Sayu hati apabila melihat cara-cara pengurusan jenazah islam yang di sahkan positive atau kematian kerana COVID-19.
Banyak prosuder yang kaki tangan perlu ikuti antaranya seperti bertayammum dan diletakkan dikeranda khas, malah petugas yang mengendalikan jenazah itu perlu di decon dan Diffing off.
Jenazah akan dikafankan menggunakan cara dibaluti dengan kain linen dan 2 lapis body bag, kemudian di ikat dengan ketat.
Setelah itu, jenazah perlu di tayammum menggunakan debu dan jenazah akan dibawa dan diletakan ke dalam keranda yang di tempah khas.
Setelah jenazah di masukkan ke dalam keranda, petugas perlu menyebur decon ke seluruh badan jenazah, mereka perlu seal menggunakan gam silikon dan tutup keranda berkenaan.
Kemudian mereka semburkan decon sekali lagi ke keranda jenazah tersebut lalu pihak petugas akan sembahyangkan jenazah dan bawanya pergi ke tanah perkuburan.
Sementara itu, di dalam van jenazah, mereka akan sembur sekali lagi untuk pastikan virus itu benar-benar tiada dan mati.
Para petugas juga perlu di decon, sebelum memasuki van jenazah. Malah bilik jenazah itu juga perlu di decon selepas selesai mengendalikan jenazah yang meninggal akibat COVID-19.
Setibanya di tanah perkuburan, para petugas akan mengusung jenazah ke liang lahad tanpa ada bantuan daripada pihak si mati. Keranda akan diturunkan menggunakan talidan proses timbus akan dilakukan.
Selepas proses timbus di jalankan petugas itu akan Doffing Off dan pakaian mereka perlu dibuang dengan kadar segera.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI