Foto: Designed by drobotdean / Freepik

Apakah alasan yang membuatkan seseorang itu tidak cuci muka sebelum tidur? Jawapannya malas, letih. Seharusnya anda perlu tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Jadi Perlu cuci muka!

Alasan wajah perlu dibersihkan

Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh.

Balik ke rumah, bukan sahaja tidak mandi malah wajah langsung tidak dibersihkan. Jangan amalkan rutin ini, seharusnya anda perlu bersihkan wajah sebelum tidur.

Berikut merupakan lima alasan yang anda perlu tahu.

1. Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.

Ads

2. Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!.

Ini Alasan Mengapa Lelaki Perlu Cuci Muka Sebelum Tidur

Ads

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Untuk Miliki Kulit Wajah Sihat Dengan Kos Rendah!

3. Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.

Ads

4. Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.

5. Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.

Tip:

Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI