Jaket merupakan antara outerwear lelaki yang popular. Jika dahulu, ia berfungsi sebagi pelindung kepada tubuh dari hujan atau panas, namun peranannya dikembangkan hingga menjadi salah satu outfit yang melengkapi gaya lelaki.
Selalunya orang badan besar bermasalah untuk bergaya. Namun jangan bimbang kerana ada trik untuk orang badan besar boleh gayakan dengan yakin bersama jaket pilihan.
Terdapat sedikit perbezaan bagi lelaki berbadan besar menggayakan jaket berbanding lelaki bertubuh ideal. Selain tujuan untuk bergaya, ia juga boleh menyembunyikan sedikit figura berbadan besar yang anda miliki.
Ini 5 triknya.
Jika anda memilih jaket yang terlalu besar, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar dari bentuk tubuh asal. Sebaliknya jika anda membeli jaket yang terlalu fit, ia akan membuatkan tubuh anda nampak sendat kerana ia bakal menampakkan segala lipatan yang ada pada tubuh badan. Jadi penyelesainya, pakailah jaket yang ukurannya lebih kurang dengan tubuh badan anda.
Lebih baik memilih jaket berwarna gelap daripada anda membeli jaket berwarna terang kerana ia bakal menampakkan tubuh anda lebih besar. Jaket berwarna gelap mampu menyembunyikan sedikit susuk tubuh anda daripada pandangan orang lain.
Padanan yang selamat adalah jaket berona gelap bersama t-shirt berwarna sederhana terang seperti putih. Di sini, anda bakal mempamerkan keseimbangan dalam pemilihan gaya anda.
Jangan terkejut, rekaan seperti ini memang ada. Lebih baik anda jauhi segala stail seperti ini. Anda langsung tidak boleh menyorok bentuk badan yang besar jika awal-awal lagi anda sudah mempamerkan separuh daripada tubuh badan.
Negara kita bukannya beriklim sejuk. Jadi elakkan jaket yang mempunyai material yang tebal, melainkan anda bakal melancong ke negara bermusim sejuk, itu lain cerita. Selain itu, jika anda memilih jaket sebegini, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar daripada bentuk tubuh asal anda. Ingat! Tujuan anda untuk menyembunyikan tubuh besar, bukan lagi menunjukkan badan anda yang besar itu.