Ini 5 Kelebihan Makan Buah- Buahan Sebelum Ambil Makanan Berat, Tapi Ramai Yang Tak Buat

Share

Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.

Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.

Makan buah seperti pisang, betik dan nanas sebelum makan mempunyai manfaat yang sangat besar. Antaranya:

1) Melawaskn pembuangan.

Buah-buahan tropika biasanya tinggi kandungan agen saraf histamin dan serotonin yang meningkatkan aktiviti usus. Pergerakan usus yang cergas akan melancarkan pembuangan najis melalui usus besar.

 

2) Mengurangkan “craving” @ makan banyak

Kandungan histamin di dalam buah ini juga meransang leptin iaitu “hormon kekenyangan” seterusnya menyekat selera makan berlebihan.

 

3) Mengurangkan kuantiti makan.

Buah juga mengandungi serat yang membentuk perut rasa lebih penuh maka cepat kenyang.

 

4) Meningkatkan enzim yang membantu pencernaan.

Buah seperti pisang mengandungi enzim amylase, betik mengandungi papain dan nanas mengandungi bromelain yang membantu mencernakan makanan.

Mengunyah juga membantu mengaktifkan enzim pencernaan dan memberi masa enzim ini diaktifkan. Oleh sebab itu, kunyahlah buah. Ia lebih baik untuk pencernaan berbanding minum air buah.

 

5) Melindungi usus daripada kuman berbahaya.

Histamin di dalam buah ini meningkatkan asid perut yang membantu pencernaan. Malah, asid perut ini juga membunuh kebanyakan kuman yang cuba melepasi perut ke bahagian usus. Jika asid perut yang fitrah ini berkurang, mudahlah kita terkena jangkitan kuman terutamanya melibatkan usus dan perut.
Hati-hati jika tuan puan punyai masalah sensitif seperti GERD, gastritis, anxiety, ekzema, resdung. Meningkatkan histamin akan meningkatkan sensitiviti badan dan mungkin mencetus keradangan.

.

Sumber Facebook Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

 

Published by
Ruziana Zainal