Industri e-sukan merupakan salah satu industri yang dipandang rendah oleh masyarakat yang menganggap ia tidak menjamin masa hadapan. Bekas pemain dan penstrim permainan terkenal Maharaja Soloz mengakui yang dia juga tidak terkecuali dari berfikir sebegitu.
Soloz, atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria berkongsi kepada Maskulin yang dia sendiri pernah merasa ragu-ragu untuk terus menceburi bidang e-sukan selepas tamat pengajian dahulu.
“Sebab kita tak nampak tahu? Zaman saya zaman yang (memandang) game ini tiada masa depan, apa semua,” katanya kepada Maskulin.
Soloz berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Dark System Zeries yang merupakan kerjasama dengan jenama kopi tempatan, Kopi Saigon.
JANA ALIRAN TUNAI
Meskipun industri e-sukan tidak begitu mendapat sambutan yang menggalakkan di awal kemunculannya, namun kini ia mampu menjana aliran tunai yang memberangsangkan walaupun belum kukuh.
Ads
“Tapi bila dah start PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), itu paling kuat sebab tak boleh buat acara, semua benda atas talian. Jadi dekat situ aliran tunai bergerak laju,” ulas Soloz lagi.
Tambahnya, semenjak itu juga industri e-sukan sudah mulai menerima perhatian dan penglibatan dari pihak Kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain
Perkembangan industri juga jelas dapat dilihat apabila hadiah kemenangan yang ditawarkan dalam kejohanan e-sukan juga semakin bertambah.
Ads
Contohnya, hadiah kemenangan terkini bagi kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa seperti Mid Season Cup (MSC) ialah sebanyak USD1,000,000 (RM4,669,303.78).
“Benda ini dia akan berkembang, sebab setiap tahun budak habis sekolah, ada orang yang mempunyai keazaman untuk bermain game dan sebagainya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, dunia e-sukan tempatan menerima khabar gembira apabila skuad Selangor Red Giants (SRG) menjuarai kejohanan MSC Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ads
Kemenangan yang menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia menjuarai kejohanan itu sekaligus menamatkan tanggapan dunia yang negara ini hanya sekadar “easy server”.
Untuk rekod, istilah “easy server” kebiasaannya digunakan dalam dunia e-sukan yang merujuk kepada pasukan yang mudah ditewaskan, dan akan menjadi sasaran pasukan-pasukan yang menginginkan kemenangan mudah.
Takut dengan kenyataan baki simpanan yang ada hanya cukup-cukup untuk menghadapi sampai akhir bulan atau lebih menakutkan lagi yang tiada baki langsung walau untuk perbelanjaan harian diri sendiri.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berkongsi situasi begini, mungkin tips-tips yang bakal kami kongsikan dapat membantu anda untuk kembali membina kewangan anda selepas musim-musim perayaan ini.
Baru-baru ini admin terbaca satu posting saudara Amir Syahir tentang isu ini, rasanya tip ini sangat bagus dan berguna untuk kita semua..
1. Turunkan Taraf Hidup
Kalau dulu, setiap dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, biarlah selepas menyimpan dan bayar hutang.
Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.
.
2. Tahan Nafsu Berbelanja
Walaupun tak ada duit, tapi nak juga membeli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai. Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.
.
3. Simpan Sebelum Berbelanja
Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan 10% gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau. Sebagai force saving. Jadi, selebihnya kau berbelanja lah.
.
4. Pendapatan Sampingan
Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, ambil upah jadi runner atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah cari pendapatan sampingan.
.
5. Buat Bajet & Ikut
Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting.
6. Jangan Membazir
Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Baju, kasut yang elok lagi tak perlu beli baru. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.
.
7. Bawa Bekal Ke Tempat Kerja
Paling senang, bawa bekal ke pejabat. Sarapan tu dekat rumah atau dekat pejabat je. Tapayana makan kat kedai makan. Buat sendiri air milo pastu cicah roti. Simple. Makan kat rumah je untuk sebulan dua ni. Tak payah makan kat luar.
Di harap berkongsian dari lelaki ini sedikit sebanyak dapat bantu korang semua yang tengah pokai dek sakan beraya hari tu.
Kalau korang peminat cerita Autumn In My Heart, pasti korang kenal dengan lelaki kacak ni.
Dengan fizikal yang tinggi lampai, kulit sawo matang (kulitnya agak tan, terserlah imej kelakian), bentuk muka dengan dagu yang agak tajam dan runcing menyebabkan beliau digelar “CG” (Computer Graphics), segalanya kerana rupa paras yang sempurna.
Dikenali sebagai pelakon terbaik dan terkacak di Korea Selatan, jadi sudah tentu anda dapat mengagak bagaimana rupanya ketika remaja. Won Bin membuatkan ramai wanita gila bayang sejak debut sulungnya menerusi drama KBS Propose pada tahun 1997.
Tular di media sosial, koleksi foto bintang Korea hebat Kim Won Bin di usia mudanya sekitar 20-an telah muncul semula dan hangat diperkatakan. Rata-rata kagum dengan kekacakan rupa paras yang dimilkinya.
Jom kita lihat wajahnya ketika muda….
Tapi kalau orang kacak ni memang tak dimamah usia, Sama ada tua atau muda, nampaknya Won Bin langsung tidak hilang kekacakkan dia.
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak mustahil untuk kamu menghasilkan lengan sebegitu, tapi bukan hanya bercakap kosong dan esok sudah menjadi. Mestilah kena ada usaha dan mengambil masa. Asalkan kamu tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.
Empat latihan tersebut bila dilakukan secara rutin boleh membantu anda untuk membentuk otot lenganmu agar kelihatan kekar proporsional seperti Chris Hemsworth, pelakon yang memegang watak sebagai Dewa Thor. Oh ya, jangan lupa untuk mengambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan anda dan kamu melakukannya secara rutin senaman ini .
Berikut adalah empat cara bagaimana untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
1. Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
2. Lakukan push up secara rutin
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
3. Lakukan gerakan concentration curl
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
4. Lakukan pull up dengan betul
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.