
Hero sejati dijumpai selepas perlawanan aksi bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Myanmar malam tadi yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Bukan saja Malaysia pukul Myanmar 3-1 dan layak ke semifinal dalam sukan bola sepak semalam.
Bah kan apa yang menarik perhatian ialah sikap sebahagian penyokong-penyokong Malaysia yang dilihat secara sukarela mengutip sampah yang ditinggalkan selepas habis aksi bola sepak itu patut di contohi dan di sokong.
Tak ketinggalan Menteri Belia Dan Sukan kita, KJ sempat memuji sikap penonton-penonton ini dan ‘retweet’ dengan memanggil mereka-mereka ini sebagai ‘ heroes’.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mahu Ambil Khidmat Jurulatih Peribadi? Semak Perkara Ini Dahulu

Bagi anda yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia senaman gim pastinya memerlukan bimbingan yang betul. Meskipun banyak panduan yang boleh didapati menerusi video atas talian, ia tidak akan sama dengan bimbingan yang diterima secara langsung.
Oleh itu, khidmat jurulatih kecergasan peribadi (personal trainer) sangat penting untuk memulakan langkah anda dalam gaya hidup yang lebih cergas.Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sebelum mengambil khidmat jurulatih peribadi.
Pastikan mereka ‘kenal’ anda
‘Kenal’ yang disebutkan di sini bukanlah bermaksud jurulatih berkenaan perlu mengenali anda secara peribadi. Sebaliknya, mereka perlu kenal keadaan fizikal anda. Selain dari mengetahui apa matlamat kecergasan anda, mereka juga perlu tahu kekuatan dan kelemahan sedia ada anda.

Paling penting, mereka perlu tahu sejarah penyakit dan juga kecederaan yang pernah anda alami sebelum ini. Dengan ‘mengenali’ anda sebegini, jurulatih mampu untuk menyediakan program latihan yang bersesuaian dengan matlamat dan kemampuan anda. Matlamat anda mungkin sama dengan orang lain, namun latihan anda mungkin berbeza dari mereka.
Pastikan mereka utamakan keselamatan anda
Keselamatan anda sepatutnya menjadi keutamaan nombor satu jurulatih. Jurulatih kecergasan sepatutnya tahu untuk mengenal pasti risiko kecederaan dan kemalangan semasa latihan serta mencegahnya sebelum ia berlaku. Mereka juga perlu tahu cara terbaik untuk mengendalikannya jika ia benar-benar berlaku.

Sesetengah latihan di gim sangat berbahaya jika dilakukan tanpa pemantauan, banyak kemalangan telah dilaporkan berlaku dan ada yang sehingga membawa maut! Ingat, sebarang kecederaan hanya akan membuatkan anda tersasar lebih jauh dari matlamat kecergasan anda. Anda selaku klien yang membayar juga berhak untuk menegur jurulatih anda jika anda dapati mereka leka dari memantau anda ketika melakukan senaman.
Semak kelayakan mereka
Tidak dinafikan ramai individu yang pernah menyertai pertandingan bina badan turut menawarkan khidmat kejurulatihan kepada orang awam atas dasar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sendiri. Namun, mempunyai pengalaman dan pencapaian dalam pertandingan bina badan itu bukanlah kayu pengukur kelayakan seorang jurulatih.
Tidak semestinya seseorang yang berbadan sasa itu mempunyai kelayakan formal sebagai jurulatih. Tidak semua jurulatih berkelayakan turut mempunyai tubuh yang sasa, adakalanya mereka hanya sekadar fit.


Tidak salah jika anda mencuba khidmat mereka namun penting untuk anda ambil maklum tentang pentauliahan kejurulatihan mereka terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, mungkin teknik yang mereka kuasai hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri sahaja.
Teknik itu terbukti berkesan pada mereka namun tidak semestinya ia bersesuaian dengan anda. Seorang jurulatih bertauliah perlu berupaya untuk mencipta program latihan khusus mengikut keperluan dan kemampuan individu. Paling penting, mereka perlu terlatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan sebarang kecemasan atau kecederaan.
Semak status jurulatih
Sebahagian jurulatih kecergasan adalah terikat secara langsung dengan gim tertentu dimana mreka bekerja secara langsung di bawah pengurusan gim. Oleh itu, kadar bayaran mereka juga tertakluk pada ketetapan gim berkenaan. Selain itu, sesi latihan hanya boleh berlangsung di gim berkenaan sahaja. Jurulatih sebegini biasanya memang terlatih kerana telah dihantar untuk kursus pentauliahan oleh pihak pengurusan gim sebagai syarat untuk bekerja.

Bagi jurulatih bebas (freelance) yang tidak terikat dengan pengurusan mana-mana gim pula, harga adalah tertakluk pada ketetapan mereka sendiri dan anda masih boleh berunding. Mereka juga bebas untuk menjalankan sesi latihan mengikut lokasi pilihan anda selagi ia masih di dalam jarak kawasan mereka. Bagaimanapun, ada kemungkinan yang mereka bukanlah seorang jurulatih bertauliah melainkan mereka pernah bekerja sebagai jurulatih di mana-mana gim sebelum bergerak secara bebas.
Semak peraturan gim
Jika anda menggunakan khidmat jurulatih bebas, pastikan gim yang anda ingin gunakan itu membenarkan jurulatih bebas untuk menjalankan sesi latihan di situ. Sesetengah gim mempunyai peraturan ketat lebih-lebih lagi jika gim berkenaan memang mempunyai jurulatih kecergasan mereka sendiri.

Kehadiran jurulatih bebas di gim sebegitu akan dianggap sebagai saingan kepada jurulatih mereka sendiri. Ada juga kemungkinan mereka enggan menanggung risiko sekiranya berlaku perkara buruk di gim mereka disebabkan jurulatih bebas yang bukan di bawah seliaan mereka.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Senaman Efisien Mampu Singkirkan Lemak Bahagian Abdomen, Buat Sambil Baring Pun Boleh!

Selepas kahwin saja badan terus naik.
Ini bukan tahyul ya. Ini memang hakikat yang ramai lelaki berusia 30 hingga 40-an hadapi. Apa puncanya?
Pertama sebab hati sudah banyak happy. Kedua, mungkin makan tak jaga dan ketiga sebab kurang bersenam. Masalah ‘boroi’ ini juga tidak muncul tiba-tiba. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Setiap bulan berat naik sedikit demi sedikit. Sedar tidak sedar perut sudah ke depan.
Namu usahlah anda risau. Setiap masalah itu pasti ada jalannya. Masih tidak terlambat untuk kembalikan bentuk badan seperti mana anda belum kahwin dahulu.

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah boroi namun yang terbaik ialah dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya ialah melakukan senaman. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis senaman yang mampu membakar lemak di bahagian abdomen atau perut sambil anda baring saja!
Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada.
Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan.
Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara.
Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Jangan lupa untuk cuba ya! Jom subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Air Masak, Ada Beberapa Lagi Jenis Minuman Sihat Boleh Lambatkan Tanda Penuaan

Mahu atau tidak, lambat laun kita pasti akan tua dimamah usia. Walaupun begitu ia tidak bermakna kita tidak boleh kekalkan keremajaan serta kesihatan sepertimana zaman muda dahulu.
Antara tanda fizikal yang akan kelihatan adalah rambut beruban, rambut gugur, kedutan pada wajah dan sebagainya.
Perkara sebegini memang tidak dapat dielakkan namun anda masih boleh tua tetapi dalam keadaan sihat serta awet muda.
BACA: Ini Kebaikan Sayur Brokoli Untuk Kesihatan Lelaki, Kekal Awet Muda Salah Satu Daripadanya
MASKULIN kongsikan 6 jenis minuman yang bakal bantu anda lambatkan proses penuaan.
1. Air kosong
Seperti yang kita ketahui, air kosong adalah air yang terbaik untuk bantu kesihatan kita. Ini kerana air kosong langsung tidak mempunyai kandungan gula di dalamnya. Ia adalah air yang sangat diperlukan badan kita. Ia juga pastikan badan kita sentiasa hidrat. Tanpanya kulit kita akan kering dan berkedut dengan cepat.
2. Kopi
Ia dapat bantu anda mengurangkan risiko kanser kulit. Jika seseorang minum kopi setiap hari mereka akan mengunrangkan risiko kanser kulit bukan melanoma sekitar 10%. Selain itu, kafein yang ada dalam kopi melindungi tubuh daripada keradangan kronik dan ia merupakan penyakit biasa apabila umur meningkat.
3. Teh hijau
Ia sememangnya kaya dengan anti-oksidan yang bantu mencegah kedutan daripada muncul dengan meningkatkan perolehan sel. Selain itu, anda kena tahu bahawa orang yang kerap minum the ini mempunyai risiko penyakit jantung yang rendah.
4. Air kelapa
Ia mengandungi hormone tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Cytokinin. Ia berfungsi sebagai penggalak pertumbuhan sel serta doketahui sebagai anti-karsogenik.
5. Jus lidah buaya atau Aloe Vera
Kadar asid amino di dalamnya sangat tinggi yang mana ia membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan. Selain itu, terdapat juga kandungan anti-oksidan yang berperanana sebagai sel yang membantu pertumbuhan semula kulit.
BACA: Ini Adalah 6 Kebaikan Susu Soya, Bantu Lelaki Kurangkan Berat Badan Salah Satunya
6. Jus limau gedang segar
Badan manusia memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen yang meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit anda, Segelas jus ini bantu anda kurangkan kedutan pada wajah serta buat anda kelihatan muda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI