Nampaknya Indonesia terlebih dahulu melancarkan model Honda Civic Type R. Dibawakan oleh PT Honda Prospect Motor (HPM) pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (GIIAS), model prestasi Honda itu dijual pada harga Rp995 juta (RM318,400).
BACA>>>>>SELEPAS CR-V, CIVIC TYPE-R AKAN MENYUSUL KE PASARAN TEMPATAN
Harga tersebut tidak jauh berbeza dengan harga yang dianggarkan oleh penulis apabila model tersebut tiba ke pasaran tempatan.
Di bawah hud Civic Type R terletaknya enjin 2.0 liter VTEC turbo yang mampu menghamburkan kuasa 306hp pada 6, 500rpm dan tork 400Nm yang dicapai seawal 2, 500rpm.
Sayangnya kuasa Civic Type R yang dibawa masuk ke pasaran Indonesia itu sedikit rendah berbanding spesifikasi yang ditawarkan di United Kingdom dengan kuasa 316hp.
Kemudian, jana kuasa berkenaan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual bersama tiga mod pemanduan iaitu +R, Sport dan Comfort.
BACA>>>>>SAKITNYA TUH DI SINI! BARU SAHAJA DIPANDU SEJAUH 243KM-CIVIC TYPE R INI KEMALANGAN
Rekaan yang ditampilkan oleh Type R lebih agresif dan memiliki penampilan gaya perlumbaan. Lampu utama disematkan dengan ciri LED. Manakala imej sporty boleh diserlahkan menerusi rim aloi 20 inci bersama tiga ekzos.
“Honda Civic Type R akan melengkapi varian Civic di Indonesia untuk memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat yang menginginkan karakter litar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Asian, Shinji Aoyama.
Pada bahagian kabin ditawarkan dengan skrin sentuh 7-inci dan Apple CarPlay serta Android Auto. Pelanggan di Indonesia boleh memilih pilihan warna Rally Red, Championship White, Brilliant Sporty Blue dan Sonic Grey Pearl.
Tambahan dua lagi warna iaitu Crystal Black Pearl dan Polished Metal akan ditawarkan tahun depan.