Baru sahaja melancarkan model Kawasaki Ninja 250 2018, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mengumumkan bahawa produksi model lama Ninja 250 dihentikan.

Timbalan Ketua Jabatan Jualan dan Promosi KMI, Michael Chandra Tanadhi berkata jualan Ninja 250 akan berakhir hujung tahun ini.

“Pengeluaran model lama akan berakhir bulan ini kerana pada Januari 2018 kami  akan memulakan penghantaran Ninja 250 versi 2018,” jelasnya.

INDONESIA LANCAR KAWASAKI NINJA 250 2018- PRODUKSI MODEL LAMA DIHENTIKAN

Walaupun masih menjual model lama Ninja, pihak KMI tidak menawarkan sebarang potongan harga untuk menghabiskan stok sedia ada.

Ads

BACA>>>>>#TMS2017: KAWASAKI NINJA 250 2018 LEBIH BERKUASA DARIPADA HONDA CBR 250RR

“Tiada potongan harga kerana kami yakin Ninja masih punya peminat walaupun dijual pada harga biasa dan buktinya kami masih menjadi pendahulu dalam pasaran kelas motor sport 250cc,” katanya.

Ads

INDONESIA LANCAR KAWASAKI NINJA 250 2018- PRODUKSI MODEL LAMA DIHENTIKAN

Walaupun baru sahaja Ninja 250 2018 dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017 Oktober lalu, Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa masuk model tersebut. Kehadiran Kawasaki Ninja 250 2018 itu akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai model popular segmen sport 250cc.

Ads

Versi 2018 berkenaan menerima beberapa kemas kini dan paling jelas boleh dilihat menerusi penampilan luarannya yang berubah total. Wajah depan kini lebih meruncing ke depan yang dipadankan dengan lampu LED. Tarikan garis tegas mendominasi setiap bahagian badan Ninja 250 bersama lekuk fairing baharu. Seolah diinspirasikan menerusi Ninja H2. Bahkan fender depan juga kini didatangkan dengan lubang di kiri dan kanan.

Jika Indonesia menjadi negara terawal Asean memperkenalkan Ninja 250 2018. Bilakah pula giliran Malaysia?. Sama-sama kita nantikan. 

HARGA:
KAWASAKI NINJA 250 2018 STANDARD (warna hijau, merah dan hitam): Rp 61, 900,000 (RM19, 189)
KAWASAKI NINJA 250 2018 SE (hijau): Rp 64, 300, 000 hijau (RM19, 933)
KAWASAKI NINJA 250 2018 SE ABS : Rp 71, 900, 000- RM22, 289 (merah), Rp 72,400,000- RM 22, 444 (Magnetic Design Paint)

 

SPESIFIKASI
Enjin: 249cc penyejukan cecair, 4-lejang Parallel Twin
Kuasa Maksimum: 39 PS @ 12,500rpm
Tork Maksimum: 23.5 Nm @ 10,000 rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Nisbah mampatan: 11.6:1
Suspensi Depan: fork teleskopik 41mm
Suspensi Belakang: Bottom-Link Uni-Trak
Brek Depan: cakera semi terapung 310 mm
Brek Belakang: cakera tunggal 220 mm
Tayar Depan: 110/70-17
Tayar Belakang: 140/70-17
Panjang x Lebar x Tinggi: 1,990mm x 710mm x 1,125 mm
Jarak Roda: 1,370 mm
Jarak Kelegaan tanah: 145 mm
Berat: 167 kg
Saiz tangki: 14 liter

 

GALERI

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI