Tidur merupakan perkara yang penting untuk setiap manusia di muka bumi ini. Mungkin ada di antara anda yang mengalami masalah Insomnia, dimana anda tidak boleh tidur pada waktu malam menjadikan anda akan merungut dan marah-marah pada sebelah pagi.
Antara sebab anda mengalami masalah tidak cukup tidur adalah kerana fator tilam atau bantal anda yang sudah berusia dimana tengkuk tidak boleh menerima jenis kekabu yang digunakan. Selain itu, faktor pemakanan dan minum air yang kurang juga antara punca anda tidak boleh menikmati tidur yang lena menjadikan siang anda akan kepenatan dan tentunya, anda akan membebel tanpa sebab yang kukuh. Namun, pakar mengatakan bahawa ada beberapa penyakit yang melibatkan kesihatan yang menjadi faktor badan anda letih ketika waktu siang. Ini antaranya:
Anemia
Anemia boleh menyebabkan anda letih kerana kekurangan sel darah merah, yang berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu dan sel-sel anda. Anda mungkin berasa lemah dan sesak nafas.. Anemia mungkin disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin, kehilangan darah, pendarahan dalaman, atau penyakit kronik seperti Arthritis Rheumatoid, Kanser, atau kegagalan buah pinggang.
Gejala yang anda akan rasa adalah letih sepanjang masa, termasuk lemah walaupun tidak melakukan apa-apa seharian, kesukaran tidur, kurang tumpuan, denyutan jantung yang cepat, sakit dada, dan sakit kepala. Senaman mudah, seperti menaiki tangga atau kerap berjalan kaki dapat membantu mengurangkan simptom.
Penyakit Tiroid
Apabila hormon Tiroid aktif, melakukan aktiviti harian yang mudah juga akan mengalami masalah. Kelenjar Tiroid, yang lebih kurang sebesar saiz tali leher lelaki, yang terhasil di bahagian hadapan leher anda mampu menghasilkan hormon yang mengawal metabolisme anda. Terlalu banyak hormon tiroid (hipertiroidisme), akan menyebabkan metabolisme semakin meningkat. Terlalu sedikit (hipotiroidisme), akan melambatkan metabolisme anda.
Baca juga: Tiroid Boleh Serang Anda Jika Kerap Makan Makanan Ini
Hyperthyroidism yang disebabkan oleh kelemahan otot yang biasanya dilihat pada peha antara gejala yang anda akan dapat. Menunggang basikal atau menaiki tangga yang mudah akan menjadi sukar jika anda dapat simptom ini. Antara gejala lain termasuk penurunan berat badan yang drastik, berasa panas sepanjang masa, peningkatan kadar denyut jantung, aliran haid yang lebih pendek dan kurang kerap, dan kerap dahaga. Hyperthyroidism paling kerap terjadi pada wanita usia 20-an dan 30-an, tetapi boleh berlaku pada wanita dan lelaki yang lebih tua juga.
Diabetes
Lebih daripada sejuta orang didiagnosis dengan diabetes tahap 2 setiap tahun, tetapi lebih banyak lagi yang tidak tahu bahawa mereka memilikinya. Gula, juga dikenali sebagai glukosa, adalah bahan bakar yang membuatkan anda bertenaga. Ini bermakna masalah bagi orang yang menghidap diabetes jenis 2 yang tidak boleh menggunakan glukosa dengan betul, menyebabkan ia diproses menjadi darah. Tanpa tenaga yang mencukupi untuk menjaga tubuh anda berjalan lancar, orang yang menghidap kencing manis akan berhadapan dengan penat sepanjang masa.
Kemurungan
Hari-hari blues Monday! Kemurungan adalah penyakit utama yang mempengaruhi cara kita tidur, makan, dan merasakan seolah-olah tiada gunanya untuk terus hidup. Tanpa rawatan, gejala kemurungan mungkin akan berlarutan selama beberapa minggu, bulan, bahkan bertahun.
Biasanya, kemurungan boleh menyebabkan tenaga anda menurun, perubahan pola tidur dan makan, masalah dengan ingatan dan tumpuan, dan rasa putus asa, tidak bernilai, dan aeorang yang sentiasa berfikiran negatif.
Apnea Tidur
Anda boleh mengalami masalah tidur ini jika anda bangun dan merasa letih tidak kira selama mana anda berehat. Simptom apnea termasuk gangguan pernafasan yang singkat semasa tidur. Apnea tidur obstruktif, yang menyebabkan saluran pernafasan anda tersekat dalam beberapa saat ketika anda tidur, yang seterusnya memberi isyarat kepada otak anda supaya anda boleh bernafas semula. Seseorang yang mempunyai apnea tidur obstruktif boleh berhenti bernafas selama beberapa minit setiap malam ketika tidur yang menjadikan anda tidak dapat tidur dengan aman.
Anda boleh lihat pada mereka yang berdengkur ketika tidur yang sangat teruk merupakan antara simptom Apnea. Penyakit ini boleh menyebabkan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan strok.