Ini 9 Perbezaan Antara Perfume Palsu & Original, Sila Hadam Untuk Elak Ditipu

Share

 

Pernah tak korang kena tipu pasal perfume ni. Yelah beli mahal-mahal dengan harapan wangian yang dibeli itu original, tapi selepas beli dan pakai baru tahu sebenarnya anda telah di tipu.

Selain daripada jeans Levis dan sunglass jenama Ray-Ban ataupun Oakley, ramai yang menjadi mangsa penipuan semasa membeli perfume di luar sana. Jadi, sampai bila mahu menjadi mangsa, berikut merupakan cara-cara mudah mahu membezakan perfume yang original dengan palsu.

 

1. Periksa Kotak Dan Bungkusan

Bungkusan pada kotak yang original lebih kemas berbanding dengan palsu. Walaupun tidak ketara, namun sekiranya diperhatikan betul-betul, pasti anda dapat melihat perbezaannya ini.

 

2. Jahitan Yang Kemas

Sekiranya jahitan pada pembungkus plastik kelihatan tidak kemas dengan lebihan gam yang ketara, maka secara automatiknya perfume yang anda beli itu tidak original.

 

3. Papan Kertas

Kotak perfume yang original diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dengan tujuan untuk melindung botol perfume itu daripada sebarang kerosakan.

Di dalam kotak ini, terdapat sebuah papan yang memastikan botol perfume itu kekal pada kedudukannya. Warna papan ini sepatutnya berwarna putih dan bukannya kelabu.

 

4. Label Dan Tulisan Pada Kotak

 

 

Sekali imbas, kedua-dua kotak ini kelihatan serupa tanpa sebarang perbezaan yang ketara. Namun sekiranya diperhatikan betul-betul, anda akan dapat melihat sendiri kekemasan pada tulisan di kotak ini.

Tulisan pada kotak palsu kelihatan tidak kemas dan sedikit serabut. Selain itu, pastikan segala maklumat yang tertera pada kotak itu, serupa dengan apa yang anda jumpa di internet.

 

5. Rekaan Botol

Perbezaan ini merupakan yang paling mudah untuk dikesan, terutamanya di kalangan mereka yang benar-benar meminati perfume.

 

6. Warna Perfume

Warna perfume yang original kelihatan sedikit pucat berbanding dengan yang palsu.

 

Bukannya disebabkan perfume original menggunakan bahan yang kurang berkualiti, sebaliknya perfume palsu menggunakan banyak bahan pewarna bagi menjadikan warnanya sedikit gelap.

 

7. Penutup Botol

Penutup botol perfume yang original adalah semetri tanpa sebarang ralat.

8. Nombor Siri

 

Nombor siri patut tertera dengan jelas pada bahagian bawah botol dan bukannya digam. Selain itu, nombor siri pada botol perfume ini wajib serupa dengan nombor yang tertertera pada kotaknya.

 

9. Botol

 

Terakhir, lihat pada keadaan botol perfume itu. Perfume yang original memiliki bentuk botol yang sempurna dan rata tanpa sebarang cacat-cela, sekiranya ada, segaralah tukarkan pembelian anda dengan yang baru ataupun laporkan sahaja kepada pihak KPDNKK.

 

Sumber : Taiko Tai 

Published by
Ruziana Zainal