
Petroleum jelly telah berada di pasaran sejak 150 tahun lalu dan masih relevan untuk digunakan sebagai bahan sapuan pelbagai guna.
Ia berfungsi sebagai lapisan yang telap pada air dan mampu mengekalkan kelembapan permukaan kulit.
Ianya murah, selamat dan berkesan untuk pelbagai kegunaan. Bukan sahaja bagus dipakai buat perempuan, lelaki juga perlu menjaga keterampilan diri dengan menggunakan petroleum jelly.
Ini dia beberapa kegunaan petroleum jelly untuk lelaki;
Membantu menyembuhkan luka kecil dan melecur
Jika kulit melecur dan terluka kecil, oleskan petroleum jelly di kawasan luka dan tutup dengan plaster.
Melembapkan kulit tangan, kaki dan tubuh
Petroleum jelly efektif dalam menjaga kelembapan kulit. Oleh itu, rajinkan diri untuk sentiasa mengoleskan petroleum jelly di kulit terutamanya kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Melindungi bibir yang pecah
Bibir kering akan menyebabkan bibir pecah-pecah, ia bukan berlaku pada kaum wanita sahaja, lelaki juga begitu. Untuk mengelakkannya, ambil petroleum jelly dan oleskan di bibir.
Mengurangkan rekahan pada tumit kaki
Ia juga bagus untuk merawat kulit yang merekah. Sapukan petroleum jelly di kawasan kaki selepas mandi. Atau bersihkan kaki dan biarkan semalaman.
Melegakan ekzema dan psoriasis
Ekzema dan psoriasis semakin gatal dan teruk apabila kulit semakin kering. Dengan mengamalkan petroleum jelly di tubuh badan selepas mandi membantu dalam akan mengekalkan kelembapan kulit.
Melembapkan kuku
Jangan kata perempuan, lelaki juga perlu menjaga kuku. Ambil petroleum jelly dan sapukan di kawasan kuku agar kuku menjadi lembut dan nampak lebih berkilau daripada biasa.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Abaikan 7 Cara Basuh Rambut Ini, Kalau Tak Nak Rambut Berbau & Cepat Gugur!

Gara-gara nak pentingkan imej, jangan sampai anda abaikan cara basuh rambut yang betul. Tak guna ada potongan rambut terkini tapi anda masih salah basuh rambut sehingga menyebabkan ia mudah gugur, rosak dan berbau.
Sebenarnya rutin basuh rambut lelaki sama pentingnya dengan basuh rambut wanita. Jika anda inginkan rambut yang sihat, kuat dan wangi, pastikan anda basuh rambut ikut 7 cara ini.
1. Basuh seminggu 2-3 kali sahaja
Selalunya setiap kali mandi, lelaki akan mencuci rambut. Tahukah anda, amalan mencuci rambut setiap hari adalah salah. Sebaiknya basuhlah rambut anda dua atau tiga kali seminggu. Selang-selikan penggunaan syampu yang anda biasa pakai dengan perapi untuk melebatkan rambut bagi tujuan mengekalkan minyak semula jadi pada rambut anda.
2. Tiada mitos basuh rambut dua kali
Anda pasti pernah dengar mitos mengatakan rambut akan lebih bersih jika disyampu dua kali. Jangan tertipu dengan mitos yang menyuruhkan rambut dicuci, dibilas dan diulangi sekali lagi. Mencuci rambut sekali sahaja sudah mencukupi. Yang penting, gunakan syampu dan perapi yang sesuaian dengan jenis rambut anda.
3. Guna jumlah syampu ikut kepanjangan rambut
Tidak perlulah anda gunakan syampu yang banyak ketika mencuci rambut, cukup hanya menuang syampu di tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut. Paling penting, tumpukan pada bahagian akar rambut. Urut secara lembut menggunakan hujung jari sehingga berbuih dan gunakan air untuk meratakannya. Ini bagi memastikan akar rambut anda bersih daripada kekotoran. Biarkan seminit dua agar syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, cucilah rambut dengan air bersuhu suam.
4. Basuh dengan air suam
Elak mencuci rambut dengan air yang terlalu panas kerana akar rambut akan mudah terbuka sehingga menyebabkan rambut bercabang, mudah gugur, kering dan rosak. Sebaiknya gunakan air bersuhu suam untuk membasuh dan merapikan rambut. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar.
5. Gosok rambut dengan lembut
Rambut yang basah masih lagi lemah dan terdedah kepada kerosakan. Gara-gara nak cepat kering, anda selalu menggosok rambut dengan tuala secara kasar. Elak buat perkara macam tu kerana ia akan merosakkan rambut. Sebaiknya gunakan tuala daripada kain kapas. Tekapkan rambut yang basah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan pada kulit kepala.
6. Pakai syampu yang sama
Setelah habis syampu, gunakan semula syampu daripada jenama yang sama. Jika anda asyik bertukar syampu, rambut anda tidak akan konsisten dan mudah rosak.
7. Lindungi rambut dengan ‘hair mask’
Bagi menggantikan peranan perapi rambut, anda juga boleh gunakan ‘masker rambut’ untuk perlindungan dan hidrasi. Jika anda miliki rambut kasar, ratakannya ke seluruh bahagian kepala. Namun jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut saja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sakit Gigi Dan Gusi, Atasi Dengan Cara Tradisional

Perkara ini berlaku untuk semua peringkat umur. Anak-anak, remaja, hingga orang dewasa kerap mengalami sakit gigi. Puncanya pun bermacam-macam, seperti kerana adanya timbunan nanah di bahagian dasar gigi akibat jangkitan bakteria yang menimbulkan keradangan, gigi retak, susut gusi, kerosakan gigi yang mewujudkan lubang, tampalan gigi rosak, serta gigi tumbuh yang terapit.
Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat
- Permulaan, siapkan dua ulas bawang putih, satu ulas cengkeh, satu sudu teh garam, dan beberapa titis minyak zaitun.
- Tumbuk semua bahan tadi hingga menjadi pes.
- Selepas jadi pes, tempelkan pada bahagian luar gigi yang sakit selama 30 minit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Produk Yang Sesuai Untuk Kebanyakan Lelaki Yang Suka Muka Segar & Bersih

Tak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan muka harus dijaga untuk kelihatan lebih kacak dan beryakinan tinggi.
Tak susah mana pun sebenarnya. Jika malas menggunakan kaedah tradisional, anda boleh juga membeli produk pembersihan yang ada dijual di pasaran.
Berikut adalah 7 jenis produk lelaki yang boleh dicuba keberkesanannya :
1. Nivea Men Whitening Oil Control Foam 150 gm
Nivea Men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan seperti menjadikan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih yang terkandung di dalamnya turut memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda selain menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Harga di pasaran sekitar RM14.70.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit biasa
2. Garnier Men Turbolight White & Oil Control Icy Duo Foam 100ml
Pencuci muka ini mempunyai buih mencuci dengan kesan tindakan sebanyak dua kali. Produk ini mampu membersihkan liang pori dengan baik kerana di dalamnya terkandung bahan seperti tanah liat putih. Selain boleh menjadikan kulit muka anda bebas minyak dan kotoran hanya dengan sekali cucian, ia turut mampu menjadikan kulit muka anda lebih cerah berseri dengan adanya icy mineralite complex. Harga di pasaran sekitar RM16.93.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
3. Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser 150ml
Pencuci muka ini mempunyai ekstrak Aloe Vera sebagai komponen utamanya. Kandungan ini merupakan bahan semulajadi antibakteria dan anti-radang yang mampu melegakan kulit sensitif. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit muka tetapi ia juga merawat kulit muka yang bermasalah. Pembersihannya yang mendalam mampu membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori muka dan juga mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki yang mempunyai masalah kulit sensitif dan juga mengekalkan keremajaan pada kulit wajah. Harga di pasaran sekitar RM17.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit penuaan
4. L’Oreal Men Expert White Activ Cleansing Foam 100ml
Pencuci muka ini diperkaya dengan Pro Exfoliatine iaitu agen mengupas yang dapat membuang kotoran pada permukaan kulit untuk memastikan proses pembersihan dapat dilakukan dengan teliti sekali gus memberikan seri pada kulit wajah agar kekal berkeyakinan sepanjang hari. Produk ini direka khas untuk lelaki yang mempunyai jenis kulit kering yang melampau selain mampu memberikan kulit yang cerah secara semulajadi. Pencuci muka ini bukan sahaja untuk kulit kering, tetapi ia juga untuk kulit yang normal bagi memberikan perlindungan yang berpanjangan kepada para lelaki yang sering terdedah di bawah sinaran matahari. Harganya di pasaran adalah sekitar RM23.00.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kombinasi
5. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash 150ML
Pencuci muka yang dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang licin dan bebas dari masalah kulit. Pencuci muka yang menggunakan bahan bebas sabun yang membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Neem terkenal dengan ciri-ciri penulenan dan antibakterianya. Neem mampu membunuh bakteria yang menyebabkan masalah pada kulit dan dengan digabungkan bersama kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan menjadikan kulit anda lembut, bersih, segar dan bebas dari masalah. Harga di pasaran sekitar RM28.24.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
6. Hada Labo – AHA/BHA Foaming Wash160ml
Pencuci ini sememangnya jenama yang terkenal di negara Jepun. Tekstur buih ringan dan pengunaan 2 kali dalam sehari mampu membersihkan kotoron pada kulit wajah. Selain memberikan muka nampak licin dan cerah dan membantu menanggalkan sel kulit mati, anda tidak perlu bimbang kerana pencuci muka ini bebas dari bahan pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Pencuci muka ini juga menyeimbangkan pH kulit sekali gus mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Harga di pasaran RM35.40.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kering
7. Physiogel Daily Defence Cleansing Gel Cream 200ml
Pencuci muka ini sesuai untuk yang berkulit alergik, ia telah diuji oleh para dermatologis. Ia mencuci segala kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan kelembutan yang bak sutera. Kelebihan produk ini adalah, ia bebas dari bahan pewangi, preservatif dan pewarna. Pencuci muka yang sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif. Harga di pasaran sekitar RM41.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit sensitif
Produk-produk di atas adalah pilihan kebanyakan lelaki dan jika anda mahu gunakan produk yang dinyatakan, sila dapatkan rujukan pakar untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI