Aktiviti mendaki sama ada bukit ataupun gunung sememangnya menyeronokkan. Jadi tidak hairlanlah jika aktiviti mendaki semakin digemari ramai.
Walaupun pada mulanya anda rasa terseksa kerana terpaksa menghadapi laluan sukar menuju ke puncak, namun pemandangan indah di atas membuatkan anda lupa dengan kepenatan yang anda harungi ibarat bertarung nyawa untuk sampai ke atas.
Untuk memastikan stamina sentiasa beraa dalam keadaan baik, lakukan persediaan fizikal seperti senaman yang sesuai untuk membiasakan tubuh anda.
Elakkan daripada terus mendaki tanpa membuat persediaan kerana dikhuatiri badan anda akan terkejut hingga sakit.
Berikut adalah senaman yang sesuai untuk anda lakukan supaya badan bersedia untuk hari sebenar ketika mendaki.
Ambil dumbbell mengikut berat yang anda mampu dan pegang ia di hadapan dada anda. Buka sedikit kaki anda dan turun ke bawah hingga keadaan punggung anda dalam keadaan mencangkung. Guna sedikit tenaga untuk berada dalam posisi awal iaitu berdiri. Ini dikira sebagai 1 rep. Ulang langkah ini mengikut kemampuan dan tambahkan beban pada dumbbell untuk mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan.
2. Step-Ups
Senaman ini paling mudah dilakukan, anda tidak perlu ke gym kerana ia hanya menggunakan objek yang ada di sekeliling rumah. Cari permukaan yang tingginya lebih kurang 10-16 inci. Caranya adalah, naikkan kaki kanan ke atas permukaan dan gunakan kekuatan otot kekuatan kaki untuk menaikkan kaki kiri ke atas permukaan. Selepas itu, gunakan kaki yang sama untuk turun ke bawah dan ulangi langkah tersebut dengan selang selikan antara kaki kanan & kiri.
3. Downhill Lunges
Ads
Senaman ini sesuai ketika anda menuruni bukit, beza ketika menaik, anda akan berjalan dengan perlahan kerana melawan hukum graviti, namun apabila turun dari puncak, anda akan rasa sedikit laju. Kalau tidak bersedia, pasti lutut anda akan sakit. Jadi, bersedia dengan senaman ini untuk memudahkan proses menurun bukit.
Sekali pandang nampak macam tiada kena mengena senaman ini dengan aktiviti hiking. Namun, harus diingat senaman ini bertujuan untuk membina kekuatan core atau otot bahagian atas badan. Anda pasti akan membawa backpack, jadi senaman ini membantu menguatkan otot di bahagian belakang serta atas badan. Caranya cari alat senaman pull up Bar, pegang bar tersebut sambil lengan dibuka luas dan guna otot di perut untuk menaikkan lutut hingga menyentuh dada anda. Kawal pergerakan ketika menurun untuk ulangi rep ini mengikut kemampuan anda.
5. Kettlebell Dead Lift
Ini juga salah satu senaman yang penting untuk aktiviti hiking. Hanya gunakan dumbbell dengan berat sederhana sebagai permulaan. Berdiri tegak kaki menghadap hadapan. Tangan anda memegang dumbbell dan turunkan punggung secara 90 darjah sambil posisi dumbbell dikekalkan kedudukannya. Naik semula ke posisi asal iaitu berdiri tegak untuk lengkapkan satu pusingan. Ulangi langkah yang sama mengikut kemampuan untuk membina stamina anda.
6. Guna peralatan stairmaster
Bila segalanya sudah dibuat, tiba masa untuk biasakan lutut anda dengan menggunakan peralatan stairmaster. Jika anda tidak mahu ke gym, gunakan tangga di rumah jika anda tinggal di rumah high rise atau cari tangga di kawasan rekreasi untuk bersenam.
Jadi selamat mencuba, semoga aktiviti hiking anda berjalan dengan lancar selepas berjaya mempersiapkan diri dengan senaman ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bisul selalunya terjadi bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar.
Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Bisul boleh timbul pada mana-mana bahagian tubuh tetapi yang kerap muncul adalah di muka, leher, ketiak, punggung atau paha termasuk kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.
Namun awas! Bisul ini tidak boleh dipecahkan dengan cara mencucuknya menggunakan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria.
Cara yang lain, anda boleh buat dengan menggunakan 8 tip ini :
1. Tuam dengan tuala panas
Ambil tuala bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perah dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul di antara lima hingga 10 minit. Lakukan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Kaedah tuaman ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
2. Cuci dengan sabun antibakteria
Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.
3. Sapu krim antibakteria
Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
4. Jaga kebersihan diri
Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.
5. Rawat luka dengan segera
Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.
6. Elak duduk terlalu lama
Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.
7. Jangan kongsi tuala
Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
GOUT BERLAKU DISEBABKAN OLEH URIK ASID YANG BERLEBIHAN DALAM DARAH. MENDAPAN KRISTAL URIK ASID (MONOSODIUM URATE) PADA PERSEKITARAN SENDI ATAUPUN DI DALAM SENDI MENIMBULKAN KERADANGAN YANG BOLEH MENYEBABKAN SAKIT SENDI. METABOLISME DAN PENGENDALIAN URIK ASID YANG TIDAK SEIMBANG, SAMA ADA PENGELUARAN YANG BERLEBIHAN ATAU KEGAGALAN BUAH PINGGANG UNTUK MENYINGKIRKANNYA, MENGAKIBATKAN URIK ASID YANG BERLEBIHAN.
KERANGAN
Perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6 auns sehari. Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.
DAGING MERAH
Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.
AYAM BELANDA
Ayam Belanda dan angsa mengandungi kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi, elakkannya! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan paling selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.
MINUMAN MANIS
Elakkan meminum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.
HERRING
Elakkan sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk dimakan oleh anda.
ASPARAGUS
Asparagus, bunga kubis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.
HATI
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang tertanya-tanya, bolehkan kita melakukan senaman sepanjang bulan puasa?
Jawapannya, mengapa pula tidak boleh!
Melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika berpuasa tidaklah semudah yang kita bayangkan. Namun, jika kita mengikuti panduan dan langkah yang baik diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Salah satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa.
Waktu terbaik melakukan senaman ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
BAGAIMANA PULA SENAMAN INTENSITI TINGGI?
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Antaranya ialah risiko kecederaan otot, pengsan, serangan jantung dan masalah kesihatan lain yang tidak berbaloi untuk kita menanggung risikonya.
Oleh itu lakukanlah senaman yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemampuan diri di sepanjang bulan Ramadan.
Stay home & stay safe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.