Pastinya ada di antara wanita di luar sana berasa tersinggung dengan lelaki tatkala lelaki tidak mahu memilih mereka sebagai teman wanita, atau teman hidup. Lelaki bersifat simple, namun apabila sampai pada tahap menjadi pasangan hidup, mereka akan sedikit memilih. Menerusi Business Insider, para saintis di Amerika telah menemui 14 ciri-ciri yang dicari oleh lelaki untuk memiliki wanita ideal mereka. Namun, kami hanya akan merungkai 5 daripdanya.
Menurut artikel Evoke.ie, kajian menunjukkan wanita idaman lelaki haruslah lebih bijak dari mereka. Ini kerana, lelaki berasa selamat dan mudah untuk berkomunikasi dengan pasangan jika pasangan mereka lebih bijak daripadanya. Bunyi macam mengarut kan? Tapi itulah hakikatnya. Mereka juga ada menyatakan bahawa wanita bijak menghairahkan lelaki! Betul ke?
Siapa yang tak suka pasangannya jujur kan? Ini yang setiap lelaki inginkan. Wanita jujur pada masa kini amat sukar untuk ditemui. Kebanyakkannya kuat temberang. Biasalah nak hidup. Kejujuran dalam berpasangan amat diperlukan untuk menjadikan sesebuah hubungan itu berjaya. Tak kiralah lelaki ke wanita.
Menurut para saintis, lelaki gemar apabila jenakanya mendapat perhatian umum. Nak buat lawak, masuk Maharaja lawak lah bro! Namun untuk melihat jika wanita itu sesuai dengan anda, mungkin anda perlu buat lawak hambar? Jika mereka ketawa, mungkin mereka jodoh anda! (bergurau) ini kerana lelaki mempunyai maruah yang kadang kala tiada satu makhluk pun faham. Jika wanita menyokong maruah ini, maka lelaki pasti akan tertarik pada wanita tersebut.
Ini yang selalu lelaki perhati kepada wanita. Bagi mereka, isteri melambangkan ibu mereka. Jika pasangan mereka itu menyerupai ibunya seperti cara mengemas, memasak, itu akan membuatkan lelaki teruja untuk memiliki wanita tersebut. Di sini, wanita harus pandai mengambil hati keluarga lelaki, paling penting jangan hipokrik. Jadilah diri anda sendiri. Baru semua orang nak sayang.
Ada wanita macam ni lagi tak dalam dunia ni? Kalau ada beritahu kami! Lelaki lebih gemar dengan golongan ini adalah kerana zaman sekarang amat sukar untuk melihat wanita yang bersabar. Selalunya pinggan terbang akan hinggap ke arah lelaki dulu. Jika wanita tersebut seorang yang penyabar, ini mungkin akan membuatkan lelaki jatuh cinta padanya setiap hari. Bersabar dengan lelaki ni pun ada hadnya. Setiap pasangan harus mengawal emosi apabila berhadapan dengan kemarahan.