Ini 4 Kebaikan Yang Anda Dapat Jika Sarapan Dark Chocolate

Share

Selalunya kita akan mengelak untuk memakan manis-manis pada waktu pagi. Namun anda mungkin tidak tahu bahawa makan coklat pada waktu pagi ada kebaikannya. Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate.

Ramai tahu bahawa coklat tidak menyihatkan kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi nilai koko coklat itu sendiri. Anda dapat lihat di dalam coklat jenis coklat susu serta pelbagai lagi produk. Coklat gelap banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.

Namun, antara sebab ia kurang popular di kalangan penggemar coklat adalah kerana ia lebih mahal daripada coklat biasa. Ini kerana pembuatannya tidak mudah kerana pengeluar akan memproses bahan asal coklat iaitu koko dan diadun dengan teliti.

Mari kita lihat apakah kebaikan coklat gelap kepada kesihatan manusia jika ia diambil ketika sarapan.

BACA: Lelaki Mudah Turunkan Berat Badan Jika Minum Kopi Tanpa Gula, Ini 4 Kebaikan Lain

1. Coklat gelap baik untuk jantung

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.

2. Bantu rutin diet

Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.

3. Menjaga kesihatan otak

Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.

4. Tinggi kandungan antioksidan

Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.

BACA: Untunglah Lelaki Yang Ada ‘Bumper’ Mantap, Mereka Selalu Buat 5 Senaman Ini

5. Tidak memberi kesan kepada gigi

Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat gelap membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.

Published by
arif.karim