Bukan lagi alasan, buat sofa workouts di rumah pun anda masih boleh buang lemak di perut. Malah sofa workouts ini juga boleh buat sambil anda santai-santai menonton tv kerana ia mudah nak buat dan tak ambil masa lama.
Jadi anda tak boleh lagi kasi alasan susah nak bersenam. Tanpa peralatan khusus atau ke gym pun anda boleh jadikan sofa workouts ini sebagai alternatif untuk anda bersenam.
Nak buat sofa workouts dan buang lemak di perut? Ini 9 caranya.
Senaman 1 : Cycles
Senaman 2 : Knee Ups
Senaman 3 : Leg Raises
Senaman 4 : Reverse Crunch
Senaman 5 : Leg On Coach Crunches
Senaman 6 : Hip Trust
Senaman 7 : Cross Crunch
Senaman 8 : Reach and Touch
Senaman 9 : Cross Leg Reverse Crunch
Tak perlu nak tunggu hujung minggu untuk buat sofa workouts ini. Boleh buat di waktu malam ketika anda sedang menonton tv. Jika anda ikut senaman ini langkah demi langkah secara konsisten, tidak mustahil anda mampu buang lemak di perut dan miliki perut rata yang anda idam-idamkan selama ini.
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Workout Ini Selesaikan Masalah Lelaki Sukar Dapat Dada Seksi Yang Berketak!
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai lelaki masuk ke gimnasium untuk mencuba segala jenis workout bagi mendapatkan tubuh idaman.
Selain mahu membina six pack dan lengan yang berurat, lelaki turut mahu membina dada besar yang seksi serta berketak.
Bukan apa.. sebabnya, ada wanita yang boleh jadi merenyam dan kalaulah dia dapat baring dekat dada yang super itu, pasti dia terbuat dek mimpi!
Jadi apa caranya?
Untuk menyelesaikan masalah itu, Maskulin berkongsi beberapa steps workout dan diharap ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan macho :
1. Chair Dips
Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.
Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi
2. Rotation Pushup
Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.
3. Pull Up
Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.
Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.
Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.
4. Plyometric Push Up
Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.
Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Badan Besar Sebelah, Ini Teknik Dapatkan Postur Seimbang
Apabila sebelah otot kaki atau tangan lebih kuat dan besar berbanding dengan otot di sebelah lagi, anda sebenarnya sedang mengalami otot tidak seimbang ( imbalance muscle) . Sekiranya anda lebih gemar melakukan senaman seperti chest press dan push up tanpa melakukan senaman rowing, deadlift serta arm dumbell row, peluang untuk mendapat otot tidak seimbang adalah tinggi. Ini kerana otot di bahagian dada anda akan lebih kuat dan besar berbanding otot belakang tubuh badan. Begitu juga dengan kekuatan kaki dan badan perlulah seimbang.
Keseimbangan otot , kekuatan, fleksibeliti pada postur tubuh badan amat penting bagi mengelakkan kecederaan sendi. Mereka yang gemar melakukan senaman dua hala pergerakan ( 2 sided moves ) seperti menggunakan barbell akan mendapat peluang otot tidak seimbang. Untuk pengetahuan anda, dominan otot akan menggunakan lebih kekuatan berbanding bukan dominan secara tidak langsung otot yang dibina tidak seimbang.
Bagi mengelakkan otot tidak seimbang, anda perlu mempelbagaikan senaman untuk semua kumpulan otot dan melakukan regangan selepas bersenam. Berikut antara contoh senaman untuk menyeimbangkan otot kiri dan kanan anggota tubuh badan anda. Biasakan melakukan senaman unilateral dengan menggunakan dumbbell berbanding barbell atau melakukan senaman satu bahagian ( side by side ).
Single leg deadlift
-Kebiasaannya ramai yang melakukan deadlift menggunakan barbell. Besar kemungkinan mereka menggunakan otot dominan lebih banyak. Kali ini, biasakan melakukan deadlift dengan satu kaki dan satu dumbbell.
-Letakkan semua beban pada tumit kaki, pastian dumbbell sentiasa rapat pada kaki anda. Apabila anda sudah seimbang, mulakan pergerakan seperti biasa.
-Anda yang tidak seimbang akan nampak jelas apabila melakukan senaman ini.
Single hand dumbbell chest press.
-Apabila anda biasa melakukan chest press dengan menggunakan kedua-dua dumbbell, otot dan kekuatan tidak seimbang pada dada anda akan jelas kelihatan. Cuba lakukan senaman ini, ia bukan sahaja membina otot dada malah kekuatan pada bahagian abdominal.
-Baring di lantai, buka tangan dengan lebar supaya anda lebih seimbang dan mulakan pergerakan.
Pistol squat / single leg squat
-Ia amat mencabar bagi mereka yang jarang melakukan senaman kaki. Cuba lakukan dengan duduk di kerusi dan berdiri dengan sebelah kaki sahaja.
-Apabila anda sudah biasa melakukannya, cuba buat tanpa menggunakan kerusi. Letak tangan anda di hadapan supaya lebih seimbang.
Single leg step up with dumbbell
-Senaman ini bukan sahaja membina otot pada quadricep serta hamstring, fokus utama juga adalah untuk membina keseimbangan serta kekuatan otot pada kedua-dua bahagian otot kaki di samping kekuatan pada abdominal.
-Anda yang kurang keseimbangan, mulakan senaman tanpa menggunakan dumbbell kemudian beralih menggunakan dumbbbell.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Orang Kurus Pun Boleh Bina Otot. Caranya, Buat 3 Senaman Efektif & Selamat Ini!
Isi Kandungan
ToggleRamai orang kurus yang nak ada badan berotot. Tapi bila mengenangkan berat badan kurang, anda rasa seolah-olah tiada harapan untuk membina otot.
Sebenarnya ada senaman efektif dan selamat yang orang kurus boleh buat kalau nak badan cepat berotot.
Sebelum memulakan senaman, anda ambil makanan tambahan protein iaitu whey. Ini kerana menurut kajian, whey didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk orang kurus seperti anda.
Ini 3 senaman yang boleh anda buat untuk dapatkan badan berotot.
1. Dumbbell squat
- Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman.
- Tangan berada pada laras bahu. Jangan melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
- Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada.
- Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
- Lakukan 6-8 kali bagi membina kekuatan badan.
- Jika anda ingin memberikan tumpuan kepada kekuatan otot.
- Buat 3 set dalam kiraan 12-15 kali.
2. Chest flyes
- Duduk dalam posisi yang selesa.
- Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
- Kemudian halakan pemegang ke hadapan. Pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
- Buat secara berulang kali dalam kiraan 8-12.
- Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin membentuk kelebaran dada.
3. Dumbbell press
- Baring dalam posisi yang selesa.
- Angkatkan dumbbell ke atas perlahan-lahan.
- Buat 3 set dalam kiraan 12-15 kali.
- Senaman ini berfungsi untuk mendapatkan kelebaran dada terutamanya di bahagian atas.
Semoga dengan senaman ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan dan menyelesaikan masalah anda dalam membina badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI