Aktiviti berbasikal sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada kesihatan sama ada fizikal dan mental. Ia juga salah satu aktiviti yang mampu mengeratkan tali persaudaraan.
Tak percaya? Cuba lihat rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang terdekat. Pasti akan ada yang sangat aktif dengan basikal. Malah pengaruh aktiviti ini mungkin juga banyak dipengaruhi oleh selebriti dan instafamous yang menjadikan ia sebagai cara bersenam dan beriadah.
Jadi bagi anda yang ingin baru mula dabn berbasikal ada beberapa perkara penting perlu anda tahu. Salah satu perkara yang penting mestilah memiliki basikal sendiri.
MASKULIN kali ini ingin membantu anda mengetahui beberapa panduan penting sebelum anda beli basikal.
Buat anda yang baru ingin mulaberbasikal usahlah fikir tentang jenama sangat. Dia pasaran memang banyak jenama berbeza dengan tahap harga berbeza.
Jadi tak perlulah pilih jenama yang ‘harga kayangan’ terus. Cuba buat perbandingan beberapa jenama yang mengikut bajet anda. Paling penting jangan ikut ikut tapi ikutlah kemampuan.
Anda sudah tahu jenis basikal yang macam mana ingin dibeli? Sebelum nak mulakan mengayuh anda perlu tahu bahawa terdapat bermacam jenis dan kategori basikal untuk aktiviti berbeza. Bukan hanya road bike sahaja ya yang ada. Antara jenis-jenis basikal yang ada ialah foldingb bike, road bike, mountain bike, fat bike, touring bike dan hybrid bike.
Lakukanlah sedikit kajian sendiri dahulu untuk tentukan jenis aktiviti mana paling sesuai untuk anda. Jika anda ingin menungang dengan lebih santai mungkin folding bike lebih sesuai. Buat anda ingin kayuhan lebih kauh di jalan raya mungkin road bike.
Setiap jenama dan model basikal mempunyai ukuran saiz berbeza sesuai dengan ketinggian anda. Tapi perlu ingat lain jenama, lain ukurannya. Jadi rujuklah dengan tuan kedai sebelu membelinya. Dalam ukuran size basikal ini yang utama adalah tinggi, soal berat perkara kedua.
Sebagai contoh jika ketinggian 160cm tapi berat anda 95kg, anda kena pakai saiz XS. Bukannya anda ringan size kecil atau anda besar saiznya besar.
Saiz basikal untuk MTB/fat bike biasanya menggunakan ukuran inci. Road bike/hybrid/touring pula menggunakan sentimeter sentimeter (CM).
Basikal lipat pula biasanya saiz standard body dan beza hanya saiz tayar 16, 20 atau 24 inci. Pemilihan sizing basikal yang tepat sangat penting untuk anda semasa kayuh nanti.
Untuk kayuhan yang lebih baik anda perlu menggunakan beberapa kelengkapan dan aksesori untuk keselamatan. Kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Oleh itu aspek keselamatan harus menjadi keutamaan anda.
Atara kelengkapan penting perlu anda ada ialah topi keledar, sarung tangan, seluar berbasikal atau cycling pants dan baju sesuai.
Ini antara aspek keselamatan paling penting! Ingat, anda di jalan raya dengan basikal sangat terdedah dengan risiko. Sebab itulah anda perlu lebih jelas di mata pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Belilah lampu yang berkualiti dan terang agar anda lebih selamat ketika mengayuh basijal terutamanya jika hari menghampiri malam
Semoga bermanfaat! Ingat apa pun keselamatan paling utama.