Zaman sekarang ramai lelaki yang suka tidur lewat. Ada yang melayan YouTube, lepak bersama kawan dan tidak kurang juga bermain games seperti Mobile Legends dan PUBG.
Kesannya, anda akan berasa mengantuk pada waktu siang terutamanya pada sebelah petang di tempat kerja.
Kena pula kalau pejabat itu sunyi, sejuk.. fuhh.. dugaan benar pada mata yang semakin kelat itu.
Namun demikian, Maskulin tahu anda masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi apa kata lakukan 8 tips ini untuk hilangkan rasa mengantuk anda :
1. Minum air kosong atau air suam
Antara faktor yang membuatkan anda cepat mengantuk adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.
2. Segera ke sinki dan basuh muka
Ads
Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia sangat berkesan.
3. Hidu bau-bauan aromaterapi
Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.
4. Dengar muzik yang sesuai
Ads
Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu yang boleh mendodoikan anda pula!
5. Lakukan senaman ringan
Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.
Ads
6. Pandang pokok-pokok berwarna hijau
Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.
7. Tarik dan hembus nafas sedalam-dalamnya
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.
8. Tidur dengan cukup
Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai antara anda yang gemar dengan makan lewat tengah malam. Ini kerana tidur lambat punca perut anda merungut untuk makan. Mungkin ada antara anda yang tidak endahkan perut anda tu, namun segelintir akan menikmati makan malam tambahan walaupun itu bukan masa makan anda. Lebih teruk lagi apabila anda terus tidur setelah menikmati makan tambahan itu. Ini akan membuatkan sistem penghadaman anda tidak teratur, dan badan anda akan mula berisiko untuk mendapat kanser.
Para saintis Sepanyol telah mendapati bahawa orang yang sering makan makan malam selepas 9 malam, atau kurang dari dua jam sebelum tidur, mempunyai 25 peratus risiko kanser payudara atau prostat.
Pasukan itu, dari Institut Kesihatan Global di University of Barcelona, berkata ia terjadi akibat seseorang itu gemar dengan makan lewat malam membuatkan metabolisme tubuh seseorang itu terpaksa bekerja walhal ia masa untuk tidur.
Menurut kajian, mereka yang mendapat penyakit ini biasanya dari kalangan pekerja shift seperti jururawat, doktor mahupun pekerja kilang. Ini kerana rutin harian mereka beralih hampir setiap waktu menjadikan sistem dalaman tubuh seseorang sukar untuk bekerja dengan baik.
Jenis kanser ini berkait rapat dengan isyarat hormon dan sering dirawat dengan terapi testosteron atau estrogen. Hormon adalah bahan kimia yang menyebabkan kita mengantuk, lapar dan tertekan kerana ia berkait rapat dengan rutin harian hari-hari.
Antara punca perkara ini terjadi daripada majikan yang memaksa seseorang menyiapkan kerja mereka sehingga lewat malam dan ini menjadikan seseorang itu mudah sakit akibat sistem imunisasi yang berbeza-beza setiap orang.
Menurut Independent, Dr Manolis Kogevinas pengarang utama kajian yang diterbitkan dalam Journal of International Cancer menyimpulkan kajian mereka dengan pematuhan pola makan berkaitrapat dengan risiko kanser yang lebih rendah.
Mereka mengkaji 1,800 pesakit kanser payudara atau prostat Sepanyol, serta lebih daripada 2,000 orang yang tidak terjejas oleh penyakit itu, tentang pola makan dan tidur mereka, dan langkah-langkah yang mereka ambil untuk menjaga kesihatan. Dalam kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa makan makanan ringan tengah malam punca anda cenderung kepada kanser.
Jangan ambil mudah ye gais!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang ingin medapatkan badan yang tegap, salah satu bahagian yang penting ialah bahu. Tapi apakah senaman yang terbaik untuk membina otot bahu?
Di antara senaman yangs ering dilakukan oleh ramai penggiat aktiviti kecergasan ialah ‘shrugs’.
Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:
LEHER DI KEDUDUKAN NEUTRAL
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
TANGAN YANG LURUS
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.
Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
RAPATKAN TANGAN
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!
Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar kereta bengkak, jangan pandang remeh, boleh undang bahaya! Pernah tak satu hari masa tengah nak keluar rumah, tiba-tiba nampak tayar kereta ada benjolan pelik kat tepi? Kalau ya, itu tanda tayar kereta anda sudah bengkak dan ini bukan benda kecil yang boleh tunggu.