Ini Antara Perkara Yang Menyebabkan Wajah Anda Cepat Tua

Share

Semua orang akan melalui hari tua, dimana badan anda akan mula rasa sengal-sengal, stamina anda akan lemah dan menurun dan paling penting wajah anda akan penuh dengan kedut dan bergaris-garis. Mungkin ada antara anda yang tidak mahu usia anda lanjut, tambah lagi apabila anda masuk ke lingkungan 30an, pasti anda akan berharap usia anda tidak akan bertambah. Terdapat pelbagai cara untuk melihatkan anda tidak berusia, antaranya dengan botox, krim pencerah dan anti-penuaan , dan beberapa produk kosmetik yang turut membantu. Pada tahun 2016, lebih daripada tujuh juta suntikan toksin botulinum, bahan dalam Botox dan Dysport, dilakukan pada lelaki.

Namun, selama mana anda boleh bertahan dengan peralatan-peralatan seperti ini? Tambahan lagi apabila duit sentiasa diperlukan untuk kegunaan yang lebih penting daripada mencantikkan wajah. Ini antara beberapa sebab yang anda tidak sedar berlaku yang menyebabkan wajah anda berusia tak seiring dengan usia sebenar anda.

 

Tidak menggunakan Sunblock

 

Pendedahan cahaya UV menyebabkan radikal bebas yang merosakkan kolagen, elastin, dan sel kulit sendiri. Ini membawa kepada penuaan awal kulit, bintik-bintik gelap, dan perkembangan kanser kulit. Malah jumlah pendedahan cahaya matahari setiap hari meningkat sepanjang hayat.Kolagen dan elastin adalah protein yang terdapat di dalam badan kita yang menjadikan kulit kuat dan berdaya tahan. Namun, ia tidak akan terjadi sekiranya anda tidak menjaga kulit dengan baik. Penyelidik Australia membuat kajian terhadap 900 orang selama empat tahun, mereka mendapati mereka yang melindungi kulit dengan sunblock setiap hari adalah 24 peratus lebih kurang menunjukkan tanda-tanda penuaan pada kulit mereka berbanding orang yang tidak memakai SPF. Malah menggunakan SPF 30 sahaja selama 12 minggu sudah memadai untuk menghilangkan tanda-tanda kerosakan kulit yang berkaitan dengan UV, seperti tekstur yang tidak sekata dan pigmentasi.

 

Kurang tidur

Pastinya anda yang gemar dengan kerja akan menghabiskan masa yang sangat lama di pejabat sehinggakan anda tidak mampu untuk berehat. Tidur merupakan perkara paling kurang penting untuk anda lalui setiap hari menjadikan anda hanya akan menghabiskan masa di atas katil sambil dibuai mimpi dalam masa kurang daripada 8 jam. Ini tidak baik. Hakikatnya, tidur yang cukup boleh menyebabkan anda kelihatan lebih muda. Sel-sel kulit kita berfungsi mengikut kegiatan seseorang, sama dengan kitaran tidur anda. Pada waktu malam, sel-sel ini berfungsi untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari, seperti terdedah kepada cahaya matahari, pencemaran, atau peluh. Kulit anda menjadi tertekan dan tidak dapat menyelesaikan proses pemulihan yang akhirnya membawa kepada sel kurang sihat dan penuaan.

 

Utamakan makanan seperti buah-buahan

 

Fakta! Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak makan 2 hingga 3 cawan sayur-sayuran yang disyorkan sehari, mejadikan badan tidak menerima makanan alami yang mempunyai vitamin cukup untuk badan. Kerana itu, pakar nutrisi dan dietitian mengesyorkan anda untuk makan 2 cawan buah-buahan sehari. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mencadangkan bahawa pemakanan seimbang yang disertakan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang turut membantu melawan penyakit dan mencegah kerosakan kulit pada usia muda. Ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran penuh dengan nutrien, seperti antioksidan dan vitamin, yang menjadikan sel-sel kulit anda sihat.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin E secara khusus dapat melindungi kulit anda daripada kerosakan UV, bahkan mampu menghindari anda dari masalah pigmentasi, dan mengurangkan keradangan. Vitamin A, C, dan B3 juga bagus untuk kulit anda, menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Dermatology, ia dapat membantu mencegah kekurangan kolagen, menghasilkan dan mengekalkan keanjalan, dan mengurangkan hiperpigmentasi. Antara buah-buahan yang sesuai adalah buah oren, strawberi. Sayur-sayuran seperti bayam, ubi jalar dan asparagus turut membantu.

 

Merokok

 

Selain daripada rokok boleh menyebabkan kanser dan paru-paru rosak, ia juga mampu untuk membuatkan wajah anda bertukar menjadi kusam dan kedut-kedut mula naik, menjadikan anda tua tidak setara dengan usia. Selepas penyelidik membandingkan ciri-ciri muka 79 set kembar di mana salah satu kembar merokok selama 5 tahun dari kembarnya yang satu lagi. Hasilnya, kembar yang merokok itu memperolehi lingkaran hitam pada mata, bibir gelap, penuaan dan banyak lagi faktor-faktor tua.  

Dan bukan hanya pada wajah anda yang menanggung kerosakan itu. Bahagian lain badan anda, seperti bawah lengan, boleh berkedut juga. Ini kerana merokok mengurangkan pengaliran oksigen dan nutrien ke kulit anda dengan menghalang saluran darah dan menyekat peredaran. Selain itu, tembakau dimuatkan dengan bahan kimia yang boleh membahayakan kolagen dan elastin anda, yang kedua-duanya penting untuk anda kelihatan muda. Satu perkara yang dapat disimpulkan disini, rokok telah didapati membahayakan hampir semua organ tubuh dan sistem organ dalam tubuh badan seseorang yang boleh menyebabkan kanser dan mati.

 

Kurang minum air

Jika anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menarik air dari tisu anda, dari kulit anda untuk mengekalkan kepekatan darah anda. Apabila ia berbuat demikian, mata anda akan kelihatan letih, kulit anda akan berasa lesu, ia tidak akan menjadi elastik dan anda akan kelihatan lebih tua. Keperluan penghidratan berbeza-beza bergantung pada berat badan dan tahap aktiviti. Namun, jika anda ambil 8 gelas sehari jga sudah memadai.

 

 

 

Published by
Maiya Deen