan oleh faktor genetik dan penuaan. Seiring dengan penambahan usia, kulit akan kehilangan keanjalan dan otot sehingga ia menurun dan kendur. Dagu yang berlipat menjadi semakin jelas jika anda mengambil terlalu banyak makanan berlemak.
Cara nak buang:
- Lakukan olahraga.
- Amalkan diet yang sihat untuk menghilangkan lemak berlebihan. Diet sihat yang rendah kalori merupakan cara yang cukup efektif.
- Kurang pengambilan makanan olahan terutamanya yang tinggi kadar gula.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI