Ini 3 Aksesori Aftermarket Yang Anda Boleh Pasang Untuk Naikkan Nilai Jualan Semula Kereta

Share

Jika minggu lepas MASKULIN paparkan 5 aksesori yang boleh rendahkan Resale Value atau Nilai Jualan Semula Kereta, pada minggu ini, kami nak kongsi aksesori aftermarket yang boleh anda pasang untuk naikkan kadarnya.

Penulis faham, ramai antara kita yang sentiasa gatal tangan nak tukar sana, tukar sini walaupun kereta tersebut sudah melalui pelbagai ujian untuk pastikan keselamatan pemanduannya.

Namun, minat kita semua tidak sama tetapi harus diingat, nak tukar barang kena tau apa yang boleh ditukar apa yang akan buatkan kereta anda susut nilai.

Di sini MASKULIN kongsikan 3 aksesori aftermarket yang anda pasang pada kereta yang boleh naikkan nilai jualan semula kereta anda di masa depan.

BACA: Selain Merugikan, Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Beli Alat Ganti Sendiri & Bawa Ke Bengkel

1. Filem Cermin Gelap (tinted)

Berbanding kereta cermin asal yang kosong, pembeli kereta terpakai lebih cenderung memilih kereta yang ada cermin gelap, lebih-lebih lagi yang berjenama. Namun itu tidaklah terlalu banyak mempengaruhi nilai RV keseluruhan. Cuma potensi untuk kereta anda dibeli lebih tinggi.

2. Sistem Suspensi

Sistem suspensi aftermarket mampu menambah baik aspek pemanduan dan pengendalian kereta. Ramai pembeli bersetuju dengan hal ini. Walaupun komponen ini mungkin tidak meningkatkan harga RV kereta ada, tetapi ia tidak juga jadi penyebab kereta anda susut nilai.

Tetapi janganlah sampai kepada tahap koil absorber dipotong untuk lowered supaya kereta nampak rendah hingga perlu dipandu senget setiap kali melintas bonggol jalan dan menjejaskan keselesaan.

BACA: Elak Tukar Aksesori Aftermarket Ini Untuk Pastikan Kereta Anda Tidak Susut Nilai

3. Bar Stabiliser

Ini lebih kepada kosmetik. Ada atau tiada sebenarnya tidak banyak mempengaruhi harga RV kereta anda. Ini kerana pembeli ada pilihan sama ada mahu kekalkan atau tanggalkan saja aksesori tambahan tersebut. Kalau ada nampak cantik, kalau tiada pun ok saja.

Published by
arif.karim