Hai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?
Sebenarnya tidak semua jenis salad dibolehkan atau disarankan untuk diambil ketika berdiet. Sayuran atau buah-buahan yang segar serta dressing
rendah lemak merupakan salad yang baik untuk diet anda. Namun, seringkali kita pasti tergoda untuk menambahkan rasa tambahan yang lain seperti krim, mayonis atau pun keju ke dalamnya. Jika anda sedang berdiet, pastikan anda tidak mengambil jenis-jenis salad seperti di bawah ini.1. Salad Caesar
1 porsi sayur dalam salad caesar mengandungi 382 kalori. Ia memang menyihatkan tetapi tetapi pastikan anda tidak menambahkan keju dan heavy dressing ke dalam menu ini kerana dibimbangi akan merosakkan diet dan kalori yang sedia ada.
2. Salad Greek
Kandungan nutrisi yang terkandung dalam sayur salad, tomato, timun, bawang bombay dan lain-lain memang menyihatkan. 1 porsi salad Greek mengandungi kira-kira 313 kalori (tanpa tambahan dressing dan keju). Namun, jika anda menambahkan ia dengan minyak zaitun, keju dan dressing lain secara berlebihan, besar kemungkinan salad anda mengandungi lebih tinggi kalorinya seterusnya ia pasti akan membuatkan diet anda gagal.
3. Salad Coleslaw
Salad ini merupakan antara salad popular dan lebih digemari lebih-lebih lagi kalau digandingkan bersama kentang goreng atau kentang putar. Wah, feeling makan set kfc peulak ye sampai tak toleh kiri kanan. Namun begitu, apa yang menyebabkan anda perlu menjauhi salad coleslaw ini adalah kerana penggunaan mayonis yang menjadi pelengkap dan penyedapnya. Jika ingin menjamahnya tidak salah tetapi jangan berlebih-lebihan atau jadikannya amalan kerana 1 mangkuk kecil salad coleslaw (dengan mayonis) mengandungi kalori yang tinggi, iaitu hampir 450 kalori.
4. Salad Pasta
Ramai tak kat sini peminat pasta? Pasta mudah didapati dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara masakan termasuklah dibuat salad. Namun begitu, mengapa anda perlu mengurangkan atau menghindari makanan ini adalah kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi. Jika anda sedang menjalani diet karbo, elakkan makanan ini ya.
5. Salad Russian
Satu perkataan yang boleh digambarkan bila melihat salad ini…’Creamy!’Seperti salad coleslaw, salad ini dilimpahi dengan sos krimnya yang pasti menyelerakan. Tetapi ambil peringatan ya.1 porsi salad Russian mengandungi 579 kalori, berbanding jika anda memakan sayurnya sahaja, nilai kalorinya sekitar 118 kalori. Jadi, cuba bayangkan berapa kalori yang terkandung dalam krimnya sahaja.
SUMBER : DIARIKURUS