
Kita selalu dimomokkkan dengan tohmahan bahawa susu soya tidak baik kepada lelaki mahupun golongan wanita. Ada pendapat yang mengatakan bahawa soya boleh merendahkan kadar kesihatan seksual lelaki serta menyebabkan wanita mudah dapat kanser payudara adalah mitos.
Namun, kajian menunjukkan keputusan yang sebaliknya dengan menunjukkan terdapat kemungkinan susu soya berupaya mengurangkan risiko tersebut.
Tanpa kita sedari, sebenarnya minuman soya mempunyai lebih banyak kebaikan kepada diet anda selain menjadi pengganti susu yang baik untuk mereka yang mengamalkan diet vegan (Bebas tenusu).
BACA: Lelaki Ini Berjaya Turunkan 34 Kg Dalam Masa 4 Bulan Disebabkan Putus Cinta
Ketahui 6 kebaikan pengambilan soya dalam kesihatan lelaki.
1. Pengganti susu
Terdapat sesetengah orang yang mempunyai alahan terhadap susu. Dalam isu ini, susu soya adalah alternative terbaik untuk untuk mengekalkan kalsium bebas laktosa. Mereka yang mengalami alahan sebegini digelar Lactose Intollerant di mana golongan ini tidak boleh mencerna laktosa yang terdapat dalam susu hingga menyebabkan mereka cirit-birit & muntah.
2. Mengurangkan berat badan
Susu soya mengandungi purata lemak yang rendah dan tinggi protein, ia membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan lebih berkesan jika ia diambil tanpa penggunaan gula tambahan.
3. Bantu ubati masalah kulit
Disini ia tidak bermaksud mencerahkan kulit anda, namun ia amat bermanfaat dalam mengurangkan hiperpigmentasi atau kondisi kegelapan kulit bertompok. Selain itu, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-penuaan.
4. Mengurangkan risiko kanser prostat
Soya berperanan sangat penting untuk mengurangkan formasi testeron lelaki kerana ia kaya dengan hormon phytoestrogen.
5. Mengelak osteoporosis
Semakin umur kita meningkat, semakin tinggi risiko osteoporosis menyerang badan kita. Ketika ini tulang di badan semakin lemah disebabkan faktor penuaan. Soya mengandungi hormone phytoestrogen dengan meningkatkan penyerapan kalsium untuk mengelakkan kehilangan jisim tulang.
6. Meningkatkan fungsi imun tubuh
Ia kaya dengan protein yang membantu meingkatkan imuniti tubuh serta mengurangkan rasa letih. Soya juga berupaya menjadi penyumbang protein dan mengelak kolesterol dari pemakanan daging.
BACA: Selain Kulit Cepat Kendur, Ini 5 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Protein Yang Cukup Dalam Badan
7. Makanan untuk bijak
Soya mempunyai kandungan lechitin untuk membekalkan nutrisi penting untuk otak. Ia membantu pesakit Alzheimer serta meningkatkan fungsi saraf otak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rupanya Makan Kacang Kuda Bagus Untuk Diet Super Jimat Orang Nak Kurus!

Siapa sangka kacang kuda yang anda sering lihat di kawasan Rehat & Rawat (R&R) atau kebanyakan pasar malam, rupa-rupanya menjadi sebahagian daripada diet sihat.
Jika anda dalam misi menurunkan berat badan, jadikan kacang kuda sebagai makanan diet yang boleh anda manfaatkan untuk kurus.
Seorang coach yang dikenali sebagai Syai Aizat berkongsikan tentang khasiat kacang kuda untuk kurus bersama resipi merebus kacang kuda. Jangan lupa senaraikan kacang kuda ini dalam menu diet harian anda.
BACA: 15 Tip Diet Sihat Saranan Dr Hamid Arshat Untuk Kurus & Elak Berat Badan Mudah Naik!
KACANG KUDA BANTU UNTUK KURUS
Wow!!!! berita baik buat si penggemar kacang kuda ni.
Antara manfaat kacang kuda adalah:
1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah
Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.
2. Meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan
Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat.
Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.
3. Membantu proses pencernaan disebabkan kandungan serat yang tinggi
Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5% daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.
Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.
4. Memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan
Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B.
Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.
5. Sumber utama protein berasaskan tumbuhan
Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga.
Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.
BACA: Selain Buang Angin, Air Kurus Viral Guna Bahan Dapur Ini Boleh Turunkan Berat & Wangikan Badan!
Saya share cara nak rebus kacang rebus. Mana tahu ada yang tak tahu caranya.
BAHANNYA:
1. Kacang kuda dibasuh dan direndam hingga kembang.
2. Sedikit garam.
3. Air secukupnya untuk merebus.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang kuda, tuang air secukupnya. Masak guna api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan renehkan. Sekiranya semasa merebus airnya kurang, sila tambah lagi. Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.
Kacang rebus cara di atas lulus untuk membantu anda kurus tau bukannya yang dah disalut sambal yer.
Sila tag dan share tentang info manfaat kacang kuda ini.
BACA: Kalau Nak Maintain Kurus & Diet, Pastikan Anda Tahu Waktu Penting Bila Nak Makan!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Senaman Jari & Tangan Selepas Lama Menggunakan Telefon Pintar

MASKULIN difahamkan hampir setiap syarikat telekomunikasi menawarkan data Internet secara percuma dalam kuota tertentu buat pengguna mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Kita ada 9 hari lagi untuk mengharungi tempoh ini yang berakhir pada 31 Januari 2020. Jadi tidak hairanlah penggunaan Internet menerusi penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian sekarang sangat tinggi.
Selain ingin menghabiskan masa terluang kita juga tidak ingin ketinggalan mengikuti perkembangan semasa tentang usaha kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani penularan wabak Covid-19.
Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.
Jadi kali ini MASKULIN ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa cara melakukan senaman jari dan tangan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.
1
Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.
2
Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.
3
Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.
4
Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.
5
Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
6
Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Kredit: WebMD
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Botak Sebenarnya Lebih Popular

Jangan salahkan genetik atau keturunan jika anda tergolong di dalam kelompok yang berkepala botak. Walaupun ramai yang mengaitkan masalah ini akibat keturunan, faktor lain juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Terdapat kajian dari sekumpulan penyelidik Perancis yang diketuai oleh Dr Philippe Giraud, iaitu penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris, bahawasanya lelaki yang mula botak diawal 20 tahun dikatakan berisiko atau petunjuk awal kanser prostat.
Berbanding lelaki yang mula botak di usia 30 ke atas, masalah botak adalah dianggap biasa kerana faktor genetik, pemakanan dan stres kerana pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih, tetapi ia boleh dianggap satu masalah yang besar kerana jika tidak dibendung, selama-lamanya anda tidak mempunyai rambut. Selain faktor genetik, penggunaan bahan kimia di dalam produk seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Pemakanan yang tinggi MSG (monosodium glutamat), masalah kulit kuat berpeluh, berminyak dan banyak fikir turut menyumbang kepada keguguran rambut.
Botak seksi? Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Ramai lelaki botak ternyata mempunyai tarikan yang luar biasa.
1. Lelaki botak lebih kemas
Memiliki rambut tetapi kalau gugur pun boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu ‘serabut’ dengan masalah ini. Tidak perlu risau pada rambut yang gugur merata-rata sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang keliling. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan. Ini kerana mereka tidak perlu ‘ribut’ dengan gel rambut dan sebagainya.
2. Lelaki botak kelihatan lebih sasa
Bruce Willis, Vin Diesel, Jason Statham, dan Samuel L. Jackson semua aktor Hollywood ini nampak lebih sasa setiap kali beraksi dengan gaya lelaki botak atau rambut pendek berbanding lelaki-lelaki yang mempunyai rambut panjang atau diikat. Pelakon botak sering diberi peranan hero dalam filem-filem aksi atau superhero.
3. Botak simbol kedewasaan
Kebanyakan lelaki botak menampakkan fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Ini mungkin kerana semakin kurang rambut atau botak seorang lelaki itu, semakin jelas identiti gendernya dibandingkan lelaki berambut panjang atau kerinting. Memang secara logik sebenarnya tidak terlalu ada kaitan mengenai potongan rambut dengan kematangan, namun lelaki botak nampak tidak ‘main-main’ dan bertanggungjawab.
4. Lelaki botak tidak cerewet dengan penampilan
Biasakan melihat lelaki yang ‘pantang’ jumpa cermin asyik mahu membetulkan rambut sahaja? Sama juga seperti wanita, lelaki berambut akan terdorong untuk sentiasa memeriksa dan membetulkan rambutnya takut kusut. Beza dengan lelaki botak yang tidak perlu risau hal itu. Kebiasaan dengan kepala yang tidak banyak perawatan, mereka cenderung memilih hal yang ringkas dan tidak cerewet dengan penampilan.
5 . Rambut yang sedikit Menyerlahkan ‘Aset’ Yang Lain
Dengan rambut yang sedikit atau botak, anda lebih mudah melihat ekspresi mereka. Matanya, senyumnya, raut wajahnya, sehingga mampu dilihat dengan jelas bahasa tubuh dan apa yang dia bicarakan.
6. lelaki Botak Lebih Percaya Diri
Dengan kepala yang tanpa beban, gaya dandan yang ringkas dan personaliti yang lebih dewasa, mereka tampak lebih percaya diri. Lelaki botak punya percaya diri yang tinggi dan itulah yang membuat mereka nampak lebih seksi!
RAWATAN
Terpulang pada anda jika anda sanggup untuk berhabis wang ketika mengunjungi pusat pakar rawatan rambut. Setakat ini, Malaysia ada menyediakan rawatan menanam rambut (hair transplant) di mana teknik pembedahan kecil dilakukan. Doktor akan membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk mengambil rambut dan kemudian dijahit semula. Rambut yang diambil tadi akan diproses sebelum ditanam di kulit yang tiada rambut.
Namun, jika anda mahukan rawatan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan, anda perlu rajin menjaga kesihatan kulit kepala. Guna syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Pengambilan makanan yang berkhasiat juga perlu diambil kira kerana sumber makanan membantu kulit kepala mendapat protein. Kaedah mengurut kulit kepala dan mengelakkan stres juga boleh membantu anda dari terus keguguran rambut.
PETUA
Tidak ada salahnya jika anda mahu mengikuti petua orang dulu-dulu untuk menyubur dan melebatkan rambut. Air bawang merah, bawang putih atau halia boleh disapu ke kawasan kulit kepala dan dibiarkan semalam untuk menyuburkan rambut. Daun bunga raya yang ditumbuk hancur pula boleh melebat dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Daun inai juga dikatakan boleh menguatkan akar rambut di samping melebatkan rambut yang nipis.
Biar apa pun punca dan kaedah rawatan yang anda ikuti, semuanya terpulang kepada tahap kerajinan anda. Jika anda bersungguh-sungguh mengikuti rawatan dan petua yang diberikan, ia mungkin membawa berita baik. Percaya atau tidak, lelaki berkepala botak kini bukan lagi insan tersisih sebaliknya semakin laris ‘di pasaran’!
Punca Masalah Lelaki Cepat!
1. Tekanan
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
2. Corak kebotakan rambut lelaki
Walaupun ada banyak sebab berbeza mengenai keguguran rambut, tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki, atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
3. Ikat rambut terlalu ketat
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
4. Trichotillomania
Trichotillomania adalah nama yang diberikan kepada kebiasaan mencabut atau menarik rambut dari kepala atau bahagian badan yang lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada Trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau sebagai gangguan obsesif-kompulsif, tetapi hasil akhir adalah sama. Lama kelamaan, banyak kawasan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula, tetapi dengan tabiat Trichotillomania yang berlebihan dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kepada kehilangan rambut kekal.
5. Hipotiroidisme
Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran pelbagai hormon. Hipotiroidisme adalah kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan adalah punca yang paling biasa kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata (yang boleh menjejaskan seluruh badan dan bukan hanya kepala). Hipotiroidisme adalah disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
6. Penyakit autoimun
Jika anda mempunyai diabetes atau mempunyai artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang timbul apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan penyelenggaraan yang lain, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis, termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) danTelogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu).
7. Jangkitan kuman
Walaupun beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada keguguran rambut, jangkitan yang paling biasa yang memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tinea capitis, adalah disebabkan oleh kulat dipanggil dermatophytes yang hidup di dalam keadaan yang panas, lembap dan biasanya muncul di tempat yang kotor. Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut anda, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat/kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.
8. Kemoterapi
Sel-sel kanser biasanya membahagi dan berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Apa yang menyebabkan kemoterapi begitu berkesan dalam menghentikan kanser adalah bahawa ia menghentikan sel-sel yang berkembang pesat. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat juga seperti di folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser di luar sana, keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi adalah tidak tepat. Kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
9. Kurang zat/vitamin
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI