Gaya tersendiri menjadi kunci ketika memakai kasut yang anda suka. Ada yang formal, kasual, sporty dan hipster, semuanya berlandaskan kepada identiti masing-masing.
Namun, kasut bukanlah sekadar kasut ataupun pelengkap gaya. Ia lebih dari itu. Sebelum membeli, jom tahu 7 trik pakai kasut ini. Ingat, jangan main sarung je!
Jangan jadikan sandal sebagai kasut harian anda untuk ke bandar atau berjumpa dengan si dia. Elak mengeluarkan kata-kata seperti, “I have no sense of style”.
Inilah masanya untuk anda mengubah keseluruhan penampilan. Lupakan seketika sandal Crocs, Nike slides mahupun Reef flip-flops anda. Sebaiknya sarungkan kasut ala formal yang menjadikan anda lebih bergaya dan matang. Kan lebih stailo!
Kajian mengatakan bahawa wanita lebih sukakan lelaki yang memakai kasut kulit. Ini kerana bagi wanita, lelaki yang memakai kasut kulit lebih maskulin dan tampak lebih moden.
Kasut kulit juga menjadikan anda lebih formal, sesuai digayakan dengan apa-apa baju dan juga aksesori. Malah dengan menyarungkan kasut kulit, ia menyenangkan anda untuk pergi ke mana-mana majlis atau acara kerana kasut kulit sesuai dipakai pada bila-bila masa.
Anda mungkin menganggap dengan memakai kasut jenis boots mampu menampakkan anda lebih manly, confident, protective and seksi. Sebenarnya, pemakaian boots menjadikan gaya fesyen anda ketinggalan zaman, lebih-lebih lagi boots anda itu jenis yang sedikit lama.
Anda jangan jadikan boots sebagai kasut wajib yang ada di wardrobe. Salah tu! Anda akan kelihatan seperti lagak cowboy jika terlalu obsesi dengan boots, selain boleh mengganggu gaya fesyen anda.
Jenama Vans dan Converse dikira OK untuk anda yang gemarkan gaya “stylish casual”. Tetapi jika anda menyarungkan kasut jenis athletic (sukan) seperti kasut mendaki ataupun aktiviti lasak, anda telah menyebabkan wanita tidak lagi memandang ke arah anda.
Jika anda seorang kaki sukan, jangan jadikan alasan untuk anda memakai kasut ke gym saat ingin makan malam bersama si dia. Sekurang-kurangnya, pakailah kasut sneakers yang menjadikan gaya anda lebih sporty dan hipster.
Tidak bermaksud jika anda membeli kasut yang mahal, ia melambangkan gaya fesyen anda. Sama sekali tidak benar! Anda seharusnya bijak bermain dengan rekaan dan juga harga.
Ada sahaja kasut harga mahal yang tidak menepati cita rasa anda. Malah, kasut yang murah itu sebenarnya lagi sesuai dan anda lebih selesa memakainya. Oleh itu, jadilah pembeli yang bijak!
Anak muda khususnya kerap kali berfikir bahawa kasut yang sedikit bereksperimentasi ataupun sedikit stail menjadikan mereka tampak feminin. Tahukah anda, wanita lebih sukakan lelaki yang stylish dan dressy. Bagi wanita, lelaki yang berkasut kulit lebih manly dan maskulin.
Ia mampu membuatkan lelaki tampak lebih sexually experienced, more mature dan seorang yang better untuk melindungi wanita. Jadi usah takut untuk cuba sesuatu yang baru. Remember, looking nice and put together is the outward expression of inner confidence. And for women, confidence is the manliest of masculine virtues.
Sesetengah lelaki berfikir bahawa mereka harus berpakaian kasual dan cool untuk berjumpa orang ramai terutamanya apabila pertama kali keluar dengan si dia. Anda hanya melepaskan peluang keemasan anda!
Seharusnya anda letakkan nilai intergriti dalam pemakaian khususnya saat menyarungkan kasut. Tunjukkan kesungguhan anda kepada orang ramai untuk anda tampil segak dan bergaya dengan memakai kasut yang elok dan smart! Anda pasti tidak akan rugi apa-apa!