Apakah alasan yang membuatkan seseorang itu tidak cuci muka sebelum tidur? Jawapannya malas, letih. Seharusnya anda perlu tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Jadi Perlu cuci muka!
Alasan wajah perlu dibersihkan
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh.
Balik ke rumah, bukan sahaja tidak mandi malah wajah langsung tidak dibersihkan. Jangan amalkan rutin ini, seharusnya anda perlu bersihkan wajah sebelum tidur.
Berikut merupakan lima alasan yang anda perlu tahu.
1. Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
Ads
2. Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!.
3. Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
Ads
4. Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip:
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila bulu hidung tumbuh terlalu panjang sehingga terkeluar, orang di sekeliling akan memandang anda sebagai seseorang yang tidak tahu menjaga kebersihan diri.
Anda perlu menjaga kebersihan diri dan merapikan penampilan diri untuk membuatkan orang lain selesa untuk mendekati anda.
Namun begitu, jika teknik mahu merapikan bulu hidung itu dilakukan dengan cara yang salah, anda mungkin berdepan dengan beberapa risiko yang anda tidak tahu.
Hal ini kerana setiap anggota tubuh memiliki fungsi yang sangat penting ntuk kelangsungan hidup seseorang manusia itu termasuklah bulu hidung.
Bulu hidung berfungsi menapis udara yang masuk menerusi bulu-bulu halus yang terdiri dari vibrissae dan mikroskopik silia.
Vibrissae dan mikroskopik silia berperanan menyaring lendir serta kotoran berbahaya agar tidak masuk ke dalam saluran pernafasan.
Sehubungan itu, ada caranya untuk merapikan bulu hidung seperti mengguntingnya dan jangan sesekali mencabut bulu hidung anda kerana ia boleh menyebabkan :
1. Jangkitan
Jika anda mencabut bulu hidung menggunakan tangan, anda harus membersihkan tangan anda terlebih dahulu. Jika tidak, bakteri atau kuman mungkin boleh masuk menerusi folikel bulu hidung yang sudah terbuka seterusnya menyebabkan jangkitan pada kawasan sekitarnya.
2. Jangkitan otak
Kawsan sekitar mulut dan hidung memiliki saraf yang berhubung secara terus ke bahagian otak. Di kawasan tersebut juga, pembuluh darah berkongsi darah dari hidung serta darah dari otak. Dalam erti kata lain, jika hidung anda terkena jangkitan, tidak mustahil ia boleh merebak sehingga ke otak.
3. Pendarahan hidung
Mencabut bulu hidung secara paksa ada kalanya mengenai pembuluh darah. Walaupun ukurannya sangat kecil, ia tetap boleh menyebabkan pendarahan.
4. Jerawat
Kenapa jerawat tumbuh di muka? Jawapannya mudah. Kalau anda mencabut bulu hidung menggunakan tangan yang tidak dibersihkan, wajah anda akan membiakkan jerawat kerana kawasan kulit anda dijangkiti bakteria yang masuk menerusi folikel bulu hidung yang dicabut.
5. Rongga hidung rosak
Rongga hidung boleh rosak sekali gus menyebabkan anda rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi selepas anda mencabut bulu hidung. Kerosakan selepas mencabut bulu hidung ini boleh menyebabkan luka kecil, bisul kecil, lendir yang sudah menjadi kerak di dalam lubang hidung anda sukar dihilangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai yang keliru sama ada produk kecantikan yang dipakai sesuai dengan kulit atau tidak. Jika tersalah memilih produk, bimbang ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kulit anda.
Bila membaca testimoni penggunaan produk kecantikan anda naik ghairah untuk mencuba dan menggunakannya, padahal tidak tahu produk kecantikan itu selamat atau tidak.
Jika produk kecantikan yang anda pakai mempunyai 9 tanda ini, sahlah ia tidak sesuai dengan kulit anda. Jadi hati-hatilah dalam memilih produk yang selamat dan sesuai dengan kulit anda.
1. Naik jerawat
Ini tanda yang paling ketara muncul apabila produk kecantikan yang dipakai tidak sesuai dengan kulit. Wajah anda akan mula ditumbuhi jerawat yang bukan kebiasaan. Ada yang tumbuh selepas baru sekali anda memakai produk dan ada juga jerawat yang muncul hanya setelah beberapa kali anda memakai produk kecantikan tersebut.
2. Kulit terasa panas
Lapisan kulit mula terasa panas dan mengalami pedih. Ini biasa terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak ‘bekerja’ dengan baik pada muka. Rasa panas boleh menimbulkan iritasi sehingga menyebabkan timbulnya radang kemerah-merahan. Pastikan anda berhenti memakai produk ini dan dapatkan nasihat doktor.
3. Kulit kemerahan
Tanda lain produk yang anda pakai tak sesuai apabila kulit berubah menjadi kemerah-merahan. Jika anda alami masalah ini ada kemungkinan bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit anda.
4. Kulit lebih sensitif
Tidak sampai beberapa minit anda berada di luar, kulit sudah bertukar merah seperti warna kulit udang. Ia mungkin berpunca daripada produk penjagaan yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hati dengan produk yang mengandungi retinoic acid kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila anda terkena cahaya matahari.
5. Kering dan kusam
Ada beberapa produk kecantikan seperti losen badan dikatakan baik untuk melembap tapi hasilnya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang boleh menyebabkan kulit kering kesan daripada bahan sodium hidroikda yang banyak.
6. Menggelupas
Ramai yang kata, kulit menggelupas bagus kerana ia tanda tumbuhnya kulit baru atau bersalin kulit. Tahukah anda, lapisan kulit yang pertama (epidermis) amat penting bagi melindungi kulit daripada sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit anda menggelupas, apa yang akan terjadi seterusnya?
7. Gatal-gatal
Jika produk kecantikan yang anda gunakan itu membuatkan kulit gatal dan rasa tak selesa, hati-hati kerana ia mungkin tidak sesuai dengan kulit anda. Jika diteruskan bimbang ia akan merosakkan kulit. Jadi segeralah berjumpa dengan pakar kulit.
8. Kulit jadi tegang dan tertarik
Produk kecantikan yang baik dan sesuai untuk kulit wajah tidak seharusnya membuatkan kulit wajah anda rasa tegang dan tertarik. Ini biasanya terjadi jika sabun yang anda pakai tidak sesuai. Ketika wajah rasa tegang dan tertarik, kulit akan rasa kering dan pori-pori lebih besar. Untuk mengatasinya, gantilah dengan sabun yang memiliki pH seimbang.
9. Kulit jadi berminyak dari kebiasaan
Bila wajah anda menjadi sangat berminyak dari kebiasaan setelah beberapa kali menggunakan produk kecantikan, itu tandanya produk tersebut kurang sesuai dengan kulit anda. Namun, bila anda menggunakan produk kecantikan yang tidak dapat menghasilkan kelembapan, secara alaminya kulit akan menghasilkan lebihan minyak untuk menjaga keadaannya agar tidak kering.
Kulit kering membuatkan kulit wajah menjadi lebih sensitif terhadap persekitaran. Sebagai lelaki, anda jangan biarkan masalah ini terus berlarutan.Tanpa pelembap yang sesuai untuk jenis kulit korang, kulit boleh mengelupas dan tak sekata. So, kat sini admin nak recommend 10 moisturiser yang terbaik bawah RM60 untuk orang Malaysia yang mempunyai kulit kering.
1. Safi Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya
Produk keluaran Safi ni memang sesuai untuk yang berkulit kering sebab mengandungi aloe vera yang memang baik untuk korang yang mempunyai kulit yang kering. Safi Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya ni dapat melembutkan dan melicinkan kulit muka. So, korang tak payah risau lagi dengan masalah kulit kering dan mengelupas.
Harga: RM7.33/15g
2. Himalaya Nourishing Skin Cream
Produk dari Himalaya memang ternyata berkesan especially kalau kulit korang serasi dengan produk ni. Mengandungi campuran herba dan aloe vera, Himalaya Nourishing Skin Cream dapat menganjalkan kulit dan tak berminyak bila dipakai. Pelembap ni dapat berikan perlindungan pada kulit dari cuaca panas macam dekat Malaysia ni.
Harga: RM14.50/50g
3. Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Produk Organic Aid ni memang dibuat khas untuk orang yang ada kulit kering kerana bukan je melembapkan tapi dapat mengekalkan kulit supaya sihat dan berseri. Selalu kalau kulit korang kering, tambah pulak dengan cuaca yang panas terik, for sure macam sakit kan muka dan rasa tertarik. Produk ni boleh melegakan kesakitan tu, tak berminyak pun dan cepat serap.
Harga: RM19.30/28g
4. Innisfree Aloe Revital Soothing Gel
Daripada nama je kita dah tau yang produk ni memang sarat dengan aloe vera. In fact, dalam dia ada 93% aloe vera organik dari Jeju. Produk ni boleh legakan kulit muka especially kulit yang dah rosak disebabkan cuaca yang panas dan pancaran UV. Produk dari Innisfree ni pun akan provide intensive moisture pada kulit muka korang
Harga: RM36/300ml
5. L’Oreal Hydrafresh Genius Multi Active Essence Cream
Produk ni power untuk mengatasi masalah kulit kering sebab dia memang menjanjikan kelembapan kulit selama 24 jam. Dalam satu botol kecil ni je boleh hidratkan kulit dan penuh khasiat untuk make sure kulit korang smooth dan sekata. Bahan utama dalam moisturiser ni ialah air pergunungan Perancis, hyaluronic aciddan provitamin B5.
Harga: RM39.90/50ml
6. LaF Tea Tree BHA Med Secret Cream + Aquaporin
Produk LaF merupakan produk yang baru masuk di drugstore Malaysia. Walaupun baru tapi produk ni banyak dapat review yang memuaskan daripada pengguna. Sebenarnya ada tiga jenis Med Secret Cream. Tapi yang Aquoporin adalah power hydration untuk pastikan kulit korang lembap. Teksturnya pulak tak berminyak tapi berkrim, so bila pakai tak rasa berat muka.
Harga: RM41.29/50g
7. Cosmoderm Gentle Day Moisturiser
Jenama lokal ni memang dikenali dan diminati ramai sebab dapat pastikan kulit muka sentiasa lembap. Kalau korang pakai ni, kulit korang akan selamat daripada pancaran matahari sebab ada SPF 25 PA+++. Produk ni mengandungi ekstrak aloe vera dan chamonile, gamat, dan co-enzyme yang merupakan antara bahan penting untuk mengatasi kulit kering.
Harga: Rm45/30ml
8. Watsons Water 360 Intensive Moisturising Facial Cream
Produk jenama Watsons ni mengandungi enam jenis mineral yang boleh mengatasi masalah kulit kering. ia juga menguatkan dan melindungi kulit muka korang dari cuaca yang panas dekat Malaysia ni. Selain dari kasi kulit lembap, moisturiser ni dapat menghalang kedutan di muka. Water 360 Intensive Moisturising Facial Cream ni tak berapa pekat dan cepat meresap dalam kulit.
Harga: RM47.90/45g
9. Cetaphil Moisturizing Cream
Cetaphil merupakan antara produk yang dapat review baik sekali sebab produk ni berkesan untuk digunakan bagi mendapatkan kulit yang sihat. Cetaphil mosturizing cream ni memang sesuai sangat untuk korang yang ada kulit kering sebab produk ni memang dibuat untuk diletakkan pada kawasan kulit yang memerlukan intensive moisturizing. Yang bestnya, bukan je boleh pakai dekat muka, tapi boleh guna dekat badan jugak.
Harga: RM49.90/100g
10. Bio-Essence Aqua Moisturizing Gel
Pelembap jenama ni memang kaya dengan dua jenis hyaluronic acid yang terbaik dalam nak tambah dan kekalkan kelembapan kulit muka. Kiranya kulit korang akan jadi lembut dan lembap lepas pakai moisturiser keluaran Bio-Essence ni. Kalau korang nak tau memang ramai pengguna mengesyorkan produk ni sebab puas hati dengan hasilnya.
Harga: RM54.90/50g
Siapa kata kalau nak kulit cantik kena beli produk mahal-mahal je? Produk yang harga rendah pun boleh bagi kesan yang baik kepada kulit yang kering. Tapi of course lah semua pun bergantung kepada keserasian kulit dengan produk yang digunakan. Setiap kulitkan berbeza-beza. Tapi apa-apapun, korang yang ada kulit kering boleh consider nak pakai moisturiser yang mana untuk dapatkan kulit lembap, sihat dan sekata.
Sumber: Petua Ibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kartunis negara, Datuk Lat baru-baru ini mendapat penghargaan apabila Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada beliau pada...