Sakit kepala dan memang menjadi kebiasaan semua orang. Tambahan lagi apabila anda stress dalam pekerjaan. Kebiasaannya jika sakit kepala yang melampau, pasti akan akan telan ubat kan? Namun jika ketika sedang menjalani ibadah puasa, bagaimana pula? Jangan bimbang, kerana bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Menurut pakar, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain. Ini merupakan antara sebab mengapa anda sering terjebak dengan sakit kepala ketika sedang berpuasa.
1) Kekerapan pengambilan kopi
Mungkin anda terbiasa minum kopi dengan kuantiti yang tinggi pada hari-hari normal. Maka, kuantiti itu berkurang dengan sangat drastik ketika anda sedang berpuasa. Anda sepatutnya mengurangkan kadar pengambilan kopi seminggu lebih awal sebelum anda berpuasa.
2) Kurang gula dalam darah
Keadaan yang sama juga berlaku dengan kandungan gula di dalam badan anda. Pada hari-hari biasa, anda mungkin mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Namun apabila anda berpuasa, kadar gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba seterusnya menyebabkan sakit kepala.
3) Dehidrasi
Sebahagian besar otak anda terdiri daripada air dan ia amat sensitif sekiranya kekurangan air di dalam badan. Jika berlaku kekurangan air di dalam badan, otak anda akan mula menghasilkan histamin yang berfungsi untuk mengimbangi kadar air di dalam badan. Penghasilan histamin ini akan memberi kesan seperti sakit kepala.
4) Cukup tidur, kurang stres
Antara sebab-sebab lain penyumbang kepada sakit kepala ialah kurang tidur dan tertekan. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk mempunyai tidur yang cukup serta mengelakkan diri daripada stres sepanjang berpuasa.
Cuba-cubalah untuk mengelak dari 4 perkara di atas, agar anda punya tenaga berpanjangan sepanjang ibadah berpuasa.