Tak sah bagi anda seorang lelaki jika tidak memiiki sekurang-kurangnya sebotol perfume. Di pasaran sekarang terdapat ribuan jenis jenama dan bau yang ditawarkan untuk anda sebagai pengguna.
Namun pernahkah anda jadi blur semasa ingin memilih untuk beli perfume?
Jangan risau itu adalah satu perkara yang normal buat seorang lelaki. Usah gusar kerana MASKULIN kongsikan 10 perfume yang terbaik boleh anda consider.
DUNHILL ICON
Mempunyai bau bersifat maskulin dan sangat manly. Ciri-cirinya bau yang kuar dengan sedikit elemen sitrus.
PACO RABANNE INVICTUS
Bagi anda yang cari kelainan boleh cuba Paco Rabane Invictus. Mengeluarkan bau yang unik dan berbeza daripada apa yang terdapat di pasaran.
VERSACE NOIR
Jika anda mencari perfume yang tahan lama, Versace Noir merupakan antara perfume pilihan terbaik. Sekali semburan boleh bertahan selama sehari berada di pejabat.
BACA: Ini 9 Perbezaan Antara Perfume Palsu & Original, Sila Hadam Untuk Elak Ditipu
TOMMY BY TOMMY HILFIGER
Satu lagi jenama yang sering meniti di bibir ramai lelaki yang ingin tampil berimej maskulin. Tommy by Tommy Hilfiger tidaklah mempunyai bau kuat atau terlalu ‘jantan’. Tapi sedap untuk hidup kita menghidunya.
EMPORIO ARMANI YOU
Takkan sepanjang masa nak berketerampilan keras dan maskulin, bukan? Dengan Emporio Armani You, anda mampu serlahkan sisi romantis dengan bauan lebih ‘manis’ dan ringan. Wanita pasti menyukai bau seperti ini.
JOHN VARVATOS DARK REBEL
Mungkin ramai di antara anda tak biasa dengan jenama ini. Tapi percayalah ia adalah jenama yang mengeluarkan perfume berkualiti. Baunya tahan lama dengan bauan seperti berelemen kayu dan kulit.
MR BURBERRY
Ramai yang bandingkan bau perfume ini dengan salah satu jenama terkenal, Bleu de Chanel. Secara kasarnya memang ada sikit persamaan namun Mr Burberry mempunyai estetikanya tersendiri. Strong scent dan ada ciri-ciri lemon.
GUCCI BY GUCCI
Jika anda penggemar perfume yang lembut dan sweet inilah jawapannya. Malah ini juga antara perfume yang cukup hits di kalangan wanita.
OUD WOOD BY TOM FORD
Antara perfume yang sering mendapat review sangat bagus di dalam dan di luar negara. Dengan bauan natural musk, ia merupakan antara perfume value for money!
HUGO BOSS BOTTLED NIGHT
Mengeluarkan bauan sitrus yang kuat. Semakin anda berpeluh semakin kuat ia akan berbau. Sangat sesuai buat anda yang sering bergerak dan mengeluarkan peluh.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI