Lelaki kurang kacak, selalu rasa rendah diri hingga dia sendiri tertekan, namun ada cara untuk pastikan anda nampak lebih meyakinkan serta kacak dalam gaya yang tersendiri melalui penjagaan penampilan.
Soal rupa sering menjadi perbualan utama dan igauan ramai lelaki sehingga boleh menjatuhkan keyakinan diri.
Lebih-lebih jika merasakan wajah kurang kacak berbanding rakan-rakan yang lain lebih segak dan kemas selain mudah didampingi.
Namun begitu jika anda merasakan wajah anda kurang hensem, anda tidak seharusnya risau sebaliknya positifkan diri untuk jadi lebih baik. Jangan risau, MASKULIN bantu anda melalui tip di bawah ini.
Dan untuk itu, ini 6 trik yang boleh anda lakukan untuk kembangkan aura dalam diri anda biar orang lain pun turut sama terpukau.
Perkara pertama yang perlu anda buat adalah merapikan rambut. Boleh guna gel atau minyak rambut lalu sisirlah rambut anda agar kelihatan kemas. Jika memiliki rambut kerinting, pakai pewangi yang khusus untuk rambut agar ia kelihatan menarik dan wangi.
2. Pakai baju ikut saiz badan
Muka tak hensem tetapi ada badan yang sedap? Apa susah, elakkan daripada pakai baju dan seluar yang longgar. Cuba beralih kepada fesyen yang lebih fit. Kalau tak ada bajet, bawa sahaja pakaian anda ke kedai jahit untuk alter. Modal baru berapa!
Ads
3. Sembur minyak wangi
Apabila berjalan di tempat umum, anda digalakkan untuk sembur sedikit minyak wangi pada tubuh anda. Bayangkan apabila anda berada dalam lif dan anda wanita tergoda dengan haruman itu, bukankan anda sudah menjadi sasaran dia? Cuma kena usaha untuk jadi lebih gentleman sikit!
Mulut adalah aset yang penting buat lelaki apabila hendak bercakap dengan orang terutamanya gadis. Mereka akan melihat gigi anda. Adakah berkerak dengan plak gigi atau bersih dan berbau harum. Boleh ambil chewing gum untuk kekalkan kesegaran mulut anda.
5. Tingkatkan daya komunikasi
Jangan biarkan rupa paras anda mempengaruhi daya komunikasi anda. Banyakkan membaca dan bergaul dengan orang ramai untuk mendapat seberapa banyak ilmu. Dari itu, anda dapat berkongsi semula knowledge yang anda miliki dengan cara yang lebih stailo untuk membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang mendengarnya!
6. Ambil aura mereka yang hensem
Belajar tiru gaya mereka. Bagaimana mereka ambil gambar, posing dan berinteraksi. Ada kalanya wanita tidak kisah sangat pasal rupa. Asalkan anda mampu buat dia rasa dihargai dan dia adalah satu-satunya pun, anda sudah kelihatan sangat hensem di matanya.
Sebab itu jangan pelik kalau jumpa, “BF muka tak siap tapi awek dia lawa beb!” Itu semua trik dan skill yang lelaki hensem pun ada kalanya tak ada!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berbeza dengan kaum wanita, aksesori untuk lelaki tidaklah banyak seperti mereka. Bagi wanita mereka boleh menyerlahkan personaliti menerusi pelbagai aksesori seperti gelang, rantai, cekak rambut, skarf dan pelbagai lagi.
Lelaki pula tak banyak pilihan. Dan satu-satunya aksesori yang paling biasa untuk lelaki ialah jam tangan.
Jika dulu jam tangan membawa fungsi sebagai pemberitahu waktu kini jam tangan lelaki sudah membawa pelbagai fungsi untuk pelbagai acara atau aktiviti.
Kelas-kelas jam seperti jam mewah, jam kasual, jam digital, jam pintar dan jam khusus buat aktiviti senaman atau larian kini ditawarkan dengan cukup banyak di pasaran.
Jika anda ingin membeli jam tangan terdapat beberapa perkara penting yang harus anda ambil kira.
GAYA HIDUP
Sekiranya rutin harian anda lebih kepada business casual, maka jam tangan kasual sesuai untuk anda. Namun, jika anda seorang eksekutif yang kerap menghadiri majlis-majlis maka dress watch pilihan anda.
KEWANGAN
Sebelum mahu membeli jam, pastikan anda mempunyai bajet yang mencungkupi. Jumlah wang penting untuk menentukan sama ada anda boleh membeli jam yang berjenama besar atau sebaliknya.
KRITERIA
Kenali kriteria jam yang anda inginkan. Adakah anda tercari-cari jam analog atau jam digital? Adakah anda memerlukan tarikh dan jam loceng? Memilih jam bukan sekadar melihat pada jenama dan harga saja tetapi beberapa faktor lain.
JENAMA
Jika anda sudah memikirkan jenama, ia memudahkan masa pencarian di gedung beli belah jam nanti. Namun, jika anda tidak mempunyai idea untuk memilih jenama apa yang digemari, rujuk majalah dan Internet untuk perkembangan jenama terkini.
BATERI
Adalah penting untuk mengetahui jangka hayat jam yang mahu dibeli. Biasanya jam tahan lama boleh membantu anda lebih berjimat kerana anda tidak perlu membeli banyak jam setiap kali rosak. Misalnya, jam yang banyak dijual di pasar malam cepat kehabisan bateri dan akan membuatkan anda kerap membeli jam lagi.
KUALITI
Jam tiruan yang kononnya terdiri dari jam berjenama semakin banyak terjual di kedai-kedai dan pasaraya. Sebaiknya, anda perlu membeli di syarikat atau pengedar yang mempunyai nama yang baik. Jika anda mampu, adalah lebih baik anda memilih satu jam yang terkenal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki suka memakai kemeja tidak kira kemeja kasual ataupun kemeja ke pejabat. Bagi memastikan penampilan anda tampak kemas dan kena dengan gaya, anda perlu bijak memilih dan memakai kemeja.
Ini ada 6 panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja yang anda perlu tahu.
1. Elak pakai kolar ketat
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar sendat dan nampak seperti tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
2. Perlu ada sekurang-kurangnya 10 kemeja
Anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja. Ia penting agar anda boleh bertukar ganti kemeja baru untuk kegunaan hari lain jika 7 helai kemeja telah anda gunakan dan hantar ke dobi. Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja di bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya 4 helai kemeja putih dan 4 helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan adalah lebih praktikal dan bijak jika anda miliki apa sahaja warna kemeja. Asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja.
3. White button down shirt satu kemestian
White button down shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar anda kelihatan segak.
4. Basuh dengan tangan
Kemeja paling elok dibasuh dengan tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika anda terlalu kerap menghantarnya ke dobi berbanding mencucinya dengan tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar anda itu sentiasa berbutang.
5. Elakkan pakai kemeja button down
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing. Elakkan memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
6. Bijak memadankan kemeja
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan ia dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap. Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik imej segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted & subtle) dan membuatkan anda tampak segak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak pernah menghadapi masalah jari melecur, atau terjatuh dari tempat yang tinggi. Tentunya hasil daripada jatuh itu, anda pasti akan mengalami luka yang sangat parah, ataupun luka kecil namun memberi kesan parut sepanjang kehidupan anda. Jika kesan parut tersebut berada di kawasan terlindung okaylah, namun jika ia berada di kawasan terdedah seperti muka atau tangan, maka anda perlu melakukan sesuatu agar tidak menerima cacian masyarakat. Dan tentunya anda tidak konfiden untuk keluar dari rumah dengan wajah berparut kan?
Lemon
Buah lemon memang sangat baik untuk kulit anda. Walaupun ia masam, namun ia boleh dijadikan penawar untuk pelbagai penyakit. Selain daripada anda menggunakan ia sebagai detox, anda juga boleh perah buah lemon ke tempat parut anda dan gosokkan isi dan kulitnya pada parut anda. Lakukan ini selama beberapa minggu dan lihat hasilnya.
Kuib Ais
Untuk anda yang gemar minum air sejuk tu, apa kata kalau anda ambik kuib ais dan sapukan pada parut anda. Walaupun petua ini tidak begitu popular, namun ia masih berkesan untuk menghilangkan parut anda, tidak begitu banyak, sikit pun jadilah.
Lidah Buaya
Lidah buaya sememangnya fames buat anda yang inginkan kulit cantik dan bersinar. Anda boleh potong dan sapukan lendir pada daun tersebut ke bahagian parut anda. Bilas selepas 10 minit. Lakukan ini selama seminggu dan lihat perubahannya.
Madu
Ia tidaklah dikategorikan sebagai alat paling berkesan untuk mengelak parut, namun anda boleh cuba. Sapukan pada kawasan berparut dan bilas selepas 5 minit. Lihat hasil dalam masa seminggu.
Serbuk Sandalwood
Serbuk ini dipercayai sangat baik untuk membasmi parut. Anda perlu campurkan air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk ini dan sapukan pada parut perlahan-lahan. Biarkan selama sejam dan bilas dengan air.
Minyak Zaitun
Titiskan minyak Zaitun ini pada kawasan berparut secara harian dan lihat hasilnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.