Bak kata sesetengah pengamal diet apa gunanya bersenam bagai nak rak dan berdiet jika terus mengambil makanan dan minuman yang tidak memberi manfaat kepada tujuan asal anda berdiet.
Ya, memang terdapat pelbagai jenis diet diperkenalkan sekarang. Itu terpulang kepada kesesuaian gaya hidup masing-masing. Tapi harus sentiasa ingat setiap orang adalah berbeza dan tak sama.
Ada orang ingin kurangkan berat badan dan ada juga ingin tambah berat badan. Tapi kebiasaanya bila bercakap tentang diet pastinya berkait tentang misi menurunkan berat badan.
Jadi apa jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak jika ingin berat badan cepat turun?
Minuman berkarbonat
Siapa yang tak suka minuman berkarbonat, bukan? Tapi biasalah, benda sedap memang boleh bawa banyak keburukan. Kebanyakan minuman ini mengandungi kafein yang agak tinggi. Anda yang gemar minuman ini mungkin tidak sedar ia mencetuskan kebergantungan dan ketaghihan terhadapnya. Boleh dikatakan minuman ini hampir tak mempunyai apa-apa sedikit khasiat.
Ads
Makanan bergoreng
Makanan bergoreng mengandungi banyak kalori tersembunyi. Sesetengah kedai makan mungkin menggunakan minyak mengandungi lemak tepu atau makanan yang digoreng dengan mentega atau telur dengan banyak. Jika teringin sekali pun anda boleh goreng sendiri agar boleh pilih minyak yang baik dan sesuai dengan selera anda.
Minuman Kedai Kopi
Selain minuman berkarbonat penggemar juga memenuhi ‘keperluan’ mereka dengan kopi. Tidak kiralah sama ada kopi bergula atau bersusu kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika nak minum juga pesan sahaja kopi kosong tanpa gula atau krimer.
Antara jenis makanan yang patut anda elak ialah roti putih dan produk mengandungi tepung diperkaya. Tepung yang diperkaya ini bermakna ia telah di-‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Untuk lebih berkhasiat carilah roti penuh gandum dan pasta.
Makanan & minuman segera
Ads
Kalau anda ke pasaraya sekarang boleh lihat di setiap ceruk ruang bahagian makanan pasti terdapat makanan dan minuman segera. Tahukah anda bahawa makanan dan minuman inilah yang paling kerap dibeli pengguna dan diambil oleh kita disebabkan ia bersifat instant? Kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi. Manakala minuman segera pula tinggi kandungan gula dan krimer.
Makanan dalam tin
Lain halnya pula dengan makanan dalam tin. Ia sangat banyak mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Tambahan lagi kandungan garamnya juga cukup tinggi. Ya, ia mungkin berguna pada ketika anda sedikit gawat tapi jangan amalkan sebagai menu utama dalam diet harian anda.
Fast food
Bila tiba sahaja masa untuk makan tengahari pasti restoran makanan segera akan menjadi salah satu destinasi dipilih. Jangan amalkan begitu dan senarai hitamkan terus fast food dari menu makan anda. Kebanyakan makanan segera digoreng dalam minyak dan amat sedikit kandungan vitamin dan mineral diperlukan tubuh badan. Kalau nak makan juga tolong hadkan kepada 1 atau 2 kali sahaja dalam sebulan.
Snek buah diproses
Sekejap, kenapa nak pilih makan snek buah sedangkan anda boleh pilih buah yang sebenar? Ya, mungkin sesetengah jenama snek engandungi vitamin dan mineral tetapi ia juga kebiasaannya mengandungi gula dan perisa tambahan. Yakinlah bahawa pilihan terbaik adalah buah yang segar dan semula jadi berbanding makanan yang diproses.
Roti & kek
Ketahuilah bahawa roti keju dan muffin yang kebanyakan dijual dalam saiz besar bukanlah pilihan bijak untuk diet harian anda. Sekali tengok memang menggoda tapi dan ‘nafsu’ makan memang luar kawalan anda. Tapi sebelum mengambilnya pesan pada diri sendiri bahawa ia mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja larian salah satu kecederaan yang sangat sinonim dengan aktiviti ini. Ada sebab mengapa kondisi sakit lutut ini juga diberi gelaran ‘Runner’s Knee’.
Bagi pelari aktif kecederaan lutut yang serius merupakan satu mimpi ngeri buat mereka. Apabila kecederaan lutut berlaku, larian pastinya tidak dapat dilakukan. Lebih parah jika ia menjadi semakin teruk dan memerlukan rawatan atau pembedahan.
Aktiviti larian merupakan salah satu bentuk senaman yang memberikan tekanan atau impak kepada lutut. Jadi tidak hairanlah ada pakar berpendapat bahawa larian merupakan aktiviti yang dianggap ‘high-injury sport’.
Namun adakah benar jika kita melabel secara melulu mengatakan aktiviti larian bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan seperti itu?
Sebenarnya terdapat beberapa tip, teknik atau cara larian yang boleh anda lakukan yang boleh mengurangkan tekanan terhadap lutut. Ingin tahu bagaimana anda boleh melakukan larian dengan lebih ‘mesra lutut’?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
JAUHI HEEL STRIKING
Semasa melakukan larian anda juga perlu manjaga cara setiap langkahan larian atau stride. Jangan sesekali melangkah terlalu jauh daripada badan anda. Setiap kali mendaratkan kaki pastikan poin itu tidak melepasi kedudukan lutut. Dan amalkan tabiat untuk lutut berpusing secara ‘rearward’ bukannya jauh ke hadapan.
Apabila kaki mendarat di hadapan lutut ini akan meletakkan kondisi anda seperti mahu berhenti. Lalu memberikan impak kepada lutut.
JANGAN ANGKAT LUTUT TERLALU TINGGI
Ya, benar. Melakukan larian dengan stride yang besar dan mengangkat lutut yang tinggi hanta untuk pelari pecut. Sebagai pelari kasual anda perlu pastikan lutut sentiasa rendah dan setiap langkah pastikan lutut ‘float’ di belakang anda. Fikirkan ritma ‘knees down, knees up’.
Ingat setiap kali kaki mendarat di hadapan badan, anda meletakkan sedikit ‘brek’ dan kejutan yang terus ke lutut. Jadi pastikan kaki sentiasa mendarat dalam keadaan midfoot stride.
LEMBUTKAN POSISI LUTUT
Ramai pelari suka melakukan tabiat over stride dan meluruskan lutut dan kaki ketika mendarat. Ini hanya memberikan impak yang sangat besar kepada lutut. Jadi elakkan melakukan perkara tersebut dan jangan luruskan lutut ketika melakukan setiap langkahan.
KEDUDUKAN KAKI
Ketika melakukan larian pastikan kaki anda berada lurus ke arah larian. Dalam erti kata lain pastikan kaki betul-betul mendarat dengan lurus. Ini bagi mengelakkan lutut daripada terpusing ketika mendarat yang secara tak langsung boleh mendatangkan kecederaa.
Setiap kali melakukan larian pastikan poin mendarat berada di hadapan anda. Kedudukan kaki memainkan perana penting bagi memberikan pengalaman larian yang lebih selesa dan juga efisien.
Semoga perkongsian kali ini mampu memberikan anda larian yang lebih berkualiti dan mantap! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Secara jujurnya apakah yang akan bermain di minda anda apabila terdengar perkataan ‘diet’. MASKULIN dapat rasakan ramai di antara anda beranggapan bahawa ia adalah perbuataan menahan lapar atau mengurangkan pemakanan dengan cukup signifikan.
Tapi tahukah anda maksud umum sebenar diet ialah merujuk kepada tabiat pemakanan. Diet tidak bermaksud menahan diri daripada makan dan berlapar. Ia membawa maksud tabiat pemakanan harian kita. Jadi tidak semestinya bila berdiet kita kena paksa diri untuk berlapar.
Menerusi perkongsian dari influencer kesihatan bersama MASKULIN, Aiman Radzi mengatakan bahawa diet yang baik adalah satu rutin pemakanan yang meliputi pengambilan makanan secara seimbang.
Bila ditanya tentang ‘clean diet’, dia mengatakan bahawa diet tersebut bermaksud rutin pemakanan yang tiada gula, tiada minyak, rendah garam dan tiada campuran bahan luaran yang lain. Ia biasanya diamalkan oleh seseorang yang aktif membina badan dan juga model yang ingin mengekalkan bentuk badan.
Baginya, ‘clean diet’ bukanlah cara terbaik untuk diikuti oleh orang kebiasaan seperti kita kerana ia memerlukan disiplin luar biasa tinggi. Namun, rutin diet yang adalah mengikuti pola pengambilan makanan berdasarkan piramid yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ikuti penjelasan lanjut tentang diet terbaik menerusi video terbaik anda amalkan bagi melalui FIT JOURNEY yang lebih sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perkataan DASH sebenarnya bukan singkatan dari mana-mana perkataan, cuma ia bersifat catchy untuk disebut. DASH Diet ini diamalkan oleh Pakar dari Pusat Hati, Paru-Paru dan Darah di Amerika demi kesihatan orang ramai. Jadi, diet ini tidak sukar untuk diamalkan kerana apa yang penting ialah, anda hanya perlu jaga pemakanan untuk menguatkan jantung anda.
Rutin makanan diet ini lebih fokus kepada pengurangan makanan berminyak dan tinggi lemak seperti minyak sawit, minyak kelapa, minuman dan makanan manis. Diet ini memerlukan seseorang untuk melebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan-makanan tinggi protein.
Mengapa ia baik untuk anda?
Jika anda sejenis gemar dengan diet yang berasas tidak tertumpu pada penurunan berat, maka DASH Diet adalah pilihan yang tepat. Ia telah mendapat sokongan daripada saintis yang telah membuat kajian terhadap diet ini sehinggakan plan diet ini telah menjadi pilihan ramai selama 8 tahun.
Menurut Amy Gorin, MS, RDN, Pemilik Amy Gorin Nutrition dalam bandar New York, beliau ada memberi pendapat di dalam Men’s Health bahawa pelan makan ini berdasarkan penyelidikan yang menunjukkan bahawa diet boleh membantu menurunkan tahap tekanan darah tinggi, membantu meningkatkan kadar kolesterol, dan mengurangkan risiko penyakit hati. Kajian lain dalam Jurnal Hati Poland menunjukkan bahawa orang yang mengikuti DASH Diet telah menunjukkan perubahan baik pada tekanan darah dan tahap lemak badan.
Memandangkan diet DASH melibatkan makan makanan yang paling sihat di sekeliling dan mengehadkan makanan tidak sihat, anda pasti tidak akan punya masalah. Tambahan pula, mengikuti diet ini bukan hanya akan membantu anda mengurangkan berat badan, ia juga boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan hati, paras tekanan darah dan tahap kolesterol anda.
Jika anda craving makanan yang berasaskan lemak, DASH Diet menggalakkan anda untuk gantikan bahan dengan yang lebih berkhasiat. Sebangai contoh anda ingin makan ais krim, anda boleh gantikan dengan krim rendah lemak dan campurkan dengan buah-buahan. Kemudian, sejuk bekukan ia.
Untuk mendapatkan resipi Dash Diet, anda hanya perlu google makanan sihat dan resipi Dash Diet sendiri dari negara luar. Jika berminat dengan diet ini, cubalah minggu ni. Kurus pun kurus, sihat pun sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.